Showing posts with label Pengalaman duduk hospital. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman duduk hospital. Show all posts

Wednesday, August 10, 2016

Ayah Masuk Hospital !

Hi Korang,

Last week, hidup aku kelam kelibut sket 

Dapat call rabu petang daripada mak aku, cakap ayah masuk hospital plak. Tak de jatuh tak de apa tup-tup kepala rasa pening nak pitam then mata terus kabur.
 

Esok paginya terus bergegas balik Melaka tapi disebabkan ada time waktu melawat Hospital Melaka ni so ktorang kuar rumah lambat sket dan pi breakfast dulu. So sampai sana dalam kul 11.30am kenalah menunggu sampai 12.30tengah hari aci guard bukak gate untuk masuk ye. 

Sekali mak kuar, katanya nak kena bawak ayah pi X-ray so dapatlah ikut sekali.


Bila tengok ayah kat atas kerusi roda tuh, sayu je rasa hati. Yelah orang tak pernah sakit, tak pernah masuk hospital, pi klinik pun untuk amik ubat nenek je tetiba je masuk hospital ek. Keadaan ayah yang tak berapa betul menyebabkan dia langsung tak dapat cam siapa aku. Sedih wei.. huhuhuhhu

Lepas 2-3 kali cuba cakap dengan dia then barulah dia dapat cam suara aku. 

Sementara nak tunggu X-ray tuh, ayah asyik mengadu sakit kepala yang amat sangat. Agaknya bila sakit kepala seluruh saraf pun kira jem kot. Nasib baik tengok citer korea ‘Doctors’ tuh so adalah knowledge sket mengenai saraf-saraf ni ek. 

Abis X-ray naik ke Wad ayah.

Wad 3-2, Tingkat 3, Bangunan Baru Hospital Melaka


Wad Kelas 2 untuk pesara kerajaan macam ayah. Masuk hospital pun tak de kena bayar deposit, sebab tulah dulu ayah beria-ria suruh aku keje kerajaan senang masa depan katanya tapi aku degil cakap dengan ayah tak mencabar keje kerajaan ni. Sekarang semua kena kerja sendiri akhirnya tapi aku redha dengan keputusan yang aku buat. 

Wad hujung ni cuma dihuni oleh 5 orang pesakit termasuk dengan ayah, bilik beraircon dan katil ayah dekat dengan toilet serta ade kerusi panjang yang boleh ktorang duduk. Kalau orang biasa, duduk di luar Kelas 3, hanya berkipas dan satu tempat tuh dalam 10-12 orang cam tuh. Itu tak kira kalau ada banduan sekali duduk kat situh, masa tuh ada seorang banduan yang duk meraung-raung nak jumpe bini dia agaknya, nasib baik ada 2 orang polis yang tenangkan dia. Kalau aku duduk luar tuh, boleh naik darah dibuatnya sebab tension kan. 


Bila tengok ayah terbaring tuh, dah nampak dah tuanya ayah. Kalau dia pegang mikrofon hilang kedut-kedut kat muka nampak muda plak huahauhaua. Balik dari x-ray tuh, ayah terus tidur. Bila suruh makan, cuma 2 sudu je katanya tak de selera, tak de rasa kat tekak sudahnya aku yang makan. Suruh mak makan, dia pun tak lalu gak sebab terlalu penat agaknya, yelah tidur tak cukup lepas tuh tak selesa tempat tidurnya.
 

Sebab ada gap pukul 2pm - 4pm tuh pelawat tak boleh masuk, aku bawak balik mak sekejap ke rumah. Cian plak tengok orang tua tuh, balik-balik je bukan berehat pun. Sibuk kemas reban ayam, bagi ayam makan, bagi kucing makan, bagi burung makan, basuh baju, menyapu rumah bagai. Aku cakap biarlah nanti aku boleh buat, ermm jawapannya tak per ko bukan tau pun nak buat cam ne semua ni. Nanti ko salah buat plak. Aku diam dan tengok je apa yang mak buat, then esoknya aku boleh buat. 

Bila mak tidur? Dalam kereta masa nak pi hospital blah petang,nampak nau letih kat muka dia ek. 

bila atuk nak baik ni acik? cian umaira tak de orang jemput balik sekolah. ini anak cikgu yang mak aku jaga tuh. Dia pun risau bila ayah masuk hospital

masa ni menitik air mata aku tengok nenek

Petang tuh dalam kul 5.15pm ktorang sampai ke hospital balik, ayah masih tidur. Ermm tak perlah ktorang tunggu je temankan mak borak-borak. Kemudian datang sanak sedara melawat ayah, tanya khabar. Yang paling sedih, nenek sebelah ayah datang. Menangis dia bila tengok keadaan ayah masa tuh, terus je dia angkat tangan dan berdoa agar disembuhkan penyakit dan kalau boleh transfer sakit ayah tuh pada dia, itulah kasih seorang ibu kepada anaknya ye. Ayah bangun kejap then mengadu sakit kepala lagi. Dapat berbual kejap je then tidur balik. 

Lepas kul 7.30malam baru ktorang balik umah. Mak memang tak nak balik, sebab cian kat ayah nanti nak bangun kencing tengah malam siapa pulak nak tolongkan walaupun ada nurse lalu lalang kat situ. 

Hari jumaatnya,ktorang datang cam biasa.



Masa sampai je dah ramai tetamu ayah, orang kampung, kengkawan tempat keja, orang masjid semua datang sekejap sementara nak tunggu solat jumaat. Ayah dah boleh bangun, tak tidur dan dah mula ingat sket-sket. Tanya pasal keje, risau pasal nak bayar duit hospital dan yang best tuh dia dah nak balik bosan duduk sini katanya, langsung tak boleh nak buat apa. Mak dah mula senyum sket, dah hilang sket perasaan risaunya. 

Abis waktu melawat, aku bawak mak balik lagi. 

Kali ni dia tak de buat keja sangat sebab semua aku dah buat sebelum jemput dia pagi tadi. Dapatlah dia rehat sekejap. Once sampai hospital balik, dah penuh tempat ayah. Kali ni lagi ramai yang datang melawat, ayah dapat boleh buat lawak boleh gelak walaupun mata masih kabur. 


Betapa ramainya orang melawat ayah sampai nak kena beratur, penuhnya bilik tuh. Suka dia, ada orang nak layan bercakap dengan dia. Itulah rutin setiap hari sepanjang aku ada kat Melaka ni, langsung tak kemana pun rumah – hospital – rumah. 


Semalam petang (isnin 8/8) ayah dah pun dapat pelepasan untuk keluar hospital semua adik aku uruskan sebab ktorang bergilir-gilir cuti untuk jaga ayah ni. Memang pendarahan dalam kepala tuh ada tapi amik masa yang lama. Doktor syorkan untuk cuba rawatan alternatif untuk carikan darah tuh secara semulajadi. Doktor tak galakkan operation takut mengganggu sel-sel saraf yang lain yang boleh membuatkan ayah hilang ingatan. Ermm banyak jugak cadangan yang aku terima, insyallah aku akan usahakan satu persatu untuk ayah. 

Ermm..

Penat tuh memang penat tapi dapat bantu mak tuh memang sesuatu yang awesome, walaupun jadi driver dan tukang masak. Seorang mak boleh bersusah payah untuk anak-anaknya takkan kita tak boleh kot!

Kes ayah ni banyak menginsafkan aku mengenai kuasa allah, kuasa seorang ibu, hebatnya seorang isteri tuh. 

Camner kalau menda-menda cam ni terjadi pada Mr Big? 

Boleh ke aku harungi..

Anyway, terima kasih kepada korang yang sudi doakan ayah aku supayan cepat sembuh di social media. Semoga allah je dapat membalas doa-doa kalian.. amin…