Saturday, April 8, 2023

INLAB SENZ Projector | Suatu Nikmat Kegembiraan Di Kongsi Bersama Keluarga

 Hi Korang,

Apa yang menyatukan kita sekeluarga bila berada di rumah??

Of courselah menonton tv selain daripada makan bersama-sama, pastinya menyeronokkan bersama yang tersayang seisi keluarga. Kalaulah setiap rumah mempunyai ruang menonton yang selesa di samping televisyen dan aksesori yang mantap maka waktu menonton terasa indah.

Untuk itu, haruslah kita memerlukan peralatan menonton yang baik.

Bagi mereka yang mampu tidak menjadikan masalah namun bagaimana pula kita yang hanya mampu menyediakan tv biasa sahaja.  Kalau korang nak tau yang korang boleh mencipta keajaiban pengalaman seperti berada di pawagam walaupun korang hanya berada di rumah.

Mari sini kak lily kongsikan mengenai INLAB SENZ Projector


Mungkin korang akan merasa pelik mahupun tentang mengapa korang memerlukan projektor sedangkan korang sudah pun mempunyai TV. Memang betul kita boleh menonton TV biasa tapi kita mahukan lebih pengalaman menonton yang lebih sinematik yang mana korang boleh saksikan filem pada skrin besar atau menikmati merasai duduk di dalam teater gelap dengan sistem bunyi teater yang padu.

Projektor INLAB Senz merupakan projektor LED pintar yang mempunyai rekaan bentuk yang cantik dan minimalis, yang mana ianya mudah untuk di padankan dengan sentuhan moden pada ruang tamu korang.

Kebiasaannya projektor bersaiz besar dan berat untuk dibawa ke mana-mana, tetapi projektor INLAB Senz sangat mudah alih, ianya mudah dipasang dan didatangkan dalam saiz kompak yang berukuran 29CM (L) x 22.1CM (W) x 9.5CM (H). Ini bermakna anda boleh membawanya dengan mudah ke mana-mana yang anda mahukan.

Berfungsi sama seperti TV Pintar yang terdapat di pasaran, INLAB Senz menayangkan video/imej 1080P secara asli (tetapi menyokong sehingga 4K) tanpa masalah sama sekali. Ketajaman, kecerahan dan kejelasan benar-benar terbukti pada projektor comel ini.


Apa yang membuatkan projektor INLAB Senz menonjol daripada yang lain ialah pemfokusan elektronik (auto focus) dan pembetulan keystone yang boleh dilaraskan sama ada dari alat kawalan jauh atau tombol sedia ada.

Mungkin korang memikirkan kesulitan bagi penyambungan wayar projektor, eh jangan bimbang, INLAB Senz menyediakan pelbagai jenis sambungan berwayar dan juga tanpa wayar (wireless) dan korang masih boleh menyambung ke apa juga peranti sendiri seperti komputer riba, konsol Playstation dan Nintendo Switch

Mempunyai fungsi USB dan juga HDMI yang di padankan dengan pendrive, cakera keras mudah alih, cakera keras luaran, headphone jack bersaiz 3.5mm yang berfungsi dengan earphone, headphone dan speaker serta fungsi bluetooth.

Ianya juga mudah untuk disambung terus daripada telefon pintar ke projektor melalui Screen Mirroring dan mempunyai sistem bunyi yang diperakui oleh Dolby Audio yang mana korang boleh rasainya kepaduan bunyi di sekeliling ruang menonton korang.

Oh ya, kak lily tambah sket lagi yang projektor INLAB SENZ ini beroperasi dengan OS Android yang terbina di dalamnya, dan korang boleh mengakses semua aplikasi TV yang terkenal dengan hanya menekan satu butang seperti YouTube, Netflix, Disney Hotstar+, IQIYI dan 100+ lagi aplikasi boleh dipasang daripada Aplikasi Playstore.

INLAB SENZ kini dijual pada harga RM989.90 (selepas diskaun), bagi kak lily ianya sangat berpatutan jika hendak di bandingkan dengan mendapatkan TV pintar 100 inci, kosnya sekitar RM10,000 dan ke atas.


Jadi apa kata dapatkan INLAB SENZ pada harga RM989.90 untuk merasai saiz skrin bernilai RM10,000. Ermm bayar kurang namun dapat kelebihan yang lebih baik.

Dan korang layak mendapat diskaun tambahan RM30 dengan menggunakan kod diskaun INLA0030

Oleh itu, ianya adalah cara terbaik untuk menghabiskan masa berkualiti kak lily bersama keluarga tersayang untuk menonton filem kegemaran kami.

 

Ikuti social media INLAB SENZ untuk dapatkan info lanjut.

Official Website - https://inlab.com.my/pages/the-senz

Official Shopee - https://shope.ee/8zVy4WmnFZ

Official Lazada - https://s.lazada.com.my/s.fjRBK

Weblinks -  https://inlab.com.my/pages/the-senz

#inlabmalaysia #inlabsenz

Tuesday, April 4, 2023

Set Menu Hidang Selera Warisan Di MICASA All Suite Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,

Di musim Ramadan ini, MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur menawarkan promosi istimewa Set Hidang Selera Warisan bertemakan Masakan Tradisional.


Mengamit nostalgia seperti masakkan dirumah, dengan keunikan rasa rempah ratus dan aroma, Ramadan tahun ini mempersembahkan Chef Adrian Lai dan Chef Mustaza Sulaiman. Shiso Dining menyediakan Set hidangan kampung kegemaran ramai. Menu istimewa seperti, Rendang Daging, Sate, Ayam Bakar Bersama Sos Percik dan Asam Pedas Ekor.











Aroma sate bakar mengimbau kembali memori zaman dahulu. Pelbagai kenangan dan memori indah masa zaman kanak -kanak pastinya tidak dapat dilupai.

Set A

Set B

Keenakan citarasa bukan saja dipengaruhi oleh rasa malahan ianya juga dipengaruhi oleh persekitaran, pengalaman dan makanan yang disediakan dengan penuh kasih-sayang.

Raikan bulan Ramadan ini dengan penuh keriangan dan kegembiraan berbuka bersama orang yang tersayang. Eratkan hubungan disamping menikmati makanan berbuka yang enak dengan harga yang berpatutan.



Terdapat dua set pilihan menu ditawarkan pada harga RM148nett untuk dua org dewasa. Promosi bermula dari 23 Mac 2023 hingga 21 April 2023.

Tempahan awal perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh tempahan.

Untuk tempahan sila hubungi +03 2179 8000 / WhatsApp +6017 219 6126 atau e-mel kepada fnbkul@micasahotel.com

Micasa All Suite Hotel KL
368-B, Jalan tun Razak,
Kuala Lumpur

General Line : 03-2179 8000



Monday, April 3, 2023

Generasi Baharu Rakyat Malaysia Beli Berasaskan Nilai Dalam Talian

Hi Korang,

Generasi baharu rakyat Malaysia membeli-belah dengan tujuan dalam talian — Data pasaran Shopee menunjukkan pengguna dalam talian berkemungkinan tiga kali ganda membeli produk yang menggalakkan penggunaan lebih bijak pada 2023 berbanding pada 2020. Rakyat Malaysia semakin mencari kata kunci seperti ‘pre-loved’, ‘pre-owned’, ‘warehouse clearance’, ‘demo unit’ dan ‘thrift’ atas ‘new’.


Sepanjang tiga tahun yang lalu, pasaran Shopee menyaksikan pengguna mempraktikkan beli-belah berasaskan nilai dengan jumlah 1.4 juta item yang dijual iaitu demo unit, warehouse clearance item dengan minor defects, barang 'bundle', dan juga produk pre-owned. 50% daripada ini adalah kategori Baby and Toys, Groceries and Pets, and Health and Beauty, 27% fesyen pre-owned, 17% barangan gaya hidup (Home and Living, Outdoor Sports, Hobbies, Games and Books) dan selebihnya menggunakan Electronics.

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, “Membeli-belah berasaskan nilai jelas adalah masa depan. Pembeli-belah Generasi Z di e-dagang memberitahu kami melalui carian kata kunci mereka bahawa untuk setiap 6 kali mereka mencari sesuatu yang baharu, 4 kali lain, mereka sedang mencari sesuatu yang pre-loved, dikitar semula, digunakan semula atau unit paparan. Mereka menggunakan kuasa beli dengan cara yang sangat berhati-hati, dan amat menggembirakan untuk dapat memenuhi keperluan kumpulan pengguna ini dengan menghubungkan mereka kepada penjual yang sejajar dengan nilai."

“Shopee memudahkan penjual Malaysia yang mempunyai stok untuk menyenaraikan barang pre-loved mereka dan menunjukkan kepada pengguna keadaan mereka secara sahih supaya orang ramai boleh membuat keputusan membeli-belah yang lebih bijak. Pada Februari 2023, kami melihat anggaran peningkatan sebanyak 15% dalam penyenaraian SKU pre-loved berbanding bulan yang sama tahun lepas. Kami percaya bahawa kami memudahkan pengguna kami untuk membeli-belah dengan lebih nilai dalam talian,” akhiri Soh.

Warehouse clearance supplies yang paling popular ialah sanitiser tangan kerana rakyat Malaysia meningkatkan keperluan mereka untuk perlindungan kebersihan diri. Memandangkan isi rumah telah menjimatkan perbelanjaan, terlalu banyak stok tetapi produk penjagaan kulit, kosmetik dan penjagaan diri yang mampu milik adalah permintaan yang hangat. Tidak mengejutkan, pembeli juga memilih ‘pre-owned’ berbanding  ‘new’  dengan aksesori bayi dan kanak-kanak, mainan bayi dan kanak-kanak serta aksesori haiwan kesayangan yang semakin tua dengan usia.

Kandungan influencer di Shopee Live juga telah beralih untuk memenuhi keputusan membeli-belah berasaskan nilai dan bertujuan. Sepanjang tiga tahun yang lalu, penjual strim langsung merekodkan empat kali lebih banyak pesanan terjual dan dua kali lebih banyak kandungan penstriman langsung untuk produk pre-owned berbanding produk baharu. Ini boleh dikaitkan dengan ketulenan yang dijana oleh influencer yang menunjukkan unit pre-loved yang telah digemari dalam keadaan tulen mereka dengan mesej positif yang membentuk pemikiran yang mampan.

Pembeli yang berminat untuk menyokong recommerce boleh menaip kata kunci berikut pada bar carian Shopee: “pre-loved”, “bundled”, “warehouse clearance”, “thrift”, “second hand”, “useed”, “demo unit” dan “pre-owned”. Di samping itu, pengguna boleh mencari tajuk untuk Strim Langsung preloved yang tersedia untuk dilihat dalam aplikasi mudah alih Shopee. Pengguna Shopee juga harus ambil perhatian bahawa mulai 24 Mac, Shopee telah memperkenalkan 'Change of Mind', ciri pulangan dan bayaran balik percuma untuk keseluruhan segmen Fesyen (Penjual Tempatan sahaja) di pasaran, untuk membolehkan pemikiran 'tidak mahu, jangan buang' Ramadan dan Raya ini.