Wednesday, April 29, 2026

SHARP dan Nojima Berganding Bahu Menonjolkan Ekosistem Kehidupan Yang Menyeluruh di LaLaport Bukit Bintang City Centre

Hi Korang,

SHARP Electronics Malaysia dan Nojima Malaysia telah secara rasmi melancarkan kerjasama strategik untuk membawa reka bentuk, inovasi dan falsafah gaya hidup Jepun untuk rumahtangga tempatan di bawah konsep “Japanese Living to My Home”.


Selaras dengan imej mereka sebagai jenama Jepun yang sebenar, SHARP dan Nojima bertekad untuk memaparkan teknologi canggih dan mutu perkhidmatan Jepun yang dikenali sebagai "omotenashi".



Dalam pasaran yang semakin dibanjiri barangan alternatif yang murah dan berkualiti rendah, SHARP menonjolkan peralatan yang boleh dipercayai serta premium untuk pengguna-pengguna yang mencari nilai terbaik.


“Kami mahu pengguna mempunyai pilihan barangan yang boleh diharap dan jenama Jepun sememangnya tulus dan unggul,”
kata Pengarah Urusan SHARP Electronics Malaysia Ting Yang Chung.

Sementara itu, Pengarah Nojima APAC Pte Ltd & Ketua Pegawai Eksekutif COURTS (Malaysia) Sdn Bhd, Tomonori Amma berkata pengguna akan menikmati perkhimatan runcit yang menjangkaui urusan jual-beli biasa.


“Kerjasama kami dengan SHARP membolehkan kami mempersembahkan penyelesaian teknologi dan gaya hidup Jepun dengan cara yang interaktif, menarik dan bermakna untuk rakyat Malaysia,” ujar beliau.

Berhadapan dengan realiti isu kenaikan harga elektrik dan trend Bekerja-Dari-Rumah (BDR), SHARP memperkenalkan teknologi Inverter J-Tech terkini berserta jaminan baru selama lima tahun.

Ting menegaskan komitmen ini akan memastikan bahawa keluarga-keluarga di Malaysia dapat menjimatkan tenaga dengan penuh ketenangan semasa halatuju ekonomi tidak menentu dan kos elektrik melambung serta boleh membantu mereka menguruskan perbelanjaan dengan lebih bijak tanpa mengorbankan keselesaan.

Kempen "Japanese Living to My Home" yang berlangsung mulai hari ini di LaLaport Bukit Bintang City Centre didasari wawasan untuk menyatukan pelbagai jenama Jepun.








Dengan menyatukan teknologi SHARP dengan kepakaran runcit Nojima serta elemen gaya hidup NITORI dan estetika reka bentuk Aatas Living, SHARP menghasilkan ekosistem kehidupan yang lengkap meliputi semua keperluan harian.

Maklamatnya ialah untuk menjadikan LaLaport sebagai hab premium di mana semua jenama Jepun digabungkan untuk memberikan pengalaman gaya hidup Jepun yang menyeluruh dan berkualiti tinggi untuk semua rakyat Malaysia.

Selama dua minggu mulai 28 April, pengunjung boleh melawat pameran interaktif di Main Atrium LaLaport yang akan menampilkan inovasi seperti teknologi Ion Plasmacluster (PCI) dan Biomimetik.

Di luar ruang Main Atrium terdapat SHARP x Nojima Japanese Living Hub. Direka berdasarkan ruangan rumah yang sebenar, ia menawarkan aktiviti mingguan seperti bengkel gaya hidup dan sesi interaktif untuk para pelawat.


Wednesday, April 22, 2026

Artis Malaysia JessC Mencipta Kejayaan di Pentas Muzik Antarabangsa Sekali Lagi

Hi Korang,

Artis Malaysia JessC sekali lagi mencipta kejayaan di pentas muzik antarabangsa apabila karya pelbagai bahasanya menerima pengiktirafan global, dan beliau telah mengadakan sidang media hari ini bagi berkongsi pencapaiannya.


Beliau merakamkan penghargaan kepada media tempatan serta lebih 30 negara di seluruh dunia atas sokongan berterusan, dan turut menyebut platform muzik antarabangsa Rolling Stone (Australia & UK) yang telah menamakan beliau sebagai “New Artists to Watch”.

Karya beliau kini dimainkan di pelbagai negara termasuk China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia dan Australia, malah berjaya memasuki carta radio di China dan Indonesia, sekali gus membuktikan pengaruh muzik Malaysia di peringkat antarabangsa.


Dari segi anugerah, beliau telah meraih pelbagai pengiktirafan di InterContinental Music Awards (ICMA) dan LIT Music Awards, termasuk “Best Asian Pop” menerusi lagu My Style, serta anugerah Platinum “Best World Music” bagi lagu Expose, Mari Menari Raya dan My Style. Lagu One Chance turut memenangi “Best Song” dan “Best New Artist”.

JessC menyatakan bahawa pengiktirafan terhadap karya dalam tiga bahasa merupakan sesuatu yang tidak dijangka, dan membuktikan bahawa muzik mampu merentasi batas bahasa dan budaya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada rakan kolaborasi Dato’ AC Mizal, di mana lagu Raya mereka telah menembusi pelbagai pasaran antarabangsa seperti UAE, radio di UK dan Amerika Selatan. Selain itu, video Satu Suara Raya turut menerima jemputan ke festival filem pendek di Jepun, sekali gus memperkenalkan budaya Malaysia ke peringkat global.



Menariknya, selain aktif dalam bidang seni, JessC juga dikenali sebagai seorang yang sangat menitikberatkan kesihatan. Beliau pernah meraih 12 pingat emas antarabangsa dan 5 pingat perak dalam pertandingan wushu di China dan Hong Kong, serta 20 pingat emas dan 8 pingat perak di pertandingan pingpong Australia dalam bidang sukan, sekali gus mencerminkan disiplin tinggi dalam gaya hidupnya.

JessC turut berkongsi bahawa beliau amat meminati lagu-lagu Raya Malaysia dan berhasrat untuk membawa muzik berunsur budaya ini ke seluruh dunia, agar lebih ramai mengenali keunikan Malaysia melalui muzik.

Beliau mengakhiri dengan ucapan terima kasih kepada pasukan, peminat dan keluarga atas sokongan berterusan, serta bertekad untuk terus mengembangkan kerjaya muziknya ke peringkat antarabangsa sambil menyampaikan mesej penyembuhan dan budaya melalui muzik.


Saturday, April 18, 2026

REVIEW | Filem “LIBANG LIBU” Bakal Membuat Penonton Ketawa, Rileks dan Menenangkan Jiwa

Hi Korang,

Industri perfileman tempatan bakal diserikan dengan kemunculan filem komedi-drama Libang Libu, yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam negara bermula 23 April ini.


Mengangkat naratif perpaduan dalam acuan yang santai dan ‘relatable’, filem ini tampil tepat pada masanya dengan gabungan pelakon hebat yang bukan sahaja berpengalaman, malah terdiri daripada nama-nama ‘award-winning’ tanah air.

Dalam landskap industri filem tempatan hari ini, penonton Malaysia sudah lama tidak disajikan dengan sebuah naskhah yang benar-benar memberi ruang untuk mereka berehat dan menikmati hiburan secara santai. Kebanyakan karya kebelakangan ini membawa tema yang lebih intens, menjadikan pengalaman menonton sesuatu yang memerlukan tumpuan dan emosi yang mendalam.

Libang Libu hadir mengisi kekosongan tersebut dengan sebuah filem yang kembali kepada asas dalam hiburan, membuat penonton ketawa, merasa rileks, dan menikmati momen tanpa perlu berfikir dalam.


SINOPSIS Filem “LIBANG LIBU”



Apabila sebuah produksi filem memilih sebuah kampung sebagai lokasi penggambaran, seluruh penduduk jadi kecoh, dari imam, ketua penanggah, bakal pengantin, hinggalah pelakon popular yang rupanya menyimpan konflik identiti sendiri.

Di sebalik kemeriahan itu, dua beradik, Alid seorang “abang long” kampung dan Man Pilem yang diburu hutang akibat ketagihan judi berdepan krisis besar apabila tanah pusaka arwah opah tergadai. Luka lama, rasa dikhianati dan ego memisahkan mereka, namun ancaman luar memaksa mereka bersatu demi maruah keluarga.

Dengan kepelbagaian karakter yang penuh warna - pengarah filem yang tegas, hero filem yang mahu jadi diri sendiri, orang kampung yang kuat adat dan cepat menghukum, kampung kecil itu menjadi pentas sebenar tentang penerimaan, kasih sayang dan erti keluarga.

LIBANG LIBU ialah drama komedi komersial yang menggabungkan konflik adik-beradik, pertembungan budaya dan humor satira dalam sebuah kisah yang lucu, emosional dan sangat dekat dengan realiti masyarakat kita.

Diterbitkan oleh Tangerine Films Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Bobby Husaini, Libang Libu membawa penonton menyelami kisah sebuah produksi filem bukan Melayu yang menjalankan penggambaran di sebuah kampung Melayu di Perak. Pertembungan budaya, agama dan gaya hidup menjadi nadi utama penceritaan, disulami dengan elemen komedi dan drama yang dekat dengan realiti masyarakat Malaysia.



Menampilkan barisan pelakon mantap seperti Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Ozlynn Wati, Fikry Ibrahim, Sabri Yunus, Khir Rahman, Azhan Rani dan ramai lagi, filem ini turut diserikan dengan penampilan khas Datuk Yusof Haslam, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa.

Menurut pengarahnya, Bobby Husaini, Libang Libu bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi sebuah naskhah yang membawa makna lebih besar.


“Apa yang membezakan Libang Libu dengan karya lain adalah keupayaannya menghidupkan semula pengalaman menonton yang santai tetapi bermakna, iaitu gelak tawa bersama di dalam panggung, dalam ‘mood’ yang rileks dikelilingi famili dan teman rapat. Ia bukan tentang mesej yang berat, tetapi tentang momen yang dikongsi. Dengan pendekatan yang santai dan penuh drama, Libang Libu membawa kembali jenis hiburan yang sudah lama dirindui oleh penonton Malaysia, hiburan yang mengajak mereka datang untuk ketawa. Selesai menonton, penonton boleh pulang dengan rasa ‘feel good’,” katanya.


Beliau turut menjelaskan bahawa pendekatan penceritaan filem ini sengaja dibina secara ‘ringan tetapi berlapis’, agar mesej perpaduan dapat disampaikan tanpa bersifat terlalu didaktik.

“Dalam gelak tawa itu, ada sindiran halus tentang realiti sosial kita”

“Kami tidak mahu mengajar secara langsung, tetapi mahu penonton merasai sendiri dinamika hubungan antara watak-watak ini. Dalam gelak tawa itu, ada sindiran halus tentang realiti sosial kita,” tambahnya.

Dengan durasi 1 jam 47 minit, Libang Libu menjanjikan pengalaman tontonan yang menghiburkan, sarat emosi serta penuh mesej tentang perpaduan, toleransi dan keindahan kepelbagaian budaya Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Libang Libu di pawagam berhampiran anda bermula 23 April ini, sebuah filem yang bukan sahaja mencuit hati, tetapi juga menyentuh jiwa.

Friday, April 17, 2026

M NASIR LENGKAPKAN TRILOGI CIPTA, 4 JULAI 2026 INI DATO’ M.N47IR CIPTA 4 BAKAL LAKAR SEJARAH EPIK INDUSTRI SENI

Hi Korang,

Aksara CIPTA yang dipilih sebagai judul dalam trilogi Konsert DATO’ M.N45ir Cipta (1 hingga 3) merupakan definisi paling tepat menggambarkan keseluruhan karya seni seorang Mohamad Nasir Mohamed.


Cipta bermaksud daya pikir untuk menghasilkan, membina atau menerbitkan sesuatu yang baharu, unik serta tidak pernah wujud sebelum ini; merangkumi karya seni, reka cipta atau idea khayalan. Ia sering merujuk kepada proses kreatif (daya cipta) untuk memproduksikan barangan atau karya intelektual dengan tahap mencipta, cipta dan ciptaan.

Baik mencipta, cipta atau ciptaan, ke semua tahap penggunaan ini melambangkan M.Nasir - sang maestro dan sifu yang cukup legenda sejak beberapa abad lalu.


Lantas sejak M.Na45ir Cipta 1 dipersembahkan kepada peminat pada Ogos 2024, ia membina penjenamaan CIPTA dengan dua lagi siri konsert iaitu Cipta 2 pada Oktober 2024 dan Cipta 3 pada September 2025 bersama sebuah sejarah Konsert M.Nasir Cipta Raya yang menjadi ikutan pada Mac 2025.


4 Julai 2026 ini akan melengkapkan siri CIPTA dengan penganjuran DATO’ M.N47IR CIPTA 4 oleh penganjur sama, Icon Entertainment.

Dijadualkan berlangsung di Unifi Arena Kuala Lumpur pukul 8.30 malam, Cipta 4 akan menjadi penerus kepada trilogi CIPTA yang telah mencetus fenomena dan mencetak kejayaan bukan hanya buat M. Nasir tetapi seluruh industri muzik tempatan.

“Jika kita boleh anjurkan DATO’ M.N47IR CIPTA 4, mengapa perlu berhenti pada penganjuran sebelum ini? Buat Icon Entertainment, setiap kali menganjurkan sesebuah konsert, kami turut mencipta sebuah sejarah bukan secara peribadi tetapi untuk industri muzik tempatan menjadi kayu ukur yang baik untuk dilihat oleh seluruh pemain industri. Jadi sewaktu pertama kali berbincang untuk menganjurkan Konsert M.Nasir, kami sudah mensasarkan ia akan dipecahkan dalam empat konsep di bawah satu jenama iaitu Cipta 1, Cipta 2, Cipta 3 dan kemudiannya, CIPTA RAYA, edisi CIPTA istimewa sebagai sebuah pesta raya bersama peminat. Untuk tahun ini, akan datang pada 4 Julai 2026 adalah DATO’ M.N47IR CIPTA 4.


“Kenapa sehingga empat penganjuran? 
Kerana ratusan ciptaan lagu yang dicipta, pencipta M.Nasir layak diperdengarkan secara langsung bersama visual yang menarik, terutama berkaitan dengan karya-karya ciptaan beliau.Dan bakal ada lanjutan lagi selepas 4. Cipta menjadi medan sejarah, medan momen dan medan kesinambungan menikmati ratusan karya M.Nasir sama ada yang dicipta buat dirinya sendiri atau penyanyi lain,” ujar penganjur, Iman Tang.

DATO’ M.N47IR CIPTA 4 pada 4 Julai 2026 kelak akan menyaksikan legenda seni berusia 68 tahun ini mendendangkan karya dan lagu terkenal miliknya.

“Jika ada yang berasa sudah cukup dengan penganjuran trilogi Cipta, percayalah Cipta 4 akan memberi dimensi dan nikmat tersendiri. Maka simpan duit dan hadir kerana anda tidak akan menikmati momen yang diciptakan seperti ini dalam satu tempoh yang cukup panjang nanti,” tambah Iman lagi.

Buat M Nasir, ringkas pesanannya: “Datang dan lengkapkan keraian trilogi Cipta dengan DATO’ M.N47IR CIPTA 4. Kita akan mencipta sejarah untuk masa depan.”

Dan seperti tiga penganjuran Cipta sebelumnya, peminat yang hadir diwajibkan mengikut tema dengan penampilan berkonsep batik. Kerjasama dan sikap ‘ramah’ anda akan menjadikan DATO’ M.N47IR CIPTA 4 pada 4 Julai 2026 di Unifi Arena Kuala Lumpur lebih bermakna.

Untuk itu, jangan terlepas butiran pembelian tiket dengan ke semua kategori duduk yang mula dilancarkan pada 24 April 2026 (Jumaat) bermula pukul 11 pagi.



Tiket-tiket dengan kategori harga (SEMUA KATEGORI ADALAH DUDUK): 

RM238 (MENTERA SEMERAH PADI)
RM338 (SEKUNTUM BUNGA DI GURUN SAHARA)
RM458 (ANDAINYA AKU PERGI DULU)
RM488 (MAHLIGAI SYAHDU)
RM528 (SENTUHAN KECUNDANG)
RM588 (CINTA KRISTAL)





INFORMASI

ARTIS: DATO DR HAJI M NASIR

ACARA: DATO’ M.N47IR CIPTA 4

TARIKH: 4 JULAI 2026

LOKASI: UNIFI ARENA KUALA LUMPUR

PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT BY IMAN TANG

PEMBELIAN TIKET: WWW.TICKET2U.COM.MY

TEMA PAKAIAN: BATIK INJECTION

Wednesday, April 8, 2026

Dapat Belajar Mengenai Cheese di The Ultimate California Cheese Party 2026

Hi Korang,

Seronok bethol kami para peminat keju dapat berkumpul untuk satu sambutan yang tidak dapat dilupakan meraikan segala-galanya tentang keju di The Ultimate California Cheese Party 2026, yang dianjurkan oleh Real California Milk di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, The Intermark.


Acara yang meriah ini menyambut para tetamu ke dalam suasana petang yang penuh keseronokan dengan aktiviti merasa, pembelajaran dan kreativiti, di mana mereka meneroka dunia keju California semula jadi dan artisan melalui pengalaman interaktif, demonstrasi langsung dan aktiviti praktikal.


Sejurus ketibaan, kami disambut dengan beg cenderamata khas sebelum meneroka pameran produk keju Real California Milk yang menampilkan pelbagai jenis keju semula jadi, daripada komoditi hingga pilihan artisan. Pameran ini turut menonjolkan mengapa California merupakan negeri pengeluar tenusu terkemuka di Amerika Syarikat, terkenal dengan cuaca yang ideal, lembu yang diberi makan bijirin, sumber air berkualiti dan piawaian keselamatan makanan USDA yang ketat.

Tetamu juga menikmati photobooth interaktif dengan pelbagai prop dan slogan menyeronokkan yang meraikan Real California Milk. Para hadirin digalakkan untuk berkongsi momen mereka di media sosial menggunakan tanda pagar #RealCaliforniaMilkMY, #RealCaliforniaMilk, dan #RealCaliforniaCheese.


Salah satu tarikan utama pada petang tersebut ialah sesi pembentangan dan merasa eksklusif oleh Ms. Lynn Giacomini Stray, Pengasas Bersama dan CEO Point Reyes Farmstead Cheese Company. Para tetamu berpeluang mengenali warisan dan ketukangan di sebalik keju Point Reyes yang memenangi anugerah, sambil menikmati pilihan variasi istimewa mereka.





Yang penting, produk keju Point Reyes Farmstead yang dipaparkan di acara ini telah disahkan halal, menjadikan keju artisan premium ini lebih mudah diakses dan sesuai untuk pengguna Muslim di Malaysia. Pencapaian ini mengukuhkan komitmen Point Reyes terhadap kualiti, keterangkuman dan memenuhi keperluan pasaran Malaysia.


Semasa sesi merasa, tetamu mencuba lima jenis keju Point Reyes yang berbeza, termasuk Point Reyes Bay Blue, Gouda, Toma Truffle, TomaRashi dan Toma Cheese. Setiap keju menawarkan profil rasa unik tersendiri, daripada rasa berkrim dan bermentega hingga nota truffle tanah, rempah halus dan ciri keju biru yang berani.

Acara ini turut mempamerkan kepelbagaian keju semula jadi California melalui demonstrasi masakan secara langsung oleh Chef Fazil Shahreen, Group Executive Chef The Olive Tree Group. 




Tetamu menikmati tiga hidangan lazat berasaskan keju California – Corn Croquette, Rice Kheer dan Stuffed Scallop Wing, membuktikan bahawa keju mampu menaikkan tahap hidangan manis dan juga savory.


Menambah lagi inspirasi, Chef Aison Osman Wong, Pengasas Aison Bakery, berkongsi roti signature beliau iaitu Blue Cheese Sourdough dan Focaccia. Dikenali dengan roti artisan buatan tangan dan pastri yang memenangi anugerah, Chef Aison menunjukkan bagaimana keju California premium boleh digunakan dalam pembuatan roti dan hidangan harian.


Keseronokan diteruskan dengan Pertandingan DIY Cheese Board yang diketuai oleh Chef Jason dan diadili oleh Chef Aison, Chef Fazil serta Ms. Lynn Giacomini Stray. Para tetamu dengan penuh semangat mencipta papan keju mereka sendiri menggunakan pelbagai pilihan keju dan bahan, sambil mempelajari cara menyusunnya menjadi hidangan yang cantik dan menyelerakan.

Suasana dipenuhi gelak tawa, kreativiti dan persaingan mesra apabila peserta merakam gambar papan keju mereka dan memuat naik ke media sosial sebagai sebahagian daripada pertandingan hari tersebut. Acara diakhiri dengan sesi bergambar berkumpulan dan penyampaian hadiah kepada pemenang.


“The Ultimate California Cheese Party bukan sekadar acara merasa. Ia adalah satu perayaan kualiti, kreativiti dan kegembiraan yang dibawa oleh keju yang baik dalam kehidupan seharian,” kata Eddie Saw, Wakil Negara California Cheese. “Kami amat teruja untuk memperkenalkan keju Point Reyes Farmstead yang disahkan halal kepada pengguna Malaysia, memberi lebih ramai peluang untuk menikmati produk artisan luar biasa ini.”

The Ultimate California Cheese Party 2026 berjaya menonjolkan kekayaan rasa, kualiti premium dan kepelbagaian keju Real California Milk, sekaligus memberi inspirasi kepada tetamu untuk menggunakannya dalam majlis perayaan dan juga hidangan harian.


Dengan bahan premium, piawaian keselamatan makanan yang dipercayai serta pilihan keju artisan yang kini disahkan halal, Real California Milk terus menawarkan pengguna Malaysia pilihan yang lazat dan berkualiti untuk setiap hidangan.

Sila layari laman web untuk maklumat lanjut: https://www.realcaliforniamilk.com/

Friday, April 3, 2026

Pengambilan Suplemen Secara Bertanggungjawab: Mengapa Rakyat Malaysia Harus Jadi Teladan

Hi Korang,

Dengan tahap kefahaman lebih mendalam tentang kesihatan dan kesejahteraan, pengguna hari ini mempunyai kesedaran tentang kepentingan amalan menjaga kesihatan dan mengelakkan kunjungan ke klinik atau hospital. Penjagaan kesihatan menerusi pencegahan menjadi keutamaan kepada pengguna di Asia Pasifik (APAC), dengan 92% berkata amalan ini amat penting kepada kesejahteraan secara keseluruhan. Malah angka ini lebih tinggi iaitu mencecah 95% di Malaysia, menurut satu tinjauan baru-baru ini oleh Herbalife.

Dr. Alex Teo, Pengarah, Penyelidikan, Pembangunan dan Hal Ehwal Saintifik, Asia Pasifik, Herbalife berkata, “Ramai yang sedang berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatan masing-masing, termasuk bertekad untuk membuat pilihan makanan lebih sihat, bersenam dan mengambil makanan tambahan atau suplemen untuk kesihatan. Hari ini, suplemen dilihat sebagai cara untuk menyokong kesihatan secara keseluruhan, meningkatkan sistem imun dan membantu individu mencapai matlamat kesihatan masing-masing. Pengambilan suplemen lazimnya dicadangkan oleh doktor, pakar pemakanan, syarikat penjagaan kesihatan dan juga rakan-rakan.”


Didapati dua daripada lima pengguna di Malaysia mengambil suplemen secara kerap, menurut tinjau selidik Herbalife yang melibatkan 9,000 pengguna di 11 pasaran pada bulan Mei 2025. Pada masa yang sama, tinjauan tersebut juga mendedahkan trend yang membimbangkan – hanya 65% daripada orang yang ditinjau selidik yakin bahawa mereka membuat keputusan yang betul tentang pemakanan tambahan.

Pemilihan suplemen secara bertanggungjawab bermakna kita perlu memahami dengan teliti komposisi ramuan pemakanan kesihatan, kualiti produk, dos cadangan, had penggunaan dan potensi interaksi dengan makanan tambahan dan ubat-ubatan lain. Tanpa ilmu yang menyeluruh, pengguna mungkin mendapati sukar untuk mendapat manfaat daripada makanan tambahan yang selamat dan berkesan dan menggiatkan usaha penjagaan kesihatan pencegahan masing-masing.


Jurang Ilmu Pengguna


Untuk mengatasi cabaran ini, kita perlu memahami di manakah wujudnya jurang dalam ilmu pengetahuan pengguna tentang suplemen. Dari segi peringkat umur, tinjauan Herbalife mendapati bahawa pengguna kurang jelas tentang cara mengambil suplemen secara selamat dan berkesan. Lebih membimbangkan, mereka tidak sedar tentang dos yang sesuai dan had atas bagi suplemen yang diambil, terutamanya jika mereka mengambil beberapa suplemen. Dalam kalangan peserta Malaysia, seramai 24% tidak sedar tentang kesan pengambilan suplemen kesihatan berlebihan.


Menurut Dr. Teo, berasaskan hasil tinjauan, separuh daripada responden dalam kalangan golongan Boomer di APAC mengambil suplemen setiap hari, tetapi hanya 30% yang prihatin untuk membuat keputusan suplemen serba maklum, menjadikan mereka kumpulan yang paling kurang prihatin. Mereka juga paling kurang yakin, dengan hanya 42% menyuarakan keyakinan dalam keputusan pemakanan tambahan mereka berbanding kumpulan umur lain. Sebaliknya, Gen Z ialah golongan yang paling yakin tentang kepentingan membuat keputusan serba maklum (47%) dan paling yakin (58%) dalam keupayaan mereka untuk membuat keputusan yang bijak tentang pengambilan suplemen.

Satu lagi kebimbangan ialah pengguna kurang memahami bagaimana suplemen mereka boleh memberi kesan atau bertindak balas dengan ubat-ubatan yang mereka ambil.Sebagai contoh, produk herba St. John’s Wort berpotensi mengurangkan keberkesanan ubat seperti warfarin dan statin tertentu. Satu lagi contoh ialah penggunaan suplemen kalsium yang lazimnya diambil untuk membina dan mengekalkan kekuatan tulang. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan hiperkalsemia, iaitu keadaan di mana paras kalsium di dalam darah menjadi terlalu tinggi dan menyebabkan kelemahan tulang dan batu buah pinggang. Tinjau selidik Herbalife mendapati bahawa 59% daripada responden Malaysia tidak tahu tentang had atas harian bagi pengambilan kalsium, manakala 74% tidak sedar tentang kesan pengambilan berlebihan kalsium.

Kepentingan tanggungjawab bersama


Dari sudut yang lebih positif, responden Malaysia mengakui bahawa mereka sendiri boleh memainkan peranan utama, dengan 84% menyedari betapa pentingnya membuat keputusan yang wajar. Namun begitu, isunya bukan bertumpukan pengguna sahaja kerana kedua-dua penyedia suplemen dan juga pengguna perlu memainkan peranan.

Walaupun pengguna hari ini boleh mendapatkan maklumat dengan mudah, membuat keputusan suplemen yang betul memerlukan sedikit usaha. Mereka perlu membaca label, melakukan kajian sendiri dan mendapatkan panduan daripada sumber yang sahih.

Dalam pada itu, pengguna memerlukan input lebih proaktif daripada profesional yang dipercayai yang mengamalkan pendekatan berasaskan sains kepada pemakanan tambahan. Walaupun kira-kira separuh daripada pengguna Malaysia yang ditinjau selidik oleh Herbalife mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan (58%) sebagai panduan dalam proses membuat keputusan, ada ramai yang tidak berbuat demikian.

Justeru, pelbagai pihak boleh memainkan peranan di sini. Pengguna seharusnya mendapatkan nasihat dan maklumat yang betul, profesional penjagaan kesihatan mesti menyediakan nasihat berlandaskan sains, dan penyedia suplemen perlu menyediakan pelabelan jelas dan komunikasi telus tentang cara untuk pengambilan suplemen yang selamat. Untuk menyokong segala usaha ini, kawalan kualiti produk yang ketat, pengesahan, keselamatan dan jaminan keberkesanan mestilah menjadi faktor asas yang membolehkan pengguna mengambil suplemen dengan yakin.

Mengorak jalan ke arah kesihatan lebih baik


Berlandaskan tinjauan Herbalife, pengguna percaya bahawa pengambilan suplemen memainkan peranan penting untuk menambah baik kesihatan dan kesejahteraan, yang hakikatnya menekankan lagi mengapa suplemen yang sesuai perlu diambil dengan cara yang betul.

Untuk meningkatkan tahap kesihatan, penyedia suplemen perlu bekerjasama dengan pengguna untuk menyokong matlamat kesihatan masing-masing. Syarikat-syarikat pemakanan boleh memainkan peranan yang lebih besar sebagai pemimpin yang mempengaruhi pemikiran, manakala pendidikan pengguna mengenai suplemen seharusnya ditingkatkan untuk memperkasakan pengguna membuat pilihan makanan tambahan yang lebih baik. Dengan berbuat demikian, pengambilan suplemen yang bertanggungjawab boleh dijadikan cara hidup bagi pengguna di seluruh rantau, membantu mereka kekal sihat untuk lebih lama.


Wednesday, April 1, 2026

guardian Ajak Rakyat Malaysia Miliki Mulut Sihat, Kehidupan Hebat

Hi Korang,

Isu kesihatan mulut dalam kalangan rakyat Malaysia masih berada pada tahap membimbangkan apabila 85.1% golongan dewasa mengalami karies gigi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa (NOHSA 2020) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Statistik ini menunjukkan lebih daripada 8 daripada 10 orang dewasa mempunyai masalah gigi rosak, hilang atau ditampal.


Walaupun terdapat penurunan trend, usaha berterusan masih diperlukan bagi mencapai sasaran bebas karies menjelang 2030, seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Kesihatan Mulut Kebangsaan.

guardian Malaysia Lancar Kempen Kesihatan Mulut Sedunia


Bersempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia (20 Mac), guardian Malaysia tampil proaktif dengan menganjurkan acara atrium kesihatan mulut di:

1 Utama, Petaling Jaya (31 Mac – 5 April 2026)
Mid Valley Southkey, Johor Bahru


Kempen ini disokong oleh:

Persatuan Pergigian Malaysia (MDA)
Persekutuan Pergigian Dunia (FDI)
Selaras dengan aspirasi KKM

Sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No.1 Malaysia, guardian komited untuk meningkatkan kesedaran bahawa penjagaan mulut bukan sekadar rutin harian, tetapi elemen penting dalam kesihatan menyeluruh.

Mulut Sihat = Tubuh Lebih Sihat

Menurut Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Singapura & Brunei, ramai masih tidak sedar bahawa kesihatan mulut berkait rapat dengan penyakit serius seperti:

Diabetes
Penyakit jantung


Pengabaian penjagaan mulut boleh membawa risiko kesihatan jangka panjang yang lebih serius.

Aktiviti Menarik & Interaktif Sepanjang Minggu

Acara ini menawarkan pengalaman pembelajaran yang interaktif melalui beberapa zon khas:
🦷 Bina Senyuman Memikat
🛡️ Lindungi Mulut Anda
✨ Serlahkan Keyakinan


Pengunjung boleh menikmati:

Pemeriksaan gigi percuma
Konsultasi bersama pakar pergigian
Ceramah kesihatan mulut
Tips penjagaan harian

Pemeriksaan pergigian tersedia pada:
31 Mac & 3 – 5 April (12 tengah hari – 6 petang)

Selain itu, aktiviti pentas hujung minggu turut menampilkan jenama terkenal seperti:
Colgate, Darlie, Sensodyne, BioMed & Henry Blooms

guardian Perluaskan Peranan Sebagai Penasihat Kesihatan

Menurut Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, kempen ini adalah langkah penting dalam memperluaskan peranan guardian sebagai:
👉 Penasihat kesejahteraan dipercayai
👉 Penyokong penjagaan pencegahan kesihatan mulut

Inisiatif ini juga mendapat sokongan daripada:

Program Kesihatan Mulut (OHP)
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)Promosi Eksklusif MYguardian Rewards

Lebih menarik, pengunjung boleh menikmati pelbagai tawaran hebat:

🎁 Baucar RM30 PERCUMA (min. belian RM130)
🧳 Bagasi mini PERCUMA (min. RM200)
💸 Diskaun RM5 (belian RM50)
🛍️ Beli 2 Percuma 1 (31 Mac sahaja)
🔥 Diskaun sehingga 70% untuk item kedua (1–5 April)



Ayuh Mulakan Rutin Mulut Sihat Hari Ini

Selaras dengan tema “Mulut Sihat, Hidup Hebat”, guardian menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan penjagaan mulut sebagai amalan harian — dari kanak-kanak hingga warga emas.

👉 Jangan tunggu sakit baru bertindak.
👉 Mulakan dengan langkah kecil hari ini untuk kehidupan yang lebih sihat.