Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

Achik SPIN Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri

Salam korang,

Aku baru baca pasal berita nie:-

SEREMBAN: Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.

Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu

Sumber dari -MStar
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

Baca dah dari Oh Artis plak:
Guys, kami di Oh! Artis diberitahu sebentar tadi, Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.
Al Fatihah buat arwah Achik Dan takziah kepada isteri Dan anak2 beliau.

Lambat betul aku update lah. nie gara-gara tertido tengok citer Hantu Kek. Dah tu plak baru balik dari Gatsby Event & PC Fair. Mane tak ke penat kan?