Sunday, April 10, 2022

Buffet Ramadan 2022 ‘Citarasa Simfoni Malaysia' Di Hotel Maya Kuala Lumpur

Hi Korang,


Kita sambung lagi citer makan-makan buffet ramadan 2022 ni ek.


Kali ni kita ke Hotel Maya Kuala Lumpur

Hotel Maya Kuala Lumpur menawarkan buffet ramadan yang bertemakan 'Citarasa Simfoni Malaysia' yang mana ianya menghidangkan menu makanan tempatan mahupun makanan antarabangsa.












Terdapat juga hidangan LIVE yang di sajikan panas-panas untuk korang rasai keenakannya.













Harga yang di tawarkan adalah :
RM 110+ bagi dewasa
RM 55+ bagi kanak-kanak (5 - 12 tahun)


Oh ya, kalau korang upload gambar kreatif korang ketika menjamu selera di sini, korang boleh memenangi penginapan semalam secara PERCUMA. Sebanyak 10 vouchers yang harus di menangi.


Untuk tempahan dan pertanyaaan, sila hubungi :
events.admin@hotelmaya.com.my



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di sosial media berikut :

Website:

Facebook:

Instagram:



Info sampingan lainnya:
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement.
Ruang makan yang luas dan selesa.


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.


Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau


Saturday, April 9, 2022

Staycation Di Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya

Hi Korang,

Citer staycation ni berlaku 2 hari sebelum puasa, maklumlah stress keja yang melampau-lampau so nak rasa chill chill so ktorang plan nak tido hotel weekend tuh. Malas nak cari yang jauh-jauh so ternampak plak Park Inn by Radison Putrajaya ni maka teruslah kitorang check in hari jumaat tuh.

Memang tak de plan apa pun, packging baju then balik keje tuh terus je kemari alah dekat kan, Mr Big pun balik keja park motor then terus amik grab je hah.


Bagi kak lily, lokasi Park Inn by Radison ni sangat strategik kerana ianya berada di laluan hendak ke Putrajaya dan terletak betul-betul berhampiran UNITEN dan IUKL. So kalau korang ada konvokesyen ke wedding ke even training yang berhampiran dengan kawasan Bangi, Kajang dan Putrajaya, hotel ini amat bersesuaian sekali. Lagipun ianya boleh diakses melalui Utara Selatan Lebuh raya dan kira-kira 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).


Terdapat 220 buah bilik keseluruhan dengan 5 jenis bilik dan kak lily memilih menginap di bilik jenis superior room yang bersaiz 25m2 kaki persegi yang dilengkapi dengan katil bersaiz King. 







Bilik ini juga dilengkapi dengan segala kemudahan sepertimana yang terdapat di setiap hotel lazimnya. Malah TV LED flat screen yang berukuran 40 inci turut disediakan bagi keselesaan korang yang menginap di sini.

Antara kemudahan lain yang urut disediakan di hotel Park Inn by Radisson Putrajaya adalah surau lelaki dan perempuan, gym, kolam renang dan restoran.

Kiosk Comel Untuk Dapatkan Snek

Untuk korang yang kaki snek memalam dan cepat lapo serta manjang je nak mengunyah ??



Jangan bimbang kerana di bahagian lobby hotel juga terdapat pelbagai minuman dan snek yang boleh dibeli oleh pelanggan.

Pelbagai hidangan di RBG Restoran, Park Inn by Radisson Putrajaya


Memang betul ktorang memang makan tido makan tido bila menginap di sini. Dah nama pun berehat kan so apa jua buffet yang ada di Park Inn by Radison ni habis ktorang cuba hah. Lagipun senang makanan dah ade depan mata so makan jelah kan.



Restoran RBG ini bagi kak lily sangat comel walaupun ruangnya tidak sebesar mana tapi nampak luas kesan daripada penggunaan deko warna-warna terang lagi menyerlah.

Di kategorikan berstatus A, restoran ini menghidangkan pelbagai jenis menu makanan yang korang idamkan. Of courselah kak lily tak lepaskan peluang untuk mencuba hidangan sarapan pagi, steamboat mahupun hidangan hi tea.








Untuk sarapan pagi, terdapat pelbagai menu di sediakan termasuklah nasik lemak, kuih muih, bubur , pencuci mulut dan banyak lagi. Bagi mereka yang menginap di sini, harga bilik adalah termasuk sarapan untuk 2 orang.

Steamboat di RBG, Park Inn by Radisson Putrajaya

Hidangan steamboat di sediakan pada setiap hari jumaat dan sabtu bermula dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.









3 jenis sup iaitu clear soup, tomyam soup dan kari. Mostly ramai yang memilih kuah sup biasa dan juga tomyam

Harga untuk steamboat adalah seperti berikut :

Dewasa : RM44.50++/pax (minima 2 pax)

Kanak-kanak : RM27.90++/pax (usia dari 6-11 tahun)

Bagi peminat makanan bergill, terdapat dapur pemanggang yang membolehkan korang memanggang sendiri makanan korang. Harga untuk grill pula adalah bermula dari RM58.8/pax.

Ktorang bukan kaki pedas so order je sup biasa je, bahan-bahan untuk steamboat memang pelbagai dan sedap-sedap plak tuh. Di tambah plak dengan ktorang order grill sekali maka bertambah lazat dan enak lagi hah.

Lepak makan-makan sampai sampai habis waktu hah.

Weekends Hi-Tea Buffet di RBG, Park Inn by Radisson Putrajaya

Pada setiap hujung minggu iaitu pada hari sabtu dan ahad turut menghidangkan buffet hi tea hujung minggu di RBG restoran









Hi tea ini bermula dari pukul 12.00 tghari sehingga pukul 4 petang. Terdapat pelbagai hidangan menarik yang boleh korang cuba dan sedap-sedap belaka tau

Harga

Dewasa : RM49.90 /pax

Kanak-kanak : RM29.90 pax (5 tahun sehingga 12 tahun)

Lepas hi tea ktorang naik bilik dan sambung tido lagi hehehehhe



Tak sempat nak guna swimming pool dan gym sebab lupa nak bawak baju hah. Next time wokeh, there will be next time for us again.

Jom kite ke:-


Park Inn by Radison Putrajaya
Jalan Universiti, Taman Unipark Suria,
43000 Kajang, Selangor

Phone: 03-8911 1999




Nanti kita sambung lagi cuti-cuti staycation kat Kuala Lumpur ni ek