Showing posts with label Buffet di Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Buffet di Shah Alam. Show all posts

Tuesday, April 15, 2014

Sajian Jawa ‘Yok Maring Dapur’ Di Grand BLUEWAVE Hotel Shah Alam


Hi Korang,

Aku memang bukan orang jawa pun walaupun duk membesar dengan disekelilingi orang jawa kan. Yelah kat JB tu time aku sekolah dulu semuanya orang jawa. Sebab tu aku dah terbiasa dengan makanan jawa ni. Kira macam tempe tu kena makan setiap hari lah bila time balik sekolah.


Bila Achiek dari Grand Bluewave ni jemput makan ke Royale Songket untuk promosi ‘Yok Maring Dapur’ ni, memanglah tak lepaskan peluang.





Promotion di sepanjang bulan April ni bertemakan Keenakan Sajian Asli Jawa. Makanan daripada masyarakat Jawa dengan mengekalkan ciri-ciri khas rasa dan teknik masakan.







Di antara menu popular seperti Nasi Ambeng, Pecal Jawa dan Udang Pecel Goreng dan memacam lagi. Tambah istimewanya lagi, korang akan turut dijamu dengan keenakan pemanis mulut yang disediakan oleh Chef Firdaus selaku Chef Pastri.












Nasi Ambeng Jawa, ermm I like...

Promosi ‘Yok Maring Dapur’ Grand BlueWave Hotel ni bermula dari 1hb April - 30hb April 2014

Harga buffet ‘Yok Maring Dapur’ iaitu di Restoran Royale Songket ialah

RM89.35nett bagi dewasa
RM44.70nett bagi kanak-kanak (4-11 tahun)
RM66.15nett bagi warga emas (60 tahun ke atas)


Jom kita ke


Restoran Royal Songket
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811 ext 2612

Sesiapa yang tengah mengidam nak makanan Jawa tu bolelah ke sini. Tak de pelik mana pun makanan diorang ni, sedaplah sebenarnya.

Tapi Nasi Ambeng memang favourite aku tau sebab semua komponen ada, just gaul then terus masuk mulut.


Tuesday, November 19, 2013

BORNEO Food Fiesta Di Grand BLUEWAVE Hotel Shah Alam

Hi Korang,

Lama plak tak pi makan kat sini ek.


Nasib baik hari tuh Achiek jemput makan-makan ke Restoran Royale Songket ni.



Rupanya ada promotion di sepanjang bulan November ni bertemakan Keenakan Sajian Asli Borneo. Makanan daripada Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei. Diorang ni kan terkenal dengan keunikan budaya dan warisan tersendiri.











Di antara menu popular seperti aneka Hinava, Pinongot Kampungan, Kambusi, Sup Manuk 'Om Hiing', Manuk Dusun, Udang Masak Lemak Kapayas, Sapi Goreng Kunyit, Maasin Maanghang Posit, Keropok Sayur Bayam, Asam Keladi Tumis Waig Keningau, Nasi Lapola Maluku dan memacam lagi.



Yang paling mesti kena cuba ialah Ambuyat, Laksa Sarawak, Pinaranas Sada dan Ikan Ampap.

Promosi BORNEO Food Fiesta Grand Blue Wave Hotel ni bermula dari 1hb November - 30hb November 2013


Harga buffet BORNEO Food Fiesta iaitu di Restoran Royale Songket ialah

RM75++ bagi dewasa
RM37++ bagi kanak-kanak (4-11 tahun)
RM55++ bagi warga emas (60 tahun ke atas)

Jom kita ke


Restoran Royal Songket
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811

Sesiapa yang tak pernah merasi makanan Sabah dan Sarawak dan Borneo ni mehlah cuba kat sini. Mana tau kot-kot boleh jadi favourite korang lepas ni.

Alah sesaje mencuba apa salahnya