Showing posts with label Altimet. Show all posts
Showing posts with label Altimet. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

Mudah.my Raikan Ulang Tahun ke-9 Dengan Kerjasama Muzikal Unik oleh Altimet, Sasi The Don & Maya Hanum

Hi Korang,

Sempena meraikan ulang tahun ke-9 pada bulan ini, laman web membeli belah atas talian terbesar di Malaysia, Mudah.my Sdn. Bhd. menghasilkan satu video muzik yang menampilkan artis tempatan seperti Altimet, Sasi The Don dan penyanyi baharu sensasi, Maya Hanum.


Mudah.my kini menjadi platform jual beli dan carian atas talian yang menghimpunkan hampir apa saja barangan daripada kereta hingga kamera, hartanah hingga haiwan peliharaan, telefon bimbit hingga motosikal, kelengkapan senaman hingga buku teks, basikal hingga katil, gitar hingga set golf, tanaman hingga mesin cetak, jam hingga mesin basuh, tayar hingga peranti tablet, pakaian hingga dram, kasut hingga kedai, barangan pengumpul hingga komputer, pekerjaan dan banyak lagi. 

Mudah.my sememangnya sentiasa mencari cara pendekatan yang unik supaya dapat dekat dengan pelanggan-pelanggannya. Apatah lagi Altimet sendiri sebagai penyanyi rap dan pencipta lagu sudah lama menjadi pengguna setia Mudah.my. 

"Mulanya memang nampak macam pelik apabila kami bekerjasama dengan artis rakaman. Bagaimanapun, segalanya akan jelas sekiranya kita sedar dengan matlamat penubuhan Mudah.my, iaitu menyentuh kehidupan rakyat Malaysia dengan cara yang begitu bermakna, di mana kami menyediakan setiap orang, terutama individu dan usahawan muda dengan platform yang memberikan peluang sama rata untuk masing-masing meneroka nilai barang yang mereka ada," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mudah.my, En. Gaurav Bhasin.


"Lagu Altimet, 'Memang Mudah' menggalakkan pemuzik baru supaya mengambil langkah mula dalam merealisasikan impian mereka. Dalam industri muzik, perjalanan profesional seseorang bermula dengan memiliki instrumen muzik betul yang membolehkan mereka mengasah bakat sendiri. Mudah.my ialah medium terbaik yang membolehkan anda membeli instrumen muzik terpakai berkualiti, dan pada masa sama berkenalan dengan mereka yang berkongsi minat sama. Mudah.my membantu merealisasikan impian anda,” kata En. Bhasin.

Pengalaman Altimet sebagai salah seorang pengguna Mudah.my sejak sekian lama membuatkan mesej dan lirik lagu yang dihasilkan kedengaran lebih jujur. Kami juga bekerjasama bersama Pengarah Kreatif dan penyanyi-penulis lirik, Sasi The Don, bagi menghasilkan lirik untuk lagu yang turut memaparkan Maya Hanum. Sebagai seorang penyanyi semakin menonjol menggegarkan industri muzik Malaysia, dia adalah contoh terbaik untuk para pendengar lagu ini.

Bercerita mengenai pengalamannya sebagai pengguna Mudah.my, Altimet berkata, “terdapat banyak sumber yang ada untuk anda tetapi anda hanya boleh memanfaat sumber itu jika anda mencarinya. Apabila anda melawat sebuah laman web yang pelbagai seperti Mudah.my, anda cenderung untuk meninjau perkara yang menarik perhatian dan relevan kepada diri anda. Bagi saya, ia adalah peralatan muzik dan kategori TV/ Audio. Anda boleh cari semua yang diperlukan untuk mengilap bakat dengan set keperluan paling asas dan semuanya pada nilai terhebat. 


“Saya baru sahaja membeli sebuah piano elektrik melalui Mudah.my dan mengambil kelas untuk mengasah skil bermain piano. Paling penting, kita semua perlu selalu belajar dan bermula dari bawah, benar?”

Statistik utama:

  • Penjual[1]: 1.4 juta sepanjang 12 bulan lalu (pertumbuhan +29% tahun ke tahun)
  • Pengunjung bulanan[2]: 7.5 juta (34% berusia 15-64 tahun[3]) pada Okt 16 (+1% vs Okt 15). 
  • Pengunjung harian1: 750,000+ pada Okt 16 (+10% vs Okt 15)
  • Aplikasi Android paling banyak dimuat turun sepanjang 1,000 hari lalu dalam Kategori Beli-Belah[4]: #1 pada 747 hari, #2 pada 232 hari and #3 pada 20 hari. 

Mengulas mengenai populariti Mudah.my, En. Bhasin berkata, "kami terharu apabila mengetahui cerita bahawa jutaan rakyat Malaysia menggunakan platform kami. Kami juga mahu berterima kasih kepada mereka kerana memberikan kami peluang untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka, termasuk mereka yang menyarankan portal ini kepada rakan-rakan mereka dan memberi maklum balas supaya jadi jadi bertambah baik."


[1] Mudah Internal Database: Nov-15 to Oct-16 

[2] AT Internet Analytics : Oct-16 vs. Oct-15 


Thursday, April 5, 2012

SENYAP Vol #1.1 Altimet Feat Bro Framestone

Hi Korang,

Tau S.E.N.Y.A.P tu ape? Meh baca sini.


SENYAP merupakan singkatan kepada program ( Social Enforcement For National Youth Awareness Program) dimana sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan merapatkan jurang antara blogger dan Kementerian.Sehubungan dengan itu setelah kewujudan Blogger disedari maka dengan ini kami membawakan SENYAP 1.1 selepas kejayaan SENYAP 1.0 diadakan di PWTC sebelum ini.

Untuk pendekatan yang berlainan, SENYAP 1.1 akan menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET dimana beliau merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon (MY ICON) dan juga Bro Framestone (Senyap Blogger). Kedua-dua ikon ini akan ditemubual diatas pentas yang santai lagi rileks buat pertama kalinya di Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Vyrec memperkenalkan My Icon Bean Bag Talk Show.Kepada semua Belia-Belia diluar sana (Untuk yang berusia 15-40 Tahun)

Kepada belia-belia yang berminat untuk menghadiri program ini sila lengkapkan borang penyertaan anda dan sahkan kehadiran anda di capaian yang disediakan dibawah. Jangan lepaskan peluang ini kerana hanya 200 peserta yang pertama sahaja akan dipilih.


 
Registration Form : Capaian

RSVP : Capaian

Program ini akan diadakan pada 11 April 2012 jam 9:00 malam sehingga 10:00 Malam bertempat di aras bawah Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya.

Tarikh tutup penyertaan pula pada 9 April 2012. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan di page vyrec.

Korang, jom pegi nak?

CLP notes : Insyallah leh pegi rasanya ni..