Showing posts with label Hermanas Bawal. Show all posts
Showing posts with label Hermanas Bawal. Show all posts

Friday, May 10, 2019

Pelancaran Koleksi Raya HERMANAS X ADIRA

Hi Korang, 


Baru-baru ini kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran koleksi raya jenama tudung Hermanas Bawal di The Curve. 

Koleksi tudung bawal istimewa ini menampilkan tudung bawal dengan material berkualiti tinggi iaitu Premium Cotton Voile yang semenangnya mudah dibentuk dan tidak mudah kedut. 

Di majlis ini juga, Penyanyi Adira Suhaimi mengumumkan kolaborasi bersama jenama tudung Hermanas bersempena kempen raya 2019.  Pengasas Hermanas iaitu, Syed Zulhilmi Tuan Syarif bersama isterinya Zulaikha Mohamad berkata, koleksi istimewa itu boleh didapati sepanjang bulan Mei dan Jun ini 


“Dengan pelancaran Koleksi Raya Hermanas X Adira ini kami berharap Hermanas akan lebih dikenali ramai di dalam dan luar negara. Sehingga kini pelanggan kami bukan sahaja dari Malaysia malah negara luar seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Australia dan Arab Saudi”

“Bawal Hermanas sangat berbeza dari bawal yang sedia ada di pasaran kerana material yang digunakan adalah material yang diperbuat khas untuk Hermanas iaitu Hermanas Premium Cotton Voile, ia sangat senang bentuk, tidak mudah kedut, 'on point' sentiasa. Dan paling istimewa harganya juga sangat berpatutan,” ujar Syed. 

Dalam pada itu, pemilihan penyanyi Adira disifatkan paling sesuai berikutan wanita tersebut juga berimej muslimah. 

“Adira adalah pilihan yang tepat sebab salah satunya dia sendiri bertudung. Cara pemakaian dia juga cantik, trendy dan kemas bersesuaian dengan tudung bawal Hermanas."

“Selain itu juga, Adira mempunyai pengikut tersendiri yang mempu meningkatkan Hermanas ke tahap lebih tinggi,” ujarnya. 


Pada majlis itu juga, Adira telah tandatangan sehelai tudung istimewa edisi terhad yang akan dibuka untuk bidaan bermula dengan RM1,000. Duit hasil lelongan itu akan disalurkan ke badan kebajikan sempena menyambut hari raya nanti. 


Sekitar sessi tudung tutorial di majlis pelancaran #HermanasXAdira. Cantikkan Adira, simple je makeup. I like..



Koleksi Raya Hermanas X Adira menawarkan 12 rekaan keseluruhan dengan enam rekaan pertama akan dilancarkan pada Mei dan selainya akan dilancarkan pada awal Jun depan. Setiap design mempunyai lebih 5 kombinasi warna, dari koleksi ini sahaja menampilkan lebih 40 kombinasi warna. 






Koleksi itu boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Dan sempena musim perayaan ini, peminat bawal Hermanas boleh mendapatkan dengan harga istimewa untuk pembelian tiga helai iaitu RM197 dengan penghantaran percuma dan berserta dengan kotak eksklusif. 

Selain itu, koleksi ini juga boleh didapati dengan semua stokis sah Hermanas di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. 

Kalau hendak ke butik Hermanas di Kota Damansara, ini alamatnye: 

Showroom Hermanas
29-1 JALAN PJU 5/20E 
The Strand Kota Damansara 
47810 Petaling Jaya, Selangor. 

Telefon : 010-334 8784. 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 
www.hermanas.my 

Facebook Page : 

Instagram : 



#hermanasootd