Hi Semua,
Republic Mokhmah Records membuka pentas penganjuran daripada syarikatnya di tahun 2026 dengan sebuah kolaborasi pemuzik terbaik yang pernah dan masih relevan dalam belantika muzik tempatan.
Kristal X and Azlan & The Typewriter. Zepp Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026 dengan judul Rockolusi Kuasa Dua.
Inilah informasi paling penting yang patut masuk dalam kalender anda jika lagu-lagu seperti Memburu Impian, Luahan Hati, Suatu Kenangan dan Seragam Hitam daripada Kristal X yang sudah cukup lama tidak dipersembahkan secara langsung.
Begitu juga buat penggemar Azlan & The Typewriter yang lagunya, Jangan khianati Aku menjadi fenomena sampai ke Indonesia, datang serta nikmati sendiri karya ini daripada vokalis dengan kemampuan menyanyi dalam nada tinggi ini secara langsung.
Dengan reputasi dan kumpulan peminat yang telah lama serta tidak pernah meninggalkan Kristal X juga Azlan & The Typewriter, Republic Mokhmah Records berasa konsert yang dianjurkan di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026 ini adalah inisiatif terbaik mengembalikan semarak karya kedua-dua pemuzik yang cukup berprolifik ini.
“Kristal X adalah sebuah kugiran legenda yang pernah lahir dalam belantika muzik tanah air. Bayangkan sewaktu penubuhannya, Kristal X masih remaja dan telah mendapat khidmat karyawan belakang tabir yang hebat. Mereka menghasilkan lagu-lagu yang malar segar seperti Seragam Hitam dan ‘menghidupkan semula’ Memburu Impian melalui penampilan serta persembahan yang energetik. Maka Republic Mokhmah Records mahu mengembalikan nostalgia itu serta mempersembahkan betapa Kristal sudah menjadi ‘semakin ganas’ seiring mereka dewasa dalam industri. Dan adalah lebih mengujakan apabila vokalis yang sangat disegani Azlan, bersetuju untuk tampil dalam Rockolusi Kuasa Dua: Kristal X and Azlan The Typewriter. Untuk generasi milenial, Azlan adalah salah seorang vokalis terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia dan buat generasi masa kini, selain Jangan Khianati Aku, saya akan pastikan anda lebih jatuh cinta dengan beliau menerusi karya-karya berkualiti yang pernah dimiliki sepanjang karieri,” ujar Encik Musa dari Republic Mokhmah Records.
Kolaborasi Kristal X and Azlan The Typewriter juga kata Musa adalah bukti dua pemuzik legenda ini tidak pernah dilupakan dengan lambakan konsert yang diadakan sepanjang tahun.
“Saya amat berbesar hati menerima lamaran Republic Mokhmah Records berkongsi pentas dengan Kristal X kerana reputasi dan ikut membesar bersama karya mereka. Kristal X and Azlan & The Typewriter juga akan menjadi saksi kami ada dan kami ‘hidup’. Inilah waktu untuk anda keluar dana menikmati Kristal X and Azlan & The Typewriter secara langsung secara eksklusif setelah sekian lama menanti konsert daripada kami,” ujar Alan.
Kelainan yang bakal dibawakan dalam konsert kali ini bilamana akan melibatkan kumpulan koir NOGHORI ARTS SCHOOL VOICE ENSEMBLE atau NASVE.
Apa yang menarik, kumpulan koir ini adalah juara peringkat negeri dan pemenang ke-empat peringkat kebangsaan.
Selain itu, dalam kumpulan koir ini ianya dianggotai oleh anak kedua-dua vokalis Kristal X Azlan and The Typewriter iaitu anak kepada Lan Solo dan Azlan menjadikan konsert tersebut akan lebih menarik.
Mereka juga akan sama-sama membuat persembahan dalam konsert berskala besar ini dengan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Malah lagu ini turut disajikan buat pertama kalinya lagu Rockolusi di sidang media yang diadakan di Ideas Hotel Kuala Lumpur. Lagu baru ini nyanyian kedua kumpulan ini yang bertajuk Rockolusi terinspirasi dari tema Konsert Rockolusi Kuasa Dua.
Oleh yang demikian, peminat boleh membeli tiket mengikut kategori bermula RM168, RM188, RM248, RM348 dan seterusnya Royal Box, RM8000 untuk 10 orang di https://www.ilassotickets.com . Tiket telah dijual sejak Selasa, 23 September jam 3 petang.
Rockolusi Kuasa Dua Kristal X and Azlan & The Typewriter bukan sekadar konsert tapi saksi nyata betapa industri muzik tempatan memiliki banyak pemuzik yang masih relevan, perlu diberi peluang dan terus disokong.
Selamat melakar sejarah bersama Kristal X and Azlan & The Typewriter di ZEPP Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026 ini.
No comments :
Post a Comment