Hi Korang, 
Dah pi tengok pokok Krismas besar kat Suria KLCC?
Ermm belum ye...
Baik plak korang pi tengok, kemain besau bebenau sampai sakit leher kak lily nak menengoknye sebab mendongak ke atas kan hehehhehe
Rupanya pokok Krismas yang besar ini adalah untuk menggalakkan lagi para pengunjung ke Suria KLCC dan membeli belah di sini sebab sekarang ni Suria KLCC tengah dalam proses mengumpul dana bagi mereka yang kurang keupayaan tau..
Meh baca sini lah...
Sempena sambutan  Hari  Krismas pada tahun  ini, tiga buah pusat  membeli  belah  yang diuruskan  oleh Suria  KLCC Sdn  Bhd  iaitu  Suria  KLCC, Alamanda  dan Mesra  Mall  akan  mengumpul   dana  untuk  disalurkan  kepada  'We  Care  Journey',  sebuah organisasi yang  ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak mengidap penyakit 'Spinal Muscular Atrophy'  (SMA). 
lnitiatif tanggungjawab  sosial  korporat   ini telah  diumumkan  pad a  majlis pelancaran  sambutan Hari  Krismas pusat membeli  belah Suria  KLCC,  Alamanda  dan Mesra  Mall  yang dihadiri oleh Andrew  Brien  - Ketua  Pegawai  Eksekutif dan  Pengarah  Eksekutif Suria  KLCC  Sdn  Bhd,  Francis Tan - Ketua  Pegawai  Operasi  Suria  KLCC  Sdn  Bhd,  Ben  Chong  - Pengurus  Besar  Suria  KLCC, Baldev Singh  - Pengurus  Besar Alamanda  serta  pengasas We Care Journey - Edmund  Lim  dan Yap Sook Yee. 
Pengarah  Eksekutif dan Ketua Pegawai  Eksekutif Suria  KLCC Sdn  Bhd  berkata, 'We Care Journey' merupakan  organisasi  tidak  berasaskan  keuntungan.  Organisasi  ini  bergantung  sepenuhnya kepada dana yang disalurkan oleh individu atau syarikat korporat." Tambahnya lagi, "Matlamat kami adalah untuk mengumpul  dana sekurang-kurangnya RMlS,000 melalui jualan  kad ucapan Krismas  yang direka  khas oleh  kanak-kanak  We Care  Journey.    Justeru  itu,  para  pengunjung boleh  menghulurkan  derma  minima  sebanyak  RMl0.00  untuk  kad  ucapan  Krismas  ini yang dijual sehingga 25 Disember 2017." 
Wang  derma  yang terkumpul  ini  akan  digunakan  untuk  membeli  tiga  unit  mesin  'standers'. Mesin  ini amat diperlukan oleh  kanak-kanak 'Spinal  Muscular Atrophy' kerana ia   membantu meningkatkan fungsi sistem  penghadaman, peredaran darah serta pernafasan.   la juga  boleh membantu menguatkan tulang dan  mengurangkan  risiko berlakunya kecederaan tulang. 
'Spinal  Muscular Atrophy' merupakan  penyakit genetik yang menyebabkan otot menjadi lemah secara progresif, membabitkan sel saraf motor pada saraf tunjang dan mengakibatkan hilang keupayaan fizikal seperti berjalan, makan dan juga bernafas.  Namun demikian,  pengidap SMA masih  boleh  berfikir,  belajar  dan  berinteraksi  dengan  individu  yang  lain.     Penyakit  SMA merupakan  salah   satu   penyebab   kematian   awal   di   kalangan   kanak-kanak   dan  ia   boleh menyerang  sesiapa   sahaja   tanpa   mengira   kaum   dan  jantina.      Mengikut   statistik   yang dikeluarkan oleh  negara Amerika Syarikat, 1 dalam  10,000 bayi mengidap penyakit SMA dan 1 dalam setiap 50  warga Amerika  adalah  pembawa  Gen SMA (Statistik negara  Malaysia  masih tiada).
Pengasas 'We Care Journey' Edmund  Lim  yang hadir  di  majlis pelancaran  ini  bersama  isterinya Yap  Sook  Kee  berkata,   "Anak   kedua   kami   Branden   disahkan   mengidap    penyakit  'Spinal Muscular  Atrophy'  pada  usia  setahun.    Branden  tidak  berupaya  untuk  duduk   atau  berdiri dengan  sendiri, serta memerlukan penjagaan rapi,  dan  kombinasi  terapi fizikal  juga  pemulihan secara  intensif.   lni  kerana  penyakit ini  menyerang secara  progresif.   Justeru  itu,  kami suami isteri  bertekad  untuk  membantu  Branden  sebaik  mungkin   dan  membuat  keputusan  untuk berhenti  kerja  dan  menggunakan semua  simpanan wang  kami  untuk menubuhkan  organisasi ini."    Tambahnya   lagi,  "Sepanjang  dua  tahun  organisasi  ini  ditubuhkan,  kami  bukan  sahaja berupaya memberi perhatian sepenuhnya kepada  Branden, malah  dapat membantu anak-anak SMA yang lain serta  keluarga mereka  menghadapi penyakit ini."
Buat masa  sekarang, pengidap  penyakit SMA hanya boleh  dirawati untuk menangani masalah pernafasan dan pergerakan.    Justeru  itu  mesin  bantuan  pernafasan, alat  pendakap  kaki, kerusi roda  dan bingkai bantuan untuk berdiri (Standing frames) amat diperlukan oleh 'We Care Journey' untuk membantu  lebih  ramai kanak-kanak  yang mengidap SMA.
Untuk  maklumat  lanjut  mengenai  kempen  mengumpul dana SMA  bagi 'We Care Journey',  sila layari www.suriaklcc.com.my atau www.wecarejourney.org