Showing posts with label biskut lembut. Show all posts
Showing posts with label biskut lembut. Show all posts

Monday, September 3, 2018

Biskut PINPIN Dari UPIN IPIN , Sedap Wei Siap Ada Mainan Lagi Plak

Hi Korang, 


Upin Ipin siapa tak kenal kan!! 

Tua, muda, kanak-kanak lagi lah kan semua kenal ikon hebat ni 

Sekarang ni kalau korang nak tau yang Upin Ipin ini sudah pun mengeluarkan lagi produk terbaru mereka iaitu Biskut PinPin. Snek yang bakal menjadi kegemaran ramai terutamannya kanak-kanak. 

nampak tak siapa yang over exited?? me

Bila kak lily tengok packagingnya kemain comel lagi ek hehhe 

Kalau korang nak tau ada 5 variasi varian biskut pelbagai rasa ini iaitu coklat, mentega, vanilla, isian coklat, jagung dan strawberi. Ramuan yang digunakan semuanya sesuai dan selamat untuk anak-anak kita. Dan paling penting ianya HALAL! 


Kotak berwarna kuning jingga ini adalah biskut berperisa mentega. Tidak terlalu manis memang sesuai untuk kanak-kanak. 


Bagi yang menggemari rasa coklat, bolehlah mencuba biskut ini. Kak lily habiskan sepeket biskut perisa coklat ni.


Ini pula adalah snek jagung (wafer) dengan isian vanilla. Jagung pun dah sedap apatah lagi kalau di salut dengan vanilla kan.


Snek jagung (wafer) dengan isian strawberi. Terasa jugak wie perisa strawberi tuh


Snek jagung (wafer) dengan isian coklat didalamnya. Rasa coklatnya melimpah ruah bak hang!


Saiz biskut yang sangat comel dan kak lily rasa sesuai untuk anak-anak makan, tak terlalu besar dan tak terlalu kecil, just nice ngap masuk mulut dan confirm tak tercekik sebab cepat lembut, bukan keras sangat pun. 


Kalau korang nak tau, bukan hanya ada biskut tau malah ada mainan sekali di sertakan di dalam setiap kotak. Permain lego ko memang dapat menguji daya kreativiti anak-anak kita kan. Jangan bimbang ada kertas arahan semuanya terdapat dalam beg mainan ini. 


Selain daripada hadiah mainan di dalam kotak, cuba korang tengok disebelah belakang kotak biskut PinPin ni ya ada jugak akvitivi permainan untuk anak-anak jugak. Alah permainan simple-simple to kill the time katanya.





Kiranya macam sambil-sambil tengok tv sambil makan biskut ni then boleh main permain jugak. 

Kan best tuh 3 dalam 1 aktiviti boleh di buatnya


Biskut PinPin ini telah berada di pasaran sejak tahun 2018 lagi tau. Dan kita boleh dapatkan di beberapa pasaraya terpilih seperti Mydin, BHP Petrol, KK Mart, 7 Eleven dan sebagainya. 


Meh check it out social media Pin Pin di:

Facebok Page :














Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com