Showing posts with label Peraduan YEO'S Raya Bergaya 2019. Show all posts
Showing posts with label Peraduan YEO'S Raya Bergaya 2019. Show all posts

Friday, April 19, 2019

Jom Menang PROTON X70 - Peraduan YEO'S Raya Bergaya 2019

Hi Korang, 


Ya ampun, sekejapan dah nak masuk bulan Ramadan ek. 

Pejam celik pejam celik setahun masa berlalu sudah kan, ermm puasa dah ganti ke hehehhe. Itulah kak lily pun tinggal lagi 2 hari ni lagi untuk ganti aduimak asyik terlupa je tanggungjawab ni lah. Eh ganti tetap ganti kan, wajib tuh. 

Bercakap mengenai puasa ni, apa yang terlintas di fikiran korang ?? 

Ermm of courselah buka puasa kan hehehhe 

Dah kak lily agak dah, makan yang korang penting kan yelah kita penat-penat 12 jam berpuasa kan haruslah ganjarannya mestilah awesome. Dapat seteguk air yang menyejukkan dah rasa bahagia dah. 

Memang bulan puasa ni, kak lily ada standby air sedap kat dalam fridge tuh. Nak beli kat bazaar Ramadan takut sakit perut so belilah sekarton air kotak, selalunya kak lily beli air soya lah sebab ianya menyejukkan. Even tak simpan dalam fridge pun bila minum tetap sejuk je tau. 

Kak lily memang favourite air soya dari Yeo’s ni. Even kalau pi beli kat 7-11 ke mane ke tetap air soya Yeo’s yang dicari jugak kan. 

Dah alang-alang bercerita tuh kak lily nak kongsikan kepada korang ada peraduan menarik ni untuk korang tau. 

Yeo’s Peraduan Raya Bergaya 2019 


Kak lily rasa setiap tahun mesti Yeo’s akan adakan peraduan sempena hari raya ni. Yelah tak caya cuba korang google ek, memang ada tau. Dah tuh peraduannya tak susah mana pun, beli, hantar penyertaan kalau terpilih then menang yeahhhhh 

Peraduan ini akan bermula dari 15 April 2019 pada 12.00 pagi dan ditutup pada 9 Jun 2019 pukul 11.59 malam (“Tempoh Peraduan”) 

Untuk tambahkan lagi keseronokkan untuk korang sertai peraduan ni, ermm ini hadiahnya: 

Untuk Cabutan Mingguan 

Hadiah Mingguan 

200 x RM 500.00 Wang Tunai 

Jadual Cabutan Mingguan 

Minggu 1: 15 Apr – 21 Apr 2019 

Minggu 2: 22 Apr – 28 Apr 2019 

Minggu 3: 29 Apr – 5 Mei 2019 

Minggu 4: 6 Mei – 12 Mei 2019 

Minggu 5: 13 Mei – 19 Mei 2019 

Minggu 6: 20 Mei – 26 Mei 2019 

Minggu 7: 27 Mei – 2 Jun 2019 

Minggu 8: 3 Jun – 9 Jun 2019 

Cabutan Utama 

Hadiah Utama: 

1 x Proton SUV X70 1.8 TGDI Standard 2WD 

Wah kereta tuh, I like I like!! X70 tuh kan model SUV terbaru Proton kan, Terbaekk lah 

Ermm excited kan, ni kak lily terangkan cara nak sertai Yeo’s Peraduan Raya Bergaya 2019 ni tau 

Langkah 1: 

Beli mana-mana makanan dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau Cintan dan/atau Justea ( Product Yeo’s) bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan) 

Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan. Ini kena pastikan betul-betul wokeh. 

Langkah 2: 

Buka aplikasi WhatsApp korang, muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan taip 

(Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi). 

Lampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:- 

a) Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima. 

b) Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan. 

Langkah 3: 

Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873 

Peserta layak akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingg 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima. 

Langkah 4: 

Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan. Serious kena simpan ni, kalau kak lily siap photocopy satu. 

Botol Yeo’s Soya 1 litre yang baru 


Kalau korang nak tau Yeo’s Soya ini kini didatangkan di dalam botol 1 litre. Wah best tuh, tak delah kak lily nak minum 2-3 kotak kecil sekaligus kan, nampak nau pelahap di situ hhehehehe. Bagus berita ni kan kan kan. Ianya menjalani proses pengisian sejuk dan mengekalkan kesegarannya. Itulah letak kat suhu bilik pun sejuk inikan pulak letak dalam fridge kan. 

Bila dah packaging botol besar ni, of courselah ianya tidak akan tumpah, bocor ke kan. Senang untuk di simpan dan di bawa kemana-mana saja. Kalau kotak tuh tak terhimpit letak dalam beg pecah plak kan. Selain ianya mengekalkan kesegaran botolnya tuh boleh di kitar semula, maknanya lagi banyak korang minum lagi banyak botol kosong yang boleh korang jual hehehhe mata duitan sungguhlah ek. 

Yang penting, air soya Yeo’s ni sesuai di hidangkan kepada seisi keluarga sewaktu berbuka mahupun bersahur. Sedap kan.. 

Ini kak lily kongsikan kepada korang video untuk Yeo’s Raya Bergaya untuk korang 



Apa tunggu lagi, jom sertainya sekarang.. 

Senang je nak menang!! 

Info lanjut mengenai peraduan dan cabutan mingguan, korang boleh ke : 

Website peraduan: 


Facebook Page :