Showing posts with label HONEY CRÈME. Show all posts
Showing posts with label HONEY CRÈME. Show all posts

Monday, December 28, 2015

HONEY CRÈME, Ais Krim Premium Lembut Organik Kini Di Hartmas.

Hi Korang,

Suker giler dengan ais krim tak?



Kalau ye, ni aku nak citer pasal aiskrim sedap di Desa Sri Hartamas ni ek.



Pagi sabtu hari tuh sempat aku ke majlis pembukaan outlet Honey Crème Ice Cream di Desa Sri Hartamas, ramai jugak media yang hadir sampai packed kedai ni. 




Ais krim menanggung stigma sebagai makanan yang tidak sihat dan kurang khasiat tetapi menikmati Honey Crème bukan sesuatu yang patut dipandang begitu dan hanya patut dimakan pada hari-hari anda tidak berdiet. Honey Cream dicipta dengan bahan-bahan organik premium dari seluruh dunia termasuk susu organik dan krim terbaik dari Korea. Ais krim lembut Honey Cream boleh menjadi pilihan yang lebih sihat dengan bahan tambahan berkhasiat seperti indung madu asli, bijirin campuran organik, coklat gelap yang baik untuk kesihatan jantung atau pilihan mudah lagi enak iaitu bertih jagung atau gula kapas.


Pilihan ais krim cara lama sudah ketinggalan zaman dan Honey Crème mencipta semula pengalaman menikmati ais krim dengan rasanya yang unik dan cara persembahannya. Sebagai contoh, perisa eksklusifnya, Ais Krim Lembut Indung Madu; berapa kerap masyarakat urban dapat bertemu dengan indung madu asli di dalam kehidupan seharian mereka, lagikan pula di dalam pencuci mulut mereka? Ais krim Lembut Indung Madu, dengan kepingan emas indung madu asli sesungguhnya sesuatu yang menggiurkan dan memikat selera. Diperolehi dari ladang lebah berprestij di seluruh dunia, penambahan indung madu asli ke dalam Honey Crème memberikan pelbagai jenis mineral, elemen kimia, asid amino, enzim-enzim dan lain-lain properti kesihatan di dalam setiap hidangan ais krim lembut yang enak itu. Tambahan kepada pemanis mulut yang sihat ini merupakan kegemaran selebriti Victoria Song dari kumpulan Korea f(x). 


Sesuatu yang mesti dicuba oleh peminat kopi ialah Ais krim Lembut Affogato. Krim Madu berkrim dengan sentuhan renjisan espresso yang hebat beraroma yang memberikan sensasi pahit manis yang pasti akan meriangkan pencinta kopi. Espresso hangat yang kelihatan melata di atas ais krim lembut sejuk memberikan perasaan tenang kepada insan-insan letih yang memerlukan semangat baru. 


Jika anda berasa sayu penuh melankolia, sepintal gula kapas yang dihasilkan dengan gula organik di atas manisan anda akan mengimbau memori manis zaman kanak-kanak sambil meninggalkan rasa mewah di lidah anda. Tidak seperti gula kapas yang lazimnya ditambah pewarna, versi warna putih lembut Honey Crème tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan atau perisa. Gula kapas manis ditaburi garam batu merah jambu Itali memberikan rasa berlawanan yang bermain di lidah. Gula pintal yang lembut dan ringan di atas ais krim lembut akan membuatkan kepala anda berasa ringan, seperti anda baru sahaja berjalan melalui awan.


Pilihan bertih jagung berkaramel memberikan rasa lembut, serta rangup jagung Amerika dan Honey Creme di dalam satu sinergi pelbagai rasa yang akan membuatkan anda mahukan lebih lagi. Karamel rapuh, rangup yang diletakkkan ke atas ais krim lembut Honey Creme menjadi seperti cahaya indah di di atas puncak bersalji. 


Terkenal dikalangan insan-insan di belakang tabir Honey Creme sebagai ‘ais krim berkhasiat’, C Bijirin Organik ialah pilihan untuk mereka yang peka mengenai ukuran pinggang dan kesihatan. Campuran bijirin organik ini yang terdiri daripada beberapa jenis bijirin berkhasiat (kacang soya, beras perang, bijan hitam, flaks, kacang hitam, oat, rye, beras pulut hitam, mutiara barli) memberikan aroma unik pelbagai lapisan dengan rasa enak karamel yang direnjiskan kepada ais krim lembut. Dihasilkan menggunakan resipi seorang doktor di istana Korea, Dae Jang Geum, tubuh kecil wanita Korea yang menjadi idaman ramai.



Dicipta untuk selera rasa orang-orang Asia, ais krim premium organik Honey Creme mempunyai tekstur yang lembut, ringan, berbaldu dan rasa susu berkrim dengan sedikit rasa masin yang lunak, tidak seperti ais krim konvensyenal yang selalunya terlampau berkrim atau berperisa manis, mewah yang kurang asli. Boleh didapati di dalam cawan atau kon, pelbagai perisa boleh dibeli di outlet Desa Sri Hartamas ni. 



Honey Crème, jenama ais krim lembut premium organik gaya Korea, yang dilahirkan melalui suatu kerjasama perniagaan Korea-Taiwan. Pujian untuk rasanya yang unik dan kombinasi hiasannya boleh diberikan kepada rakan kongsi Korea yang peka tentang kesihatan manakala rakan kongsi dari Taiwan merupakan ahli pemasaran yang handal, menyebabkan ramai peminat tegar Honey Creme. Honey Creme telah menikmati jualan yang laris di negara asalnya, Taiwan dan juga Singapura, Hong Kong, China dan Indonesia. 


Nah korang boleh check it out di

Honey Crème Hartamas
20, Jalan 27/20A Desa Sri Hartamas, 
50480 KL

Isnin hingga Khamis 12pm – 10pm
Jumaat hingga Ahad 12pm – 11pm
Dibuka setiap hari


Instagram: Honey Crème Hartamas