Showing posts with label FMB. Show all posts
Showing posts with label FMB. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Kalau Nak Kaya, Kena Pergi POWER Workshop!

Hi Korang,

Baru-baru ini aku dapat hadirkan diri ke Pengurusan Kewangan anjuran LVG and Bank Negara via AKPK di Seri Pacific Hotel, KL. Ermm menarik workshop ni, mengenai cara pengurusan wang. Yelah masa muda2 enjoy sakan kan now dah broke sket baru nak join benda2 cam nie. Hehehehe just joking.


Pragram ini di adakan untuk membantu golongan muda khususnya baru sahaja mula bekerja dan baru belajar2 nak enjoy dengan duit gaji korang kan. Ianya berkisarkan segala aspek mengenai pengurusan kewangan dari A - Z. Apa itu Aset, Liabiliti dan memacam lagi. Yang paling best diorg juga ada bagitau tips cam mana cara menggunakan kredit kad, HP loan dan loan rumah dengan cara yang mudah dan betul. Itu yang aku suka sangat tu, yelah aku malahlah pandai kira2 matematik ni kan.

Penceramah program ni En. Mohd Adnan Anan Abdullah, memang entertaining lah. Sepanjang 4 jam program ni aku tak ngantuk. Mana taknya ceramah yang dia sampaikan penuh dengan gelak ketawa. Tapi cakap2nya bagi aku berupa sindiran tapi tak straight to the point lah.


Bila dia bercakap bab HUTANG dan BANKRUP, aku perasan ramai yang ada terkejut jugak. Yelah ada satu kes tu, dengan jadi penjamin je boleh jadi BANKRUP. Ishk takut betul lah, then terus terfikir ada tak aku penah jamin orang or orang jamin aku. Ermm nasib baik tak de. Kalau tak masak dibuatnya.

With Sazzy Falak. Dia pun ada tau.

Aku rasa program ni memang sangat menarik dan sesuai untuk golongan orang2 cam aku ni. Kaki enjoy but tak reti nak simpan duit kan. Eh, korang pun baik pergi tau. Program ini akan sentiasa di adakan di AKPK office kat Maju Junction. Untuk details refer kat website ni. 

So now, bila nak berbelanja je aku kena fikir 5-10 kali sebelum beli bebarang yang tak de faedah ni kan. Bukanlah kedekut tapi berjimat. Boleh kaya cepat. hehehheheh