Wednesday, December 27, 2023

Koleksi Terbaru dari Bob Rock Clothing (BRC) - Makin Baru Makin Cantik Dan Kemas Jahitannya

Hi Korang,

Ramai orang bertanya pada kak lily, kat mane Mr Big dapatkan baju-baju kemeja lelaki plus size yang setiap hari dia pakai pi kerja mahupun pada weekend berjalan-jalan kan. Ermm banyak je tempat yang dia selalu shopping but mostly ktorang selalu ke Bob Rock Clothing (BRC) di Plaza Shah Alam. Memang lah jauh sket dari rumah sebab selalu ktorang ke sini memang borong habis baju-baju kat butik ni.


Kalau korang nak tau yang Bob Rock Clothing (BRC) merupakan jenama tempatan yang menawarkan pelbagai rekaan pakaian saiz besar lelaki yang direka khas sesuai dengan bentuk badan masyarakat Asia. Jenama ini sudah bertahun berada di pasaran dan sudah mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Apa yang menarik, biarpun sudah cukup dikenali sebagai jenama Plus Size Fashion, Bob Rock Clothing (BRC) sentiasa meningkatkan kualiti pakaian agar jenama yang dibina terus utuh seiring dengan memenuhi kepuasan pelanggan.

Untuk koleksi terbaru pemilihan fabrik lebih teliti yang mana sangat sesuai dengan keadaan cuaca panas dan lembap di Malaysia. Ini bagi memastikan pengguna pakaian (BRC) benar-benar selesa dengan koleksi terbaru yang diperkenalkan. Selain itu, Jahitan yang lebih kemas, tersusun dan sekata – dalam dan luar jahitan.

Jahitan lebih kemas


Kolar yang dijahit begitu kukuh, tidak mempunyai lipatan serta hujung kolar yang bertemu. Menjadikan pemakai lebih berketerampilan, segak dan kemas.


Koleksi Terbaru Bob Rock Clothing (BRC)


Antara koleksi terbaru Bob Rock Clothing (BRC) yang korang boleh dapatkan adalah Plus Size MC Shirt Short Sleeve, Plus Size Alex Shirt Short Sleeve, Plus Size Stripe Shirt Short Sleeve, Plus Size Marble Shirt Short Sleeve, Plus Size Kurta Eusof Short Sleeve dan Plus Size Oxford Office Exclusive Long Sleeve.

Plus Size Marble Shirt Short Sleeve



Laman web :-



Plus Size Stripe Shirt Short Sleeve



Laman web :-


Plus Size Kurta Eusof Short Sleeve


Laman web :-



Plus Size Alex Shirt Short Sleeve


Laman web :-



Oxford Office Exclusive Long Sleeve

Laman web:



Plus Size Check Shirt Shirt Billy



Selesa Dengan Koleksi MC Shirt Short Sleeve


Untuk kali ini kak lily hadiahkan Mr Big koleksi MC Shirt Short Sleeve yang kak lily rasa sesuai ke pejabat mahupun outing di hujung minggu. Dengan potongan A (A-cut), ianya terletak cantik di bahu dan selesa di perut. Bahkan pemakai memang akan kelihatan nampak lebih kurus dari saiz badan mereka yang comel.

Beberapa kelebihan yang kak lily gemarkan dengan MC Shirt adalah seperti :

Ianya berkonsepkan resort wear yang smart casual dimana fabriknya menggunakan premium cotton linen yang menyuntik gaya Mewah dan Classy. Kalau korang nak tahu yang jahitannya lebih kemas, tersusun dan sekata tidak kira di sebelah dalam mahupun di bahagian luar jahitannya. Kolarnya yang teguh, tidak mempunyai lipatan serta hujung kolar yang bertemu maka nampaklah kemas dan ringkas.

Butangnya pula diperibadikan dengan reka bentuk ton-on-tone yang terukir. Butang tambahan disediakan tau






Pemilihan warna-warna pastel seperti Sky Blue, Black, Light Pink, Mint Green bakal menampakkan imej lelaki Budiman yang berketerampilan kemas, minimalis dan moden.

Harga yang di tawarkan bermula dari RM119 sehingga RM139 (XL-6XL)

Seronok berbelanja di Bob Rock Clothing (BRC). Staff di sini memang mesra pelanggan dan rajin melayan. Dengan pelbagai koleksi fesyen pakaian saiz besar lelaki berkualiti yang menambat hati. Sememangnya sangat berbaloi membeli.

Apa yang pasti koleksi terbaru dari Bob Rock Clothing (BRC) jahitan lebih halus dan cantik. Bahkan fabrik juga sangat teliti dipilih agar memberi rasa selesa dan rekaan juga esklusif serta menarik,

Untuk info lanjut, boleh layari:





No comments :