Showing posts with label Domino's Pizza. Show all posts
Showing posts with label Domino's Pizza. Show all posts

Thursday, October 3, 2019

Pizza Signature QUATTRO Dari Domino's Pizza

Hi Korang,

Antara persoalan yang sukar untuk dijawab ketika bersama keluarga dan rakan-rakan adalah pilihan juadah untuk dinikmati bersama. Domino’s kini menjumpai jalan penyelesaian yang ideal pada persoalan yang sukar dijawab iaitu, “nak makan apa?” 


Pizza pertama seumpanya dari Domino’s Pizza iaitu pizza Quattro yang mengggabungkan empat perisa popular dan kegemaran orang ramai di atas satu pizza terdapat dalam dua saiz, besar dan Xtra besar. Ini detik sempurna bagi anda yang ingin berkongsi dengan pasangan anda untuk maraton filem, mesyuarat di pejabat, atau mengadakan majlis bersama rakan-rakan atau keluarga, pizza Quattro merupakan pilihan yang tepat untuk memenuhi selera semua pihak dan jawapan kepada dilema "nak makan apa?" 


Keunikan pizza Signature Quattro mempunyai empat pilihan kegemaran ramai, Aloha Chicken, yang dibuat dengan potongan ayam segar dan potongan nanas yang kecil, pilihan kepingan yang lazat Beef atau Chicken Pepperoni, Prawn Sensation yang premium, menawarkan udang yang lazat dan tomato ceri segar, serta Cheese and Mushrooms, yang semestinya tidak dapat ditolak orang ramai, di atas sos khas Domino’s, yang dibuat daripada tomato yang dipetik segar. Sementara itu, Veggie Quattro mempunyai kombinasi topping bukan daging yang sihat seperti keju, buah zaitun, cendawan segar dan tomato ceri, untuk penggemar sayur. Dengan perisa khasnya tersendiri, set Pizza Quattro Domino's pasti akan menyatukan keluarga dan rakan-rakan dengan pizza kegemaran mereka. 

Mengulas mengenai konsep pizza Quattro, Naib Presiden Kanan, Pemasaran Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata, "Kami amat berbangga menjadi QSR pertama di Malaysia untuk melancarkan pizza yang dapat memenuhi pelbagai citarasa. Mengenai reka bentuk konsep Quattro, kami ingin menghasilkan pizza yang dapat dinikmati oleh pelanggan kami bersama rakan-rakan dan keluarga mereka. Kami faham dilema yang dirasai pelanggan ketika memesan dan memilih makanan, terutama sekali pizza. Selaras dengan janji jenama kami 'It’s All About You', kami ingin menghasilkan pizza yang boleh dikongsi dan menyatukan rakan-rakan dan keluarga bersama, yang akan menghapuskan konflik dan pendapat tidak sehaluan semasa membuat pesanan dan semestinya tidak mengorbankan pizza kegemaran seseorang. Kini kami memudahkan pelanggan untuk memesan pizza kegemaran mereka, "Jangan Tension, Jom Quattro". Dengan Quattro, semua pihak dapat menikmati pizza kegemaran mereka serta mencuba perisa baru yang jarang mereka pesan. Ini mewujudkan gabungan rasa yang menarik untuk mereka nikmati bersama!" 


Shamsul Amree, Timbalan Presiden Operasi, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura menambah, "Untuk penciptaan pizza terkini kami, perisa yang dipilih merupakan perisa kegemaran pelanggan kami. Berdasarkan penyelidikan kami, pizza-pizza ini adalah empat hidangan pizza teratas yang pelanggan memilih secara konsisten. Ini terdiri kira-kira 50% pizza yang terpilih oleh pelanggan kami setiap bulan." 


"Banyak faktor telah dipertimbangkan dalam menghasilkan pizza Quattro ini. Seperti yang anda lihat, tidak mudah untuk membuat satu pizza bersamaan empat rasa berbeza. Untuk memastikan pengekalan tahap konsistensi di semua kedai kami, banyak masa telah diluangkan dalam melatih pembuat pizza kami. Ini adalah penting agar mereka dapat menguasai teknik penghasilan Quattro dan cekap membuat pizza Quattro yang lazat demi pelanggan kami. Selaras dengan janji jenama kami 'It’s All About You', kami berusaha untuk memenuhi citarasa pelanggan kami dengan mencipta pengalaman baru dan menarik buat mereka. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pizza Quattro yang mudah namun memuaskan ini." 
 

Pelanggan boleh memilih variasi kombo besar atau Xtra besar untuk masa yang terhad sahaja, terdiri daripada dua pizza Quattro dengan keju tambahan percuma, masing-masing dari RM59.90 dan RM82.90, dari 30 September dan seterusnya. 


Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih untuk menambah pesanan makanan sampingan mereka dengan Combo Basic Quattro dan Ultra Combo, dengan harga hanya RM42.50 dan RM58.50. Pelanggan juga boleh menikmati tawaran Combo Four Fabulous yang mempunyai empat hidangan sampingan kegemaran dengan hanya RM19.90

Domino’s patuh dengan janji jaminan penghantaran 30 minit serta kepuasan produk. Komitmennya ditunjukkan melalui polisi tiada pembatalan dan bayaran balik atau penggantian pesanan akan diberikan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan tersebut. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Official Website :

Facebook Domino’s Pizza Malaysia:

Instagram : 




Jangan lupa hubungi 1300-888-333 untuk buat pesanan korang