Showing posts with label Sau Gong Reunion Dinner. Show all posts
Showing posts with label Sau Gong Reunion Dinner. Show all posts

Friday, December 28, 2018

Sambutan ‘Sau Gong’ Reunion Di Marriot Putrajaya

Hi Korang,


Korang tau ke ‘SAU GONG’ ni ape ek.. 


Kalau korang nak tau, perayaan Sau Gong ni ada jamuan makan malam setiap akhir tahun bagi syarikat yang meraikannya. Kira macam annual dinner lah tapi dalam Chinese community lah. Tapi bukan terhad kepada syarikat je tapi jamuan makan kepada kengkawan, rakan-rakan perniagaan, para pekerja dan saudara mara. 


Ini dikenali sebagai makan malam "Sau Gong" untuk komuniti Cina yang berdarah  Kantonis. Kebanyakan restoran Cina mempromosikan menu "Sau Gong" mereka bersama-sama dengan pelbagai menu set untuk makan malam Tahun Baru Cina. 


Makan untuk masyarakat Cina adalah sinonim untuk berkongsi kemakmuran dan kebahagiaan. Oleh itu, sempena sambutan yang menggembirakan ini, ‘Summer Palace’ di Marriot Hotel Putrajaya telah mempersembahkan beberapa hidangan baru dan pelbagai hidangan makan malam. 

So kak lily berkesempatan merasai sendiri menu-menu yang di hidangkan sempena promosi ‘Sau Gong’ ini yang disediakan oleh Chinese Chef Dixon Lai dan teamnya. 

Prosperity Salmon and Crispy Fish Skin ‘Yee Sang’ 

Braised Crabmeat Soup with Dried Seafood 

Steamed Pearl Grouper with Fresh Fungus and Enoki Mushroom in Soya Sauce 

Roasted Crispy Chicken Marinated with Preserved Beancurd Paste 

Wok Fried Tiger Prawns with Chinese Chives Sweet Sour Sauce 

Braised Whelk Meat, Beancurd Roll and Broccoli with Oyster Sauce 

Fried Rice with Assorted Seafood, Sakura Shrimp and XO Chili Paste 

Special Dessert Combination 

Bagi pilihan menu ‘Auspicious Sau Gong berharga RM1388nett dan menu ‘Longevity’ Sau Gong berharga RM1788nett untuk satu meja bagi 10 orang. Promosi ini bermula dari 8hb Januari hingga ke 4hb Februari 2019 

So, kalau korang ingin merasai pengalaman menikmati hidangan ‘Sau Gong’ di Marriot Putrajaya, tempahan awal boleh dibuat melalui bahagian Tele-pemasaran di talian 03-8949 888 ext 1332/1333 

Kesemua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan. 

Jom kita ke: 

Summer Palace Restaurant 
Marriot Putrajaya Hotel 
IOI Resort City 
Putrajaya 

Phone: +60 3 89498888 
Fax:+60 3 89498999 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website: 

Facebook : 

Instagram : 









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com