Wednesday, March 4, 2020

Dewan Perkahwinan Cantik ''Royale Palace Skyview'' di Cyberjaya

Hi Korang, 

Jadi trend sekarang ni orang buat majlis perkahwinan di dewan-dewan kan. 

Bukan sebab nak menunjuk tapi faktor persekitaran seperti lokasi rumah, bilangan jemputan dan banyak lagi yang mempengaruhi para raja seharian memilih mengadakan majlis perkahwinan mereka di dewan. 


Lebih-lebih lagi kalau lokasi dewan tersebut terletak di kawasan persekitaran yang cantik dan sedap mata memandang. 

Ok ni kak lily nak kongsikan kepada korang terdapat satu dewan yang sangat-sangat cantik yang mampu menambatkan hati korang. 

Memperkenalkan 

Royale Palace Skyview 

Lokasi dewan Royale Palace Skyview ni terletak di tingkat 10, bangunan Skytech Tower 2 Cyberjaya. Walaupun berapa pada kedudukan bangunan yang tinggi tapi tetap masih menarik cantik dan luas sehinggakan mampu memuatkan lebih kurang 300 orang dalam satu-satu masa dan yang best tuh korang boleh memilih samada nak adakan majlis di dalam dewan mahupun di luar dewan. 

pintu masuk ke Royale Palace Skyview

Royale Palace ditubuhkan pada tahun 2016 dan diuruskan oleh RSZ VENTURES SDN BHD. Kalau korang perasan ia ada satu lagi dewan di U6 Shah Alam dan kini menambahkan lagi ruangan bagi masyarakat di Cyberjaya, Putrajaya dan sekitarnya. 






Banyak lagi kemudahan yang boleh korang request yang mereka boleh sediakan di sini seperti : 

1) Lighting System 

2) Projector 

3) Sound System For Band 

4) Instant Photobooth 

5) Oblong Table / Cake Table 

6) Royal Palace Rostrum 

7) Red Carpet 

8) Pentas Utama 

Mehu makanan untuk Majlis Perkahwinan

Meh sini kak lily tunjukkan beberapa menu orang kahwin yang enak lagi sedappp










Dewan ini dilengkapi segala kemudahan yang ada seperti tandas, surau dan juga ruangan menunggu sangat sesuai untuk buat pelbagai acara. Dewan ini boleh berubah wajah mengikut citarasa korang yang mahukan ia menjadi seperti istana mewah atau taman penuh bunga-bunga. Kalau kat luar pula boleh buat tempat santai bersembang atau bersama kawan-kawan untuk tetamu yang suka pemadangan luas memukau. 

Pemandangan di bahagian luar dewan untuk majlis outdoor




Untuk parking pula, janganlah korang bimbang kerana kawasan ini ada banyak parking kenderaan yang disediakan daripada parking terbuka kepada kawasan parking bertingkat jadi masih mampu muat untuk semua tetamu yang datang menaiki kenderaan sendiri. 

Jadi sangat sesuai untuk sebarang majlis yang korang nak cari keselesaan dan juga kemewahan. Royale Palace Skyview kini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, 5 hari seminggu dari Selasa hingga Ahad. 

Namun tempat ini juga boleh disewa secara eksklusif pada waktu malam dan hujung minggu untuk sebarang aktiviti yang korang nak rancang. Mereka boleh sediakan khidmat rundingan sekiranya nak mengadakan majlis di sini dan membuka ruang untuk lawatan sebelum sesuatu acara di adakan. 

Kalau nak maklumat lanjut boleh hubungi mereka di talian : 

Tel : 019-3316728 (Rashman) 

Tel : 016-4450538 (Pogy) 


Lokasi Royale Palace Skyview adalah seperti berikut : 

Royale Palace Skyview 
Level 10, Skytech Tower 2, 
MKN Embassy Techzone 
Jalan Teknorat 2, 
Cyber 4, 
63000 Cyberjaya Selangor 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman web : 

Facebook : 

Instagram : 




No comments :