Showing posts with label #savejejai. Show all posts
Showing posts with label #savejejai. Show all posts

Friday, August 17, 2012

#SaveJejai - Kita Mampu Meredakan Keperitan Ini


Hi Korang,

Apa plak yang heboh sangat pasal hashtag #savejejai kat merata blog pagi ni ek.

Korang tau ke?

Aku dah lama tau.

Ceritanya cam nie…

One of the geng blogger yang rapat dengan aku + Mr Big iaitu Bro Jejai yang nama sebenarnya Azhar Ramli iaitu tuan punya www.teratakarmo.com sedang mengharungi keperitan yang amat sangat. Dia di sahkan menghidap Lung Cancer Stage 4. Bukan baru tau, dah lama dia simpan je rahsia ni, Cuma teman-teman rapat macam Eyriqazz dan AbangEnsem je yang tau. Aku dapat tau pun dari Eyriqazz sendiri. So daripada situ aku dapat perhatikan perubahan yang ketara ke atas Bro Jejai ni.


Selalunya kalau ke event memana, aku memang jadi bahan untuk disakat oleh beliau. Maklumlah aku nak agak blur2 sket bab-bab mengarut ni kan. Tapi dia jugaklah yang banyak tolong aku dalam blogging ni. Mana taknya sampai header blog aku sekarang ni, dia yang buatkan tau. Bila aku nak bayar, dia cakap alah aku tolong suka-suka je lah. Sampai satu ketika tuh, dia siap tolong aku uploadkan video untuk Maxis Advertorial di sebabkan aku tak reti langsung camne nak buat + upload video ke blog kan.

Ternyata memang banyak kenangan ktorg berdua dengan Bro Jejai ni. Memang tak boleh nak dilupakan lah.

Last aku jumpa beliau dan isterinya Kak Maz masa food review di Enak KL. Beliau nampak ceria sekali walaupun aku tau apa yang jadi kat dia. Siap buat lawak lagi, maybe nak cover agaknya kesakitan yang dia tanggung. Now aku tak sure apa yang jadi kat beliau. Hanya sekadar dapat tau status kesihatannya di facebook group yang dicreate khas untuknya.


Dengar-dengar kadar perubatan untuk kes sebegini memerlukan jumlah yang banyak. Aku tak sure berapa but rasanya mesti beribu gak kan. Jadi geng-geng blogger yang mengenali  atau tidak Bro Jejai rasanya bolehlah hulurkan sumbangan ikhlas kepada beliau ni.

Ini detailsnya,




MAYBANK


164351079691


AZHAR BIN RAMLI (Jejai)




MAYBANK


164089741562


MAZLIANA BINTI OTHMAN (wife Jejai)

Tak delah nak mintak banyak pun kan, sekadar yang termampu. Aku pun bukan lah senang sangat but dalam saat-saat sebegini rasanya beliau memerlukan lebih daripada aku kan.

Moga-moga dengan sedikit bantuan daripada kita semua ni, dapat ringankan beban yang di tanggung oleh Bro Jejai sekeluarga.

Korang pun sebar-sebarkan berita ni ek.

Semoga Jejai terus tabah dan kuat dalam menempuh ujian daripada Allah SWT ni. #SaveJejai