Showing posts with label Lokasi Nu Sentral. Show all posts
Showing posts with label Lokasi Nu Sentral. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

Pembukaan NU SENTRAL Shopping Mall Dengan Kehadiran MasterChef All Stars


Hi Korang,

Walaupun busy ke sana kemari but stil aku sempat ke Nu Sentral ahad lepas.


Nu Sentral ni terletak betul-betul berada di kawasan KL Sentral ni, boleh dikatakan berhadapan betul dengan KL Sentral Station dan bersebelahan dengan Aloft Hotel. Actually acara perasmian termasuk aktiviti untuk majlis pembukaan ni berlangsung selama 2 hari tapi aku sempat ke hari kedua je coz hari pertama tuh busy dengan aktiviti lain.

NU Sentral is Malaysia’s first truly fully integrated ‘green’ lifestyle mall located in the heart of the nation’s largest transit hub KL Sentral

Once masuk je ke dalam Nu Sentral ni, erm wow bestnya. Its actually shopping mall yang aku rasa bersesuaian sekali bagi pelancong yang baru sampai ke Malaysia. Yelah KL Sentral tu center for everything, pusat pengangkutan awam. Interchange LRT, monorail, Komuter, ERL semuanya di sini.




Walaupun nampak cam tak berapa nak siap dari luar tapi bila masuk je ke dalam mall ni, ermm dah ada banyak kedai macam MacCity, Shepora, Starbucks, butik baju dan memacam lagi lah dan dah ramai orang pun ke mari.

Untuk aktiviti hari kedua ni, ada MasterChef All Stars Battle.



Ada 6 orang selebriti MasterChef All Stars yang menjayakan program ni iaitu Celina, Soo Wincci, Imelda, Michael Ang, Brian dan Zamir yang comel tu. Mereka di bahagikan kepada 2 team, Team Merah untuk ladies dan Team Biru untuk men. Kira macam battle of sexes la ni.



Cabaran diorang senang je, alah kena masak macam Peti Saji Misteri gituh.





Korang pun tau kan, kalau ade Michael Ang, Imelda dengan Brian memang gamatlah suasana kan. Memang ye pun bukan main kecoh masa time nak siapkan hidangan tuh. Selebriti yang lain nampak cam fokus je but diorg ni pok pek pok je kan. Tapi penonton yang ada kat situ memang terhibur, gelak sakan tak henti-henti dibuatnya.



Hampir 15 – 20 minit cam cam tuh, kedua-dua team menjaya menyiapkan hidangan mereka. Team Merah sangat cantik presentation so colourful dan Team Biru simple je presentation tapi menggiurkan. Ktorang bebudak bloggers ni di beri penghormatan untuk merasai sendiri hidangan mereka ni. Wah feel honoured gituh tau. Kemudian vote untuk pilih team mana yang menang.



Of courselah Team Biru yang menang, walaupun nampak simple tapi sedap dan bersesuaian dengan bahan yang digunakan, bukan nak kata Team Merah tak sedap cuma pilihan bahan-bahan untuk terlalu unik sangat hehehehhe jangan marah je Team Merah.

cilok dari Instagram Ruby. Aku paling comel sekali kan

Haruslah aku paling comel kan, tapi mesti korang cakap Zamir yang comel.. ishk kecik ati tau

Kemudian ada sessi bergambar bersama peminat, ermm haruslah jangan lepas peluang. Ktorang still jadi yang pertama lagi.. Syiok sungguh rasa tau. Kemudian barulah orang ramai plak dapat bergambar dengan mereka.



Ada juga sessi bersama Soo Wincci pada petang tuh, ramai gak tertunggu nak dengar lagu terbaru Soo Wincci ni, sedap gak.


Hah panjang lebar plak aku citer pasal event ni ek, alah bukan apa seronok benar rasanya. Memang Nu Sentral ni akan menjadi lokasi tumpuan para pelancong dan kita sendiri rakyat Malaysia ni sebab segalanya ada di sini. Nak makan ke, nak shopping ke semua lengkap lah

Kalau nak tau lebih lanjut lagi mengenai Nu Sentral ni meh check it out kat sini ek : www.facebook.com/nusentral

Of course akan ke sini lagi coz banyak lagi store belum buka, so sekarang ni cuci-cuci mata dulu la ek.


p/s : mintak maaf gambo tak berape nak cantik ek coz pakai tekan je shutter button ni. 

*****************************


Kalau korang ingin mengikuti perkembangan aku dengan lebih mudah lagi cepat dan advance selain dari membaca di blog, boleh follow aku seperti di bawah... 

Instagram : @ciklilyputih

Twitter : @ciklilyputih

Google+ : +ciklilyputih

Fanpage : ciklilyputih.Com


p/s : musim nak tambahkan kenalan baru di social media, mana tau korang bertuah boleh dapat mystery gift kan