Hi Korang, 
Pada hujung minggu lepas, kak lily berkesempatan ke Majlis Penanugerahan Pelancongan D’Saji Titiwangsa 2017/2018 di Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa. 
Kalau korang nak tau Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa. adalah milik penuh Felda D’Saji yang juga merupakan anak syarikat milik Koperasi Permodalan Felda Berhad dan FELDA. Ianya mula beroperasi pada bulan Mei 2015, dan telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur pada ketika itu, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. 
Restoran Terapung  D'Saji  KL Titiwangsa ini  mempunyai  kapasiti  1700 orang  pada  satu satu  masa dan mempunyai  3 buah  dewan  bankuet  berlainan saiz,  bilik seminar,  bilik mesyuarat dan ruang restoran terbuka dengan pentas yang dilengkapi sistem bunyi dan lampu  berteknologi tinggi. 
Selain  terkenal  dengan  tempahan  pakej  perkahwinan  dan  lokasi  pelbagai  majlis dan seminar,  Restoran  Terapung   D'Saji  KL  Titiwangsa   berbangga  kerana  menawarkan produk pelancongan  Makan Malam Dengan Tarian Kebudayaan  Malaysia setiap malam khusus  untuk pelancong  luar Negara dan tempatan  mempelajari kebudayaan  Malaysia sambil  menikmati  bufet yang  menawarkan  puluhan juadah  istimewa  Malaysia.  Malah, harga yang ditawarkan iaitu RM59+ seorang adalah antara terendah di Lembah Kelang berdasarkan  perbandingan  produk yang sama dengan pesaing lain. 
Memandangkan faktor sokongan tinggi agensi-agensi, persatuan dan badan kerajaan berkaitan  pelancongan,  pengurusan  Felda  D'Saji  berhasrat untuk menghargai sumbangan  mereka  melalui  penganjuran  Anugerah  Pelancongan  D'Saji KL Titiwangsa 2017/2018.  Melalui anugerah  ini,  pengurusan  Felda  D'Saji telah  memilih sebanyak  16 penerima   anugerah   dengan   satu   daripadanya  menerima anugerah   khas  di   atas sumbangan  pelancong tertinggi  sepanjang  tahun 2017. Jumlah pelancong  luar negara D'Saji   KL   Titiwangsa    pada   tahun   2017   disumbangkan   keseluruhan    pemenang-pemenang  kali ini  adalah 21,000 orang dengan nilai jualan melebihi RM1. juta 
Anugerah    Pelancongan    D'Saji   KL  Titiwangsa   yang   pertama   kali   diadakan   ini berlangsung  pada  hari Sabtu,  24 Februari  bermula jam  6.30 petang di  Arabic Orchid Restaurant, Restoran Terapung  D'Saji KL Titiwangsa. 
Majlis ini dihadiri oleh 200 tetamu yang terdiri daripada pengurusan  Kumpulan  Felda,  wakil pengurusan agensi kerajaan berkaitan pelancongan,  persatuan-persatuan  pelancongan, agensi-agensi pelancongan, syarikat  hiburan  tempatan  dan  rakan-rakan  media  cetak  dan  media  dalam  talian. 
Tetamu  dihidangkan  denqan  produk  terbaru  pelancongan  D'Saji  KL Titiwangsa  iaitu menu Timur Tengah Arabic Orchid  Restaurant khusus untuk menarik pelancong Timur Tengah dan penggemar di  kalangan  rakyat tempatan. 
Melalui  penganjuran   majlis  ini,  pengurusan   Felda  D'Saji  mengharapkan   sokongan berterusan  pemain  industri  pelancongan  kepada  produk-produk  D'Saji  KL Titiwangsa dan akan datang dapat memperbesarkan  lagi senarai penerima 'anuqerah  pelancongan, 
Venue-venue  lain Felda D'Saji selain daripada Restoran Terapung  D'Saji KL Titiwangsa tahun  ini  seperti  berikut: 
1.         Dewan  Perdana  Felda,  Jalan  Semarak 
2.        Dewan  Merak  Kayangan,  Jalan   Gurney 
3.          Dewan  Besar  Tun  Rahah,  Jalan   Bukit  Bintang 
4.        Dewan  Bankuet  Menara  FELDA,   Persiaran  KLCC 
5.          Dewan Residensi UTMKL 
6.        Kajang  Perdana  Avenue,   Kajang 
7.        Dewan Gemilang Kelana Jaya 
8.        Orchard Villa,  Jalan  Gombak 
9.          Lake Cempaka Villa, Bandar Baru Bangi 
10.      Taman Warisan  Pertanian, Putrajaya 
11.       Dewan lnstitut Semarak Felda, Bangi 
Bersempena dengan Majlis Anugerah  Pelancongan  D'Saji KL Titiwangsa 2017/2018 ini, pengurusan   Felda  D'Saji  menawarkan   potongan  diskaun  10%  di  Restoran  Arabic Orchid,  D'Saji KL Titiwangsa   kepada rakyat Malaysia sepanjang bulan Mac 2018 bagi memberi  lebih  peluang  kepada  pelanggan  tempatan  menikmati  produk  pelancongan baru  ini. 
Untuk   keterangan   lanjut   berkenaan   maklumat   Majlis Anugerah  Pelancongan D'Saji  KL  Titiwangsa,    hubungi   En.  Muinuddin  Dzulkifli   di  talian   019-2111601 atau   email   ke muinuddin.dz@felda.net.my
Info lanjut boleh ke:
Website : www.feldadsaji.com.my
Telefon : 03-2698 8302
Email : d'saji@felda.net.my