Showing posts with label Fairly Sofeeya. Show all posts
Showing posts with label Fairly Sofeeya. Show all posts

Wednesday, January 28, 2015

Yana Samsudin Duta Terbaru Produk SOFEEYA DIAMOND

Hi Korang,


Cam biasa dapat jemputan untuk Cik Lily Putih cover event kan.


Nasib baik hari tuh dapat balik awal so sempatlah singgah ke Tv3 untuk majlis pelancaran produk terbaru Sofeeya Diamond iaitu d-collagen, Fairly Sofeeya, d-babesjuice dan d-berryfibre bersama duta terbarunya pelakon Yana Samsudin.


Bermula dengan penghasilan produk minuman kesihatan, d-collagen pada 2013 yang menjadi bualan hangat serta mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna wanita termasuk lelaki, Sofeeya Diamond terus mengambil inisiatif tersebut untuk memperluaskan cabang produknya dengan menghasilkan minuman keintiman wanita, d-babesjuice khusus untuk kaum hawa.



Setiap produk yang dihasilkan itu melalui proses penyelidikan dan pembagunan (R&D) selama setahun dan produk terbaharu keluaran Sofeeya Diamond merupakan minuman Detox, d-berryfibre yang akan berada di pasaran bermula hari ini.



"Malah kami mensasarkan jualan sebanyak 250,000 unit d-collagen pada tahun ini, kami amat optimis untuk mencapai sasaran berkenaan kerana kita tahu kehendak pengguna sekali gus ia menjadi pendorong ke arah penghasilan produk berkualiti tinggi menggunakan bahan berkualiti.

"Kini menerusi pelantikan artis terkenal tanah air, Yana Samsudin sebagai duta produk Sofeeya Diamond dan pelaburan iklan TV, media cetak dan radio sebanyak RM 3.8juta, sasaran peningkatan 200 peratus mampu dicapai dalam tahun 2015,'' Menurut Pengasas Sofeeya Diamond, Hamka Shahar.



Dalam pada itu, Hamka memberitahu, Sofeeya Diamond juga akan memperkembangkan jualan dengan mengeksport barisan produknya ke luar negara seperti Singapura, Dubai dan China.

Misi kami untuk menjadikan Sofeeya Diamond sebagai jenama halal hub yang mensasarkan produk yang berdaftar, berkualiti, patuh syariah serta mematuhi piawaian semasa.






Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung produk Sofeeya Diamond, anda boleh melayari laman web rasmi di alamat www.sofeeyadiamond.com