Showing posts with label Duta InnerShine® Terbaru. Show all posts
Showing posts with label Duta InnerShine® Terbaru. Show all posts

Tuesday, April 9, 2019

Duta InnerShine® Terbaru Fasha Sandha Dan Pencarian Wajah #InnerShine®

Hi Korang,



BRAND’S® Suntory (Malaysia) Sdn Bhd hari ini memperkenalkan pelakon yang memenangi anugerah, Fasha Sandha, sebagai duta jenama baharu untuk rangkaian InnerShine® - merangkumi InnerShine® Pati Prun dan InnerShine® Pati Beri. Acara/majlis ini menandakan bermulanya siri jelajah InnerShine® yang dianjurkan dari 3-7 April 2019 di pusat beli-belah One Utama.

InnerShine® Brand Ambassador, Fasha Sandha

BRAND’S® Suntory turut mengumumkan penajaan drama bersiri 14 episod, Patah Sayap Bertongkat Paruh, yang dibintangi Fasha Sandha. Drama tersebut akan ditayangkan di saluran Astro Ria mulai 3 April ini. Acara itu juga menandakan tahun kedua berturut-turut BRAND’S® Suntory menjalin kerjasama dengan Watsons bagi peraduan Pencarian Wajah #InnerShine® CantikSemulaJadi serta pengenalan duta jenama dan siri jelajahnya. 

“Kami amat gembira untuk mengalu-alukan kehadiran Fasha dalam keluarga InnerShine® kerana beliau merupakan padanan sempurna tema kami ‘Cantik Semulajadi’. Sungguhpun amalan kecantikan termasuk penjagaan kulit dan penggunaan mekap merupakan kaedah yang efektif untuk meningkatkan penampilan diri, namun, kami sentiasa percaya bahawa kecantikan semulajadi boleh dikekalkan sekiranya diri dijaga dengan pengambilan nutrien yang betul. Tubuh yang sihat daripada khasiat daripada nutrien yang baik menyerlahkan lagi kecantikan diri secara semulajadi. Dengan InnerShine®, anda boleh mencapai rejim kecantikan holistik yang menjadikan kulit lebih berseri secara semulajadi. Selain itu, keremajaan kulit dapat dikekalkan menerusi manfaat kandungan antioksida dalam Pati Berii kami. Oleh itu, rejim penjagaan kulit anda dapat dilihat dengan lebih jelas, di samping menyerlahkan hasil solekan anda. Saya amat berbesar hati apabila Fasha mampu membantu kami berkongsi maklumat ini bersama para peminat beliau,” ujar Kuang Ming King, Ketua Pegawai Operasi Asia Tenggara, BRAND’S Suntory. 

Lam Hui Min, Senior Brand Manager, BRAND’S Suntory; InnerShine® Brand Ambassador, Fasha Sandha; Foo Hwei Jiek, Head of Trading, Watsons Malaysia and Eric Wong, Senior Marketing Manager, Watsons Malaysia

Berkongsi pandangannya dalam mencapai kecantikan secara semulajadi, Fasha berkata, “Saya percaya bahawa pengambilan makanan yang sihat memberikan kesan yang positif kepada penampilan diri. Namun demikian, sungguhpun kebanyakan kita berusaha sebaik mungkin dalam memastikan diri dan orang tersayang mengamalkan pemakanan yang sihat untuk berasa sihat dan tampil hebat, tetapi cabaran gaya hidup moden yang sibuk menjadikan tahap yang memuaskan sukar dicapai. Saya amat gembira apabila syarikat-syarikat seperti BRAND'S® telah tampil dalam membantu pengguna dengan menyediakan suplemen-suplemen berkhasiat seperti rangkaian InnerShine® yang membolehkan kita mendapat kulit cantik secara semulajadi memandangkan kesihatan yang baik datang daripada pengambilan nutrien yang betul. Selain itu, formulasi cecair InnerShine® juga membenarkan pati dan khasiat semulajadi mudah diserap oleh tubuh.” 

InnerShine® Pati Prun berkesan terhadap sistem penghadaman korang, membersihkan bahagian dalaman tubuh dengan keserian wajah yang dapat dilihat dalam tempoh 12 hari. Gabungan pati buah prun dan Vitamin E meningkatkan keupayaan perlindungan kulit anda daripada radikal-radikal bebas yang terdapat di persekitaran, seterusnya memberikan kulit yang lebih sihat dan berseri. Suplemen berkhasiat 100% berasaskan buah-buahan ini juga kaya dengan serat buah prun dan maltodekstrin - sejenis serat boleh larut yang menggalakkan pergerakan usus yang baik dan membantu menyingkirkan toksin-toksin yang tidak diperlukan di dalam tubuh. 

InnerShine® Pati Beri merupakan pati diperkuat dengan kandungan Vitamin A, C & E serta Zink. Vitamin C dan Vitamin E membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif. Sebagai tambahan, pati berkenaan juga mengandungi nutrien-nutrien daripada tujuh beri premium yang kaya dengan antioksida - blueberries, blackcurrants, cranberries, chokeberries, strawberries, acai berries dan elderberries. Antioksida itu membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan UV dan kesan keseluruhan daripada nutrien-nutrien terlibat memastikan kulit anda licin dan kekal berseri serta kelihatan lebih muda.


Pada tahun 2019, InnerShine® menekankan manfaat Pati Prun dan Pati Beri bagi membantu mencapai kecantikan dalaman menerusi penganjuran kempen Shine Dari Dalaman. “Kami mahu memastikan pengguna memahami dan menikmati manfaat sebenar InnerShine®, sekali gus memastikan kulit mereka sentiasa cantik menerusi pengambilan InnerShine® iaitu suplemen dalam botol yang mudah diminum dan dihadam,” tambah Ming Ming. 

Pencarian Wajah #InnerShine® Cantik SemulaJadi Kembali

InnerShine® kembali dengan pertandingan Pencarian Wajah #InnerShine® CantikSemulaJadi2019, berlangsung dari 5 Mac hingga 14 April 2019, dengan kerjasama eksklusif bersama Watsons. Sempena peraduan ini, seramai 30 orang pelanggan Watsons berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM300 dan produk InnerShine® bernilai RM100. Daripada jumlah tersebut, lima pemenang akan diumumkan pada setiap minggu melalui laman Facebook dan Instagram. Bagi menyertai pertandingan tersebut, para pelanggan hanya perlu membeli pek 12 botol produk InnerShine® di mana-mana rangkaian Watsons di seluruh negara atau dari laman web Watsons. 

One of the guests at the launch having her skin analysed 

Mereka kemudian perlu mengambil gambar kreatif mengenai rejim penjagaan kulit masing-masing sambil memaparkan InnerShine® dan memuat naik gambar berkenaan ke laman Instagram bersertakan kapsyen kreatif serta tanda pagar #InnerShineCantikSemulaJadi2019

Kesemua peserta perlu menyimpan resit pembelian mereka memandangkan para pemenang bertuah perlu menyerahkan resit tersebut sebagai pengesahan. Untuk mengetahui terma-terma dan syarat serta maklumat lanjut mengenai peraduan Pencarian Wajah #InnerShine®CantikSemulaJadi2019, sila layari laman web https://www.brandsworld.com.my/en/whats-new/contests/19-innershine-cantiksemulajadi.html

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian InnerShine® dan produk-produk BRAND’S® lain yang ditawarkan di Malaysia, sila layari laman web BRAND’S® di www.brandsworld.com.my. Jangan lepaskan berita-berita terkini mengenai rangkaian InnerShine® di Facebook (www.facebook.com/InnershineClub) dan Instagram (www.instagram.com/innershineclub).