Showing posts with label Puteri Harbour Attractions. Show all posts
Showing posts with label Puteri Harbour Attractions. Show all posts

Sunday, December 9, 2018

Kemeriahan Hujung Minggu Menanti Seisi Keluarga di Puteri Harbour!

Hi Korang,


Cuti sekolah kini tiba dan ibu bapa pastinya mencari aktiviti menarik untuk anak-anak mereka. Apa kata, bawa seisi keluarga ke Puteri Harbour Attractions untuk menghadiri acara anjuran Astro, Fun Escapade yang buat pertama kalinya diadakan di luar Lembah Klang. 


Acara tahunan selama dua hari ini akan menampilkan konsert dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak popular seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Cam & Leon dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga pelbagai akiviti menarik untuk disertai anak-anak dan ibu bapa. Alami kemeriahannya pada Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Disember 2018 ini di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN! 


Mereka yang membeli pakej istimewa Family Fun Weekend (Pakej Keluarga Play4Fun berharga RM418 atau Pakej Berkembar Fun2Play berharga RM269) melalui http://www.kidxy.com/puteriharbour akan menikmati persembahan muzikal menarik yang menampilkan watak-watak terkenal seperti Omar & Hana, XTY Tong Tong, Cam & Leon serta Didi & Friends. Selain itu, mereka juga akan menerima Pasport Escapade untuk mengambil bahagian dalam 15 aktiviti baharu di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN. 

Lebih menarik, seisi keluarga akan turut menerima barangan edisi terhad Fun Escapade dan baucar untuk membeli-belah, baucar makanan dan minuman serta baucar cetakan foto. 

Tiket juga boleh dibeli di kaunter tiket Puteri Harbour Attractions pada hari acara berlangsung. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kidxy.com/puteriharbour atau hubungi 1 300 88 FAMILY (326459).











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com