Friday, March 24, 2023

Lip Booster Serum Keluaran Pertama Jenama HER BEAUTY Dari Selebriti NYNAA HARIZAL

Hi Korang,

Sejajar dengan potensi pasaran industri kecantikan yang semakin banyak menyaksikan dominasi jenama keluaran tempatan di Malaysia, selebriti Nynaa Harizal bijak memanfaatkan peluang untuk mula berjinak dalam dunia perniagaan sekaligus membina empayar kosmetik menerusi jenamanya sendiri, ‘Her Beauty’ yang dilancarkan secara rasmi di sebuah majlis sidang media tertutup yang diadakan baru baru ini


Membuka langkah pertama sebagai usahawan dalam bidang kosmetik, Nynaa Harizal menerusi jenama ‘Her Beauty’ memperkenalkan produk rawatan bibir intensif pertamanya, Fire & Ice Lip Booster Serum yang dicipta dengan teknologi tinggi untuk turut bertindak sebagai plumper bagi memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada pengguna.

Buat julung kalinya juga, tayangan perdana iklan televisyen komersial ‘Her Beauty’ yang diterbitkan khas sebagai strategi pemasaran bagi mempromosikan produk kosmetik Fire & Ice Lip Booster Serum turut dipertontonkan kepada barisan media secara rasminya sewaktu majlis pelancaran tersebut.

Mohamed Fahmi Ilyas sebagai tulang belakang kepada Nynaa Harizal


Mengulas lanjut mengenai pelancaran produk Fire & Ice Lip Booster Serum, Nynaa Harizal selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘Her Beauty’ berkata, “Seperti yang kita tahu, maklumat dan data merupakan elemen yang paling penting sebelum menceburi bidang perniagaan khususnya yang membabitkan produk kecantikan kosmetik. Oleh itu, kami terlebih dahulu sudahpun membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti pasaran dan pelanggan sasaran supaya produk yang dihasilkan selari dengan permintaan semasa dan tidak bersifat ‘syok’ sendiri.

Melalui pengamatan kami sewaktu masih dalam fasa ‘market research’ untuk jenama ‘Her Beauty’, kami dapati trend pelanggan di Malaysia kini cenderung untuk memilih produk keluaran tempatan yang menawarkan kualiti tinggi dengan harga berpatutan. Ini menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap jenama dan produk lokal semakin meningkat. Ini juga membuktikan kualiti produk lokal dilihat sudah setanding dengan produk antarabangsa.



Oleh itu, kami merasakan ini merupakan waktu terbaik untuk melancarkan produk pertama keluaran ‘Her Beauty’ iaitu Fire & Ice Lip Booster Serum untuk bersaing secara sihat dengan produk sedia ada di pasaran.

Nynaa Harizal melakukan tutorial menggayakan Fire & Ice Lip Booster Serum ini


Sebagai pemain baharu dalam industri kecantikan, kami berhasrat untuk mengembangkan misi perniagaan dan potensi ‘Her Beauty’ ke aras tertinggi menerusi pelbagai strategi untuk rangka promosi yang lebih meluas sudahpun dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat untuk mempromosikan jenama kami.”


Dipasarkan dengan harga runcit mampu milik serendah RM44.90 sekotak, produk Fire & Ice Lip Booster Serum didatangkan dengan dua jenis serum pelembap yang memberi efek berbeza tetapi saling melengkapi apabila digunakan bersama. Ciri-ciri teksturnya juga bersifat ringan agar mudah menyerap ke dalam bibir untuk memberi perlindungan secara berterusan selama empat jam tanpa rasa berminyak dan melekit.

Serum Fire yang diformulakan dengan bahan pelembap semulajadi seperti asid hyaluronik, minyak jojoba, ekstrak minyak kelapa organik, minyak badam, vitamin E dan minyak biji anggur akan memberikan warming effect yang boleh membuatkan bibir menjadi mungil, tegang dan lembab secara semulajadi dengan selamat.

Manakala serum Ice pula diperkaya dengan ekstrak beri, vitamin E, mentega murumuru dan minyak argan yang akan memberikan cooling effect selepas penggunaan serum Fire untuk memberi kelembapan bagi merawat masalah bibir kering, kusam dan merekah.



Produk rawatan bibir Fire & Ice Lip Booster Serum boleh dibeli menerusi melalui ejen dan stokis berdaftar.


atau platform media sosial 

Instagram @myherbeauty 

atau Tiktok @myherbeauty 

Thursday, March 23, 2023

STARBUCKS Ready To Drink (RTD) Dari Nestle Malaysia

Hi Korang,

Dalam usaha membawa detik-detik istimewa kopi Starbucks ke dalam kehidupan harian rakyat Malaysia, rangkaian Starbucks Sedia Diminum (RTD) telah dilancarkan di seluruh negara pada 21 Mac 2023.


Pelancaran Starbucks RTD di Malaysia melibatkan dua daripada pilihan minuman Starbucks yang paling ikonik: Starbucks® Frappuccino®, kopi yang dibancuh sempurna dengan susu berkrim dan manis secukup rasa, dan juga Starbucks® Doubleshot™, pilihan minuman yang dikenali dan digemari ramai, boleh dinikmati bersama bagi mengharungi rutin harian yang sibuk. Starbucks® Frappuccino® (280 ml) boleh didapati dalam perisa Kopi, dan Mocha (280ml) manakala Starbucks® Doubleshot™ (220 ml) tersedia dalam pilihan Mocha dan Espresso Latte (220ml).

Rangkaian Starbucks RTD yang baharu ialah hasil kerjasama antara Nestlé dan Starbucks yang diumumkan pada 2021 di mana Nestlé akan mengkomersialkan dan mengeluarkan minuman kopi Starbucks RTD di beberapa negara di seluruh Asia Tenggara, Oceania dan Amerika Latin, dengan memanfaatkan kecekapan operasi Nestlé dalam sektor kopi tempatan dan keupayaan pelaksanaannya di rantau tersebut. Ini menandakan satu lagi titik penting dalam Perikatan Kopi Global antara Starbucks dan Nestlé yang telah dicipta pada 2018 untuk membuka peluang, meningkatkan pengalaman kopi dan membuka lembaran baharu bagi kedua-dua syarikat ikonik itu.



Untuk meraikan detik istimewa ini, Nestlé Malaysia telah menganjurkan pertunjukan fesyen dengan karya busana berilhamkan Starbucks oleh para pelajar dari De Institute of Creative Arts & Design, UCSI University, yang digayakan oleh para pempengaruh popular tempatan. Busana yang ditampilkan mencerminkan kehidupan harian rakyat Malaysia – termasuk pakaian gaya jalanan mahupun pakaian ke pejabat, semasa bersantai di rumah atau untuk urusan harian – fesyen bergaya ini mempamerkan kepelbagaian Starbucks RTD yang boleh disesuaikan dalam setiap detik kehidupan.


“Kedua-dua Starbucks® Doubleshot™ dan Starbucks® Frappuccino® telah mendapat pensijilan Halal, sekali gus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati minuman ikonik tersebut tanpa rasa ragu-ragu, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé - Malaysia & Singapore. “Tambahan pula, dalam usaha mengembangkan kategori Produk Sedia Diminum Malaysia, tawaran inovatif dan khusus ini bertujuan menarik minat para belia di Malaysia yang dinamik yang inginkan kemudahan pengalaman kopi yang hebat di mana sahaja mereka berada. Kami akan terus memperkasakan inovasi untuk mencipta detik-detik kopi yang penuh kenikmatan dan keseronokan,” tambah Aranols.

Rangkaian kopi Starbucks RTD boleh didapati menerusi pasar raya besar dan pasar raya utama, kedai serbaneka, kedai stesen petrol dan juga platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Produk-produk ini juga akan ditawarkan di Singapura menerusi peruncit dan platform e-dagang yang terpilih.


Sejak Perikatan Kopi Global pada 2018, Nestlé dan Starbucks telah memperkenalkan pilihan produk kopi premium yang luas ke pasaran baharu dengan pantas – termasuk kopi bijian penuh, kopi dipanggang dan dikisar, kopi larut dan campuran kopi, serta kapsul Starbucks untuk digunakan dalam sistem hak milik Nespresso dan Nescafé Dolce Gusto. Pada hari ini, Nestlé mengedarkan produk kopi Starbucks berbungkus yang boleh didapati di lebih daripada 80 negara di luar cawangan Starbucks di bawah Perikatan Kopi Global.


Wednesday, March 22, 2023

Buffet Ramadan 2023 | “IFTAR DI CONCORDE” 2023 Di CONCORDE Hotel Shah Alam

Hi Korang,

Menjelang Ramadan yang semakin hampir, keluarga dan rakan-rakan menanti untuk menikmati juadah berbuka puasa. Jabatan kulinari Concorde Hotel Shah Alam menyediakan berbagai jenis masakan tradisional Melayu yang menarik di Melting Pot Café dengan tema tahun ini, IFTAR DI CONCORDE.




Sajian Ramadan ini bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023. Sebanyak 4 jenis menu yang berbeza, dengan 90 hidangan lauk pauk yang menyelerakan menanti semua tetamu.

Puan Amilia Alias, Pengarah Jabatan Jualan & Pemasaran berkongsi bahawa “tetamu semua boleh meningkatkan selera mereka dengan pembuka selera seperti”, katanya.

· Kerabu Sotong Suhun Utara
· Kerang Hijau Tumis dengan Daun Selasih Thai
· Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi
· Kambing Panggang Berempah Bawang Putih

Hotel Concorde Shah Alam terkenal dengan Bubur Lambuk yang akan dihidangkan setiap hari. 


3 Bubur Lambuk yang utama ialah:

Bubur Lambuk Ayam Dara Lada Hitam
Bubur Lambuk Daging Batang Pinang
Bubur Lambuk Makanan Laut.




Hidangan utama dan menu belanga terdiri daripada Nasi Putih Kukus Pandan Wangi, Nasi Jagung Bergajus, Nasi Briyani Kismis Emas, Nasi Bukhara & Nasi Hujan Panas, Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi, Ketam Masak Cili ‘Chef Mong Style’, Kerang Tumis dengan Cili Kering, Ikan Patin Gulai Tempoyak dan banyak lagi


Apa yang istimewa tentang Iftar di Concorde Hotel Shah Alam ialah suasana Bazar Ramadan dengan kegemaran ramai seperti Sup Kambing Mamak, Popia Basah, Roti John Mayonis Bersusu, Murtabak & Roti Jala, Goreng-goreng seperti Keropok Lekur, Pisang, Keledek, Pisang Goreng dan banyak lagi





Tidak ketinggalan juga untuk mereka yang gemar mengakhirinya dengan pencuci mulut yang lazat seperti Agar-Agar Buah Pic, Tart Badam, Aneka Kuih Melayu
Bubur Kacang Hijau, Cendol, Lai Chi Kang, ‘Chocolate Fountain’, Ais Krim dan Perasa, Ais Kacang dan banyak lagi

Hilangkan dahaga anda dengan minuman seperti:

Air Bandung
Air Barli
Air Kembang Semangkuk
Air Sirap Pandan Selasih
Air Tebu
Air Teh Bunga
Nescafe Tarik
Teh Tarik.

Harga IFTAR DI CONCORDE ialah RM 140 bagi setiap orang dewasa, RM 108 bagi setiap warga emas dan RM 70 bagi setiap kanak-kanak berumur 5-12 tahun.


Sepanjang bulan Ramadan, tetamu boleh berehat dan bersantai dengan selesa di Hotel Concorde Shah Alam dengan kadar harga kamar Deluxe istimewa bermula dari RM 180 bersih setiap bilik setiap malam (bilik penginapan sahaja) atau RM 200 bersih termasuk 2 sahur atau sarapan pagi.



Untuk pertanyaan atau tempahan Ramadan, hubungi kami di:
Ramadan Centralized Counter | Lobby Level

T 603 5520 8000 | M 6012 289 8103 E vasanthi@concorde.net

Untuk pertanyaan atau tempahan bilik, hubungi kami di:

Tempahan bilik

T 603 5520 8000 | Ext 2500 or 2404 | E reservation-chsa@concorde.net