Showing posts with label Pelakon Korea Hensem. Show all posts
Showing posts with label Pelakon Korea Hensem. Show all posts

Friday, April 6, 2012

Filem Aksi Perang Termahal Korea MY WAY, Sangat Menyentuh Hati


Hi Korang,

Hari tuh dapat jugak aku ke Press Screening Filem ‘MY WAY’ di GSC Signature, The Garden. Thanks to Azwan from Alternate Pictures yang jemput.


Aku penah tulis sinopsos filem ‘MY WAY’ ni kat sini (click dan baca ek). Masa tu tulis synopsis tuh rasa cam tak berapa best kot filem. Yelah pelakon pun tak kenal, citer Korea plak tu. Bila dah tengok, then baru lah aku tau sebab apa filem ni di katakan filem termahal dan terhebat.


Apa yang menarik tentang filem ‘MY WAY’ ni.

1.   filem yang menelan modal sebanyak RM77.3 milion

2. kutipan keseluruhan tayangannya di pasaran antarabangsa telah menjangkau sebanyak RM108.5 milion setakat ini

3.  diinspirasi melalui sekeping gambar yang memaparkan imej seorang pemuda Asia yang berdiri dikalangan tawanan tentera Jerman semasa penaklukan tentera bersekutu di Normandy.

4.  Pra produksi pula mengambil masa selama 8 bulan sebelum mereka memulakan penggambaran pada Oktober 2010 yang memakan masa sebanyak 156 hari termasuk lokasi di Latvia

5.   pembinaan set di atas tapak Saemangeum yang seluas 401 kilometer persegi untuk insiden Nomonhan, peperangan Soviet-Jerman dan pengkalan kem tawanan perang.


6.  Dua kereta kebal turut ditempah khas dari England bagi mengikut kriteria jenis kereta kebal zaman dulu selain lori trak dan kereta jip tentera Jepun, motorsikal tentera Jerman serta kereta perisai

7.  Seramai 16,668 pelakon tambahan, 2,000 unit pakaian seragam dan 57,500 butir peluru telah digunakan semasa babak peperangan


8.   Gabungan pelakon dari Korea, Jepun dan China sebagai watak utama.

Bagi Aku :

Memang sangat menarik. Pasa mulanya aku ingatkan sekadar cerita perang biasa but its actually perjalanan hidup seorang pelari marathon. Cerita daripada dia kecil sampailah dewasa bagaimana dia mengharungi hidupnya untuk mencapai cita-citanya menjadi pelari marathon dalam Sukan Olimpik mewakili Korea.


Musuh utamanya adalah cucu kepada tuan rumah yang bapanya bekerja sejak dari kecil lagi. Mereka memang bersaing each other untuk menjadi jaguh marathon ni.


Part yang paling mengerikan sekali time diorg memula ni pi berperang dengan Soviet Union. Bayangkan dahlah dipaksa menjadi Tentera Jepun kemudian di paksa berperang plak. Masa time kena seksa tuh memang superb. Sangat real. Tentera Jepun tu slash kepala Tentera Soviet tu cam tu je. Kalah sembelih ayam, sangat menyakitkan hati.

Ending yang aku tak sangka langsung. Sangat menyentuh hati. Sangat lah. Sampai tak boleh nak citer kat korang lah.

So jomlah pi tengok filem ‘MY WAY’ ni. Mula keluar kat pawagan seluruh Malaysia pada 19hb April ni.

CLP notes : Aku rasa cam nak pi tengok lagi coz tak puas tengok hari tuh lah.

Filem My Way
Tarikh Tayangan : 19 April 2012
Pengarah :  Kang Je-Kyu
Pelakon : Jang Dong-Gun, Odagiri Joe, Fan Bingbing, Kim In Kwon,  Han Seung     
      Hyun , Do Ji Han & Lee Yeon Hee
Penulis skrip :  Kang Je-Kyu & Kim Byung-in
Penerbit Eksekutif :  Miky Lee, So Jin-Woo & Mu Xiao Guang
Genre :  Aksi  / Perang
Bahasa : Korea / Jepun / China / Rusia / Jerman (Sari kata Bahasa Inggeris)
Klasifikasi : 18
Durasi :  143 minit
Terbitan :  Directors Production