Showing posts with label Ramadhan Buffet 2016. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Buffet 2016. Show all posts

Tuesday, May 3, 2016

Buffet Ramadhan 2016 | Kuala Lumpur Convention Centre

Hi Korang,

Entry adalah entry untuk buffet Ramadhan 2016 yang kedua bagi tahun ni. Ermm slow dan steady je menaip ni kan, walaupun dah ada 5 tempat yang aku pi review ni. 


Ni first time aku ke KL Convention Centre untuk Ramadhan review, thanks to PR yang sudi menjemput Ciklilyputih yang serba biasa ni kan. Hehehhee nak berayat drama plak ler.

Jom kita intai apa yang KL Convention Centre sajikan untuk tahun 2016 ni ek.


Seperti Ramadan tahun-tahun yang lepas, Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) sekali lagi akan menyediakan sajian selera kampung dengan mengetengahkan hidangan seperti masakan di rumah sepanjang promosi buka puasanya Ramadan ini. Dengan tema ‘Kampung dalam Bandar’ atau ‘Kampung in the City’ yang menekankan aspek kesenangan, keselesaan dan kelazatan, pasukan kulinari Pusat Konvensyen yang terdiri daripada 51 orang cef telah menyediakan menu eksklusif untuk promosi tahun ini, membolehkan pelanggan menikmati masakan ‘Kampung Klasik’ dan aneka sajian kontemporari di Pusat Konvensyen yang terletak di tengah-tengah ibu kota. 

Pusat Konvensyen juga menyediakan bilik solat, sejadah, selipar dan tempat berwuduk khas serta imam yang akan memimpin jemaah dalam menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih, bagi memudahkan pengunjung menjalankan kewajipan Rukun Islam mereka.








“Kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman berbuka puasa yang menyeluruh dan terbaik pada setiap bulan Ramadan. Begitu juga untuk tahun ini,” kata Angeline Lue, Pengarah Jualan & Pemasaran Pusat Konvensyen. Selain kemudahan untuk berwuduk, “kelima-lima dapur kami; Cina, Barat, Sejuk, Pastri dan Melayu, telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ini membolehkan umat Islam menikmati sajian buka puasa tanpa ragu-ragu.”















Kedua-dua menu buka puasa persendirian dan umum juga menawarkan pilihan sajian kontemporari dan antarabangsa sesuai dengan selera pelbagai pelanggan. Pilihan yang disajikan termasuk Pita Kebab Arab Daging Cincang, ikan panggang Tikka, masakan pasta Itali aneka rasa mengikut keinginan pelanggan, daging kambing salai Hickory Mediterranean dengan sos lada hitam dan sos pudina dan Pad Thai (mi tepung beras digoreng dengan makanan laut, ayam, telur dan sayur tauge).















Majlis berbuka puasa tradisional pada bulan Ramadan tidak akan lengkap tanpa stesen ‘Goreng-Gorengan’, yang menyediakan pisang goreng, cempedak goring, sukun goreng, keropok lekor serta makanan goring-gorengan lain. Bagi penggemar makanan manis, stesen ‘Ice Cool’ menyediakan Ais Batu Campur (ABC) yang ditambah pelbagai bahan lain untuk menambah kelazatan dan aiskrim atau serawa durian pulut lemak, kuih muih tempatan, kek, pastri, buah-buahan segar, kurma dan banyak lagi sebagai pencuci mulut. 

Untuk buffet ‘Kampung in the City’ ni, ianya bermula dari 6hb Jun 2016 hingga 1hb Julai 2016 dari 6.30petang hingga 10.30 malam.

Korang boleh membuat tempahan awal dengan menghubungi Abby melalui talian +603 2333 2866 bagi tawaran buka puasa umum, atau June di talian +603 2333 2877 bagi tempahan majlis persendirian.

Harga buffet ramadhan di KL Convention Centre ni adalah

RM115nett untuk dewasa

RM115nett – RM158nett untuk dewasa untuk jamuan persendirian menu Ramadan Al-Kareem

Jom kita ke

Kuala Lumpur Convention Centre,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603 2333 2888 
Fax: +603 2333 2882

GPS: 3.154443,101.712649

Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Mengenai Kuala Lumpur Convention Centre

Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) adalah sebahagian daripada komponen Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan diuruskan oleh Convex Malaysia Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara KLCC (Holdings) Sdn Bhd dan AEG Ogden Pty Ltd, Australia.

Pemenang berbilang anugerah, Pusat Konvensyen bertaraf dunia ini merupakan satu kemudahan milik Kuala Lumpur Convention Centre Sdn Bhd yang seterusnya, dimiliki oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Pusat Konvensyen ini telah menerima pensijilan ISO 22000, ISO 14001 dan OHSAS 18001 dan mendapat status EarthCheck Bronze (alam sekitar) dan pengiktirafan Pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), sistem keselamatan makanan antarabangsa bagi kemudahan konvensyen antarabangsa dan hotel bertaraf lima bintang. Ia juga merupakan yang pertama di Asia untuk menerima pensijilan ‘Emas’ Piawaian Kualiti AIPC. 

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang merangkumi dua auditorium (masing-masing menyediakan 3,000 dan 500 tempat duduk), dewan pameran seluas 12,310 meter persegi termasuk khemah berasingan seluas 2,600 meter persegi, Dewan Besar yang boleh menempatkan 2,000 orang, Dewan Bankuet untuk 500 orang, Dewan Persidangan untuk 1,800 peserta dan 20 bilik mesyuarat lain, untuk menyediakan ruang seluas 22,659 meter persegi untuk pelbagai fungsi di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.


Friday, April 1, 2016

Buffet Ramadhan 2016 | Palace Of Golden Horses Hotel, Seri Kembangan Selangor

Hi Korang,

Ermm bila ada invite untuk buffet Ramadhan 2016 ni terasa benau dah nak dekat je dengan puasa ek. Eh puasa dah ganti ke belum? Kalau belum baik lekassss

Kira awal jugak Palace of Golden Horses menjemput Cik Lily Putih ke buffet Ramadhan ni, haruslah rasa seronok kan tak de kes food review bertindih time dekat-dekat nak puasa nanti.



Untuk tahun 2016 ni, Palace of the Golden Horses telah melancarkan promosi ‘Buka Puasa’ yang menghidangkan menu dari 14 negeri di Malaysia ni yang bertemakan ‘Selera Malaysia’. Wow mesti memacam nak makan kan dan yang istimewanya dihidangkan sekali hidangan ‘Tropical Fruit’ stall yang ada buah-buahan tempatan seperti durian, mangosteen, rambutan dan memacam lagi sebagai pencuci mulut.





Terdapat pelbagai jenis pembuka selera ala Malaysia yang membangkitkan selera korang termasuklah serunding ayam, pecal kampong, kerabu udang celop, paru goreng berlada, kerabu lidah buaya, kerabu kaki ayam, ikan masin goreng, pais udang, ulam-ulam Melayu dan beraneka acar.











Untuk menu utama buffet adalah nasi bukhari, nasi minyak, udang goreng kampung, gulai tulang rawan nangka muda, sambal sotong berpetai, pajeri nenas, ketam masak cili bertelur, anika satay, nasi ayam Palace dan kambing bakar yang senantiasa menjadi pilihan ramai.






*sorry gambar tak berapa cantik sebab lens camera meragam plak time ni ek

Untuk hidangan di gerai-gerai kecil ni terdapat menu-menu yang mewakili negeri-negeri di Malaysia iaitu laksa Johor (Johor), ikan perkasam (Kedah), ayam percik (Kelantan), laksa Nyonya (Melaka), pulut kuning with sambal ikan bilis (Negeri Sembilan), belimbing buluh dengan budu (Pahang), salad limau bali dengan manga (Perak), pulut manga bersantan (Perlis), Penang char kuey teow (Penang), hinava (Sabah), Laksa Sarawak (Sarawak), sup gear-box (Selangor) dan keropok lekor (Terengganu).

Ada juga hidangan bubur lambuk bersama bahan-bahan sampingan seperti serunding ayam, serunding daging, bawang goreng, telur masin





Untuk buffet dinner ‘Selera Malaysia' ni, ianya bermula dari hari 6hb Jun 2016 hingga 3hb Julai 2016

Harga buffet ramadhan di Carousel International Coffeehouse ni adalah

RM138nett untuk dewasa

RM69nett untuk kanak-kanan (5 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas

Korang boleh dapatkan Mines Privileges Card di mana ianya menawarkan 20% diskaun kepada members dan juga Malaysian Government employees. So baik cercepat apply ek.


Eh ada lagi promosi ni,

Untuk EARLY BIRD booking se awal March 2016 akan mendapat 25% diskaun, bagi tempahan pada bulan April atau May, sebanyak 20% diskaun dan 15% diskaun diberikan. Rasa murah banyak dah tu kan, buat booking dulu sesiap, bayar then tinggal pi makan je nanti.

Kalau tak sempat nak booking jugak, masa bulan Ramadhan nanti ada promosi 9 + 1 Deal, di mana 1 guest akan makan secara percuma dengan pembelian voucher sebanyak 9 orang. Jimat gak tu kan. Bagi Malaysian Government employees dan juga CIMB credit cards holders yang terpilih, a special discount of 20% dan 25% akan diberikan di sepanjang promosi ini berlangsung.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8946 4888 atau pun email je ke fnbreservation@pgh.mines.com.my

Jom kita ke

Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor
Tel : 60 3 8946 4888


Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.