Friday, July 30, 2021

Korang Boleh Dapatkan Set Nasi Lemak PERCUMA Di Sambutan Tahun Kedua Hari Nasi Lemak Marrybrown

Hi Korang,

Yesza nasi lemak memang jadi kegemaran rakyat Malaysia kan.

Tak kira tua, muda, kecik, besar semua orang mengemarinya, samada di hidangkan berlauk ataupun hanya nasi lemak semata kerana nasi itu sendiri sudah enak kak lily rasa hehehhehe..


Oh ya kita sudah pun berada di setengah tahun pertama 2021, dan rakyat Malaysia masih lagi di dalam sesi memerangi pandemik sambil berusaha untuk membentuk imuniti berkelompok. Pelbagai situasi yang menyentuh hati dilihat dikalangan rakyat Malaysia yang bersatu hati serta saling membantu antara satu sama lain tidak kira agama, bangsa mahupun budaya dalam memastikan kesejahteraan semua terjaga.


Bukti jelas rakyat Malaysia bersatu padu dalam mengatasi kesukaran dikala pandemik ini dapat dilihat apabila mereka sering mengambil berat tentang keadaan sekeliling terutamanya petugas-petugas barisan hadapan. Begitu juga Nasi Lemak, Hidangan Kebanggaan ramai ini mempunyai keunikan rasa, dihasilkan dari pelbagai bahan dan ramuan, menjadikannya sebagai hidangan pilihan ramai yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.


Marrybrown kini sudah 40 tahun beroperasi sebagai rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama terbesar di Malaysia kini sekali lagi dengan bangganya meraikan ‘Hari Nasi Lemak MB’ sebagai hadiah untuk semua rakyat Malaysia yang menjadikan Nasi Lemak MB sebagai makanan kebanggan semua!


Dengan itu, Marrybrown ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk memeriahkan jualan atas talian melalui aplikasi Shopee, dengan 10,000 bungkus Nasi Lemak MB yang disediakan menerusi tawaran Beli 1 Percuma 1! 

Jangan tunggu lagi, berkongsilah dengan kawan-kawan, keluarga, dan rakyat Malaysia pada Hari Nasi Lemak MB. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:



Tarikh: Ahad, 1 Ogos 2021

Masa: Bermula jam 12 tengah malam dan seterusnya

Platform: Shopee Rasmi Kedai Marrybrown (Pautan web hanya berfungsi di telefon bimbit)



Voucher-voucher ini boleh ditukar di restoran Marrybrown yang menyertai dari 2hb Ogos sehingga 31hb Ogos 2021


Untuk info, 1 Ogos adalah merupakan Simbolik “Hari Nasi Lemak MB” di Marrybrown, akan tetapi korang juga boleh mendapatkan tawaran menarik di setiap 1 hari bulan di bulan berikutnya. Untuk keterangan lanjut mengenai promosi Hari Nasi Lemak MB boleh layari:-


Untuk maklumat lanjut tentang Hari Nasi Lemak MB atau tawaran dan servis penghantaran Marrybrown, sila kunjungi:


Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV



#HariNasiLemakMB
#HidanganKebanggaanKita
#Marrybrown 
#MarrybrownMY
#SomethingDifferent 
#MB40thAnniversary
#MBxShopee
#ShopeeMY

No comments :