Showing posts with label Mushroom Soup Sedap. Show all posts
Showing posts with label Mushroom Soup Sedap. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Dinner @ Milwaukee Steak Corner , Not Bad Lah


Hi Korang,

Aku selalu makan kat sini but selalunya lupa nak amik gambo lah. Yelah perut dah lapo haruslah bedal tak henggat kan. So recently ni Mr Big ingatkan aku kalau nak buat food review sila amik gambo dulu sebelum makan and yes I did!

Ktorg suka makan kat Milwaukee Steak Corner ni coz ada live band dan jus kedondong asam boi yang mantop.


Restoran Milwaukee Steak Corner ni ber konsepkan western food. Ye sangat western tapi sesuai dengan harganya. 


Restoran ni 2 tingkat so yang tingkat bawah tu untuk yang nak lepak2 sambil isap rokok, tengok screen beso ke kan. Aku prefer duk tingkat atas coz ada live band dan berair-cond.

Meh tengok apa yang ktorg makan hari tuh.


Chuross ni as compliment masa tunggu food sampai, ala2 kepok gitu lah tapi ianya cam biskut.


Mushroom soup yang rotinya di jadikan mangkuk sup, by the time sup kering roti pun abis gak. Banyak plak tu.


Hah ini lah jus kedondong asam boi. Kalau cawan dah beso tu tau lah sape punya kan. Haruslah Mr Big, tengoklah saiz badan. Aku je minum blackcurrent comel tuh.


Big Bird Ostrich ni aku punya coz dah lama tak makan kan. Sedap dan lembut.


Mr Big punya Oscar Rib Eye Steak, siap ada udang beso tuh. 


Kat sini, sos or gravy di asingkan so pelanggan leh nak letak banyak ke sket kan. Kalau nak sedap lagi, letak sos keluaran Milwaukee Steak Corner ni sendiri sebagai penambah rasa. Ok gak lah.

Hah, korang mesti cam teruja kan bila tengok gambo yang ktorg makan tuh. So nak ke sini, alah senang je


Restoran Milwaukee Steak Corner
No. 13G, Jalan Kasturi 1,
Plaza Kasturi Off Jalan Balakong,
43200 Cheras, Selangor

Direction : Kat tepi jalan menuju ke Jusco Balakong, Seberang jalan tu ada kedai perabot banyak sangat. 

Tapi aku rasa ramai orang ingat, kedai ni kedai cina coz the decoration tuh nampak cam bar dan pub je but exactly langsung tak lah. Dari segi harga plak, tak de lah mahal mana pun berpatutan dengan hidangan lah. 

Kalau korang leh makan Tony Roman tu selalu, Milwaukee Steak Corner ni korang leh makan tiap2 bulan. Cuma bagi ktorg kalau dah teragak tuh, pi je makan kan bukan susah pun.

Enjoy!

CLP notes : Macam nak makan kat sini lah malam ni. slurrppp!!