Friday, November 12, 2021

Siaran Langsung Konsert Ed Sheeran Secara Eksklusif di JOOX

Hi Korang,

JOOX, platform penstriman paling berdedikasi di Asia yang sentiasa komited memberikan hiburan terbaik kepada peminat di seluruh Asia dengan bangganya membawakan siaran langsung konsert oleh sensasi muzik global, Ed Sheeran yang akan disiarkan secara eksklusif di JOOX untuk pengguna VIP Berbayar di Malaysia, Hong Kong & Macau, Indonesia, Thailand dan Myanmar . Konsert ini juga akan mempromosikan album baharu dari penyanyi dan penulis lagu tersebut, bertajuk "=", yang kini juga telah tersedia di pustaka muzik JOOX yang luas dan pelbagai.



Konsert dalam talian Ed Sheeran yang akan disiarkan secara langsung dan eksklusif di JOOX pada 13 November (Sabtu), 8 malam (waktu Malaysia) akan menampilkan persembahan single hit baharunya seperti “Bad Habits”, “Shivers”, “Overpass Graffiti”, dan “Visiting Hours .” “=” adalah album studio keempatnya, untuk meneruskan rentetan kejayaannya menguasi carta muzik dunia sekaligus mengukuhkan lagi namanya di persada muzik dunia. Konsert ini membolehkan peminat merasai sendiri kekuatan unik muzik pop Sheeran selepas dia kembali dari berehat di musim pandemik Covid-19.

“JOOX akan sentiasa membawakan siaran langsung bertaraf dunia seperti konsert dalam talian eksklusif oleh Ed Sheeran yang merupakan salah satu artis terbesar di dunia. Konsert ini bukan sahaja pasti akan memukau semua peminatnya di Asia, tetapi juga untuk meraikan penambahan album baharunya ke dalam senarai lagu pengguna JOOX yang sentiasa berkembang.” kata Angie Tan, Head of JOOX Malaysia.



“Album baharu saya ‘=’ ialah album sangat bermakna dan sangat peribadi buat diri saya sendiri. Saya menganggapnya sebagai album saya yang semakin dewasa, dan saya juga tidak sabar untuk berkongsi dan mempersembahkan lagu-lagu dari album baharu ini kepada peminat muzik Asia melalui JOOX,” kata penyanyi dan penulis lagu Ed Sheeran.

Pengguna Berbayar JOOX VIP boleh strim secara langsung pada tarikh dan masa berikut:

Siaran Langsung Konsert Ed Sheeran (November 13, Sabtu)
Malaysia
8 malam

Jangan lepas peluang istimewa ini untuk ikut menyanyi sepuas hati bersama, Ed Sheeran dalam keselesaan rumah anda sendiri! Untuk memastikan anda layak menjadi Pengguna Berbayar JOOX VIP, klik di sini sekarang: https://open.joox.com/s/rd?k=ZYoYU

Jangan ketinggalan siaran langsung dan konsert terhangat yang menampilkan artis-artis popular tempatan dan antarabangsa! Dengan lebih daripada 40 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis, lagu, album dan senarai main yang dapat diperibadikan mengikuti kegemaran anda. 

Nikmati pilihan muzik anda pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX pada Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website.


No comments :