Showing posts with label Masak Kentang. Show all posts
Showing posts with label Masak Kentang. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Terglamour Sekejap Dalam Majalah Jelita


Hi Korang,

Ingat tak aku pi event masak-masak kentang hari tuh? Ye masak kentang memacam tuh. Terlupa? Nah klik kat sini ek untuk flashback balik.

Tetiba plak minggu lepas, Kak Ina KL bagitau yang ktorg terglamer dalam majalah Jelita bulan Ogos ni. Apa lagi cepat-cepat pergi ke newsstand cari majalah Jelita tu kan. Banyak tempat pergi rata-rata dah abis. Aduiyai melepaslah nak tengok gambar tu kan.

Then semalam masa kuar nak pi bazaar ramadhan mahal yang area Bangi ni, ternampak satu book store yang kecil je kat tepi jalan ni. Apalagi suruh Mr Big berhenti kejap kan.

Cari-cari pun cari ada. Terus flip over every page, yelah takut salah beli plak kan.  Hah ko ade, terus bayar.


Tak sempat-sempat dalam kereta juga aku cari. Memang pun ado muka aku dengan Mr Big terpampang kan. Tak de lah besar tapi memang orang boleh cam lah. Ktorg duk panggil depan sekali. Memang tengah seronok time tuh mendengar celoteh Dr Shahrin time tuh.

Anyway terima kasih kat majalah Jelita yang sudi menjemput ktorg berdua ke event masak-masak ni. Eh tak lupa juga kat Ayu Rafikah dan Kak Ina KL yang jadi geng masa event ni kan.