Monday, January 24, 2022

Jana ONG Korang pada Tahun Baru Cina ini dengan Peraduan Hari-HariMau ONG Nestle

Hi Korang,

Rasa Ong (tuah) anda sudah tiba? 


Jom sertai Peraduan Hari-HariMau Ong Nestle Sedia Untuk Diminum (RTD) edisi 2022 dan anda mungkin salah seorang daripada lapan rakyat Malaysia yang betul-betul ONG untuk membawa pulang Tin Emas MILO atau NESCAFE RTD edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu! 


Hadiah yang ditawarkan sekali seumur hidup ini diperbuat daripada emas 999 seberat +-150gm. Empat orang pemenang Hadiah Utama ini akan diumumkan pada setiap bulan sepanjang tempoh dua bulan peraduan ini berlangsung iaitu dari 3 Januari hingga 28 Februari, 2022.


Selain itu, pelbagai hadiah lumayan lain turut boleh dimenangi menerusi peraduan ini dalam bentuk ganjaran tunai pada setiap dua minggu peraduan berlangsung. Seramai 40 pemenang akan meraih hadiah tunai RM1 ,888 manakala 320 orang lagi bakal memenangi wang tunai RM288. Secara keseluruhannya, 368 pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah dengan nilai keseluruhan mencecah RM487, 700 sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 40 peratus dari segi bilangan pemenang berbanding peraduan edisi 2021.

April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestle (Malaysia) Berhad berkata, "Kami amat teruja untuk kembali menganjurkan peraduan Tahun Baru Cina popular ini buat para pengguna kami dan menawarkan mereka peluang untuk memenangi hadiah tunai. Berikutan pembukaan ekonomi negara secara beransur-ansur sejak beberapa bulan yang lalu, kami harapkan hadiah-hadiah ini dapat terus menyuntik lagi semangat rakyat Malaysia untuk kembali pulih. lni merupakan antara inisiatif kami untuk terus menyokong para pengguna kami, selain merakamkan penghargaan atas sokongan orang ramai terhadap Nestle. Tin Emas RTD edisi terhad bersaiz hidup ini kini ditawarkan buat julung kalinya melalui Peraduan Hari-HariMau Ong Nestle RTD. Hanya lapan pemenang bertuah di seluruh negara berpeluang memenanginya, sekali gus menjadikan Tin Emas ini barangan koleksi yang cukup bernilai!"

Peraduan Hari-HariMau Ong Nestle RTD terbuka kepada semua penduduk di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan dokumen pengenalan sah. Berikut adalah langkah-langah penyertaan:



Langkah 1: 

Beli mana-mana produk Nestle Sedia-Untuk-Diminum (MILO UHT/Tin/Botol, Tin/Botol/Cawan NESCAF~, JUST MILK UHT, OMEGA PLUS UHT dan Botol LIVELY TEA) dengan nilai minima RM6 dalam sekeping resit tunggal di kedai-kedai yang turut serta. Setiap resit layak untuk satu penyertaan sahaja.

Langkah 2: 

Catat nama dan nombor pengenalan anda di muka depan resit tersebut.


Langkah 3: 

Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan ke talian WhatsApp 018-388 2921.

Rangkaian Nestle Sedia-Untuk-Diminum telahvpun berkembang dari sekadar jenama popularnya iaitu MILO, NESCAFE dan OMEGA PLUS. Kini, ia juga membariskan jenama minuman teh yang diseduh dengan adaptogen yang diberi nama LIVELY TEA. Minuman LIVELY TEA boleh didapati dalam tiga varian teh hitam yang menampilkan gabungan adaptogen yang diekstrak daripada guarana, salap lemon dan beri schisandra - sesuai untuk sambutan Tahun Baru Cina kali ini!


Selain dinikmati bersendirian atau bersama orang tersayang, kepelbagaian perisa yang ditawarkan rangkaian Nestl~ Sedia-Untuk-Diminum sememangnya cukup sesuai untuk sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina, membolehkan anda menghidangkan aneka minuman popular kepada tetamu yang datang melawat.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dearnestle.com.my/peraduan-nestle-rtd-hari-harimauong.

Friday, January 21, 2022

SUKE TV Meraih Pembiayaan MDV Dalam Usaha Merealisasikan Pengalaman Penyiaran Berwawasan

Hi Korang,

Rangkaian penyiaran tempatan, SUKE TV, telah berjaya merangkul pembiayaan dari Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), sebuah syarikat subsidiary Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MOF (Inc)] sekaligus mencipta sejarah melalui sebuah majlis hari ini.


Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV; Khairul Azwan Harun, Pengerusi MDV; dan Nizam Mohammed Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif MDV. Turut menghadiri majlis tersebut adalah pengurusan SUKE TV dan MDV, serta pelbagai media dan portal berita tempatan.


Perjanjian pembiayaan tersebut akan menyaksikan MDV menyalurkan kewangan untuk menyokong visi dan misi SUKE TV sebagai rangkaian penyiaran yang didorong oleh harapan, hati dan nilai - a product built by Malaysians, for Malaysians. SUKE TV berhasrat untuk membawa kembali kebahagiaan kepada kehidupan rakyat Malaysia, terutamanya dengan COVID-19 dan bencana-bencana alam telah menggegarkan negara sejak kebelakangan ini. Sebagai platform menyeluruh yang akan memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia tanpa mengira jantina, bangsa, agama atau latar belakang, SUKE TV merancang untuk menyampaikan kegembiraan melalui hiburan terus ke kaca TV di rumah penonton.

SUKE TV bukan sahaja diasaskan untuk individu, tetapi juga untuk memperkasakan industri perniagaan tempatan. Rangkaian media tersebut juga berharap dapat mewujudkan saluran komprehensif untuk usahawan tempatan mempromosikan dan mengiklankan produk mereka melalui pelbagai slot masa siaran inovatif SUKE Shop dan SUKE HATI.

SUKE TV ialah saluran unggul yang membolehkan sesiapa sahaja menjadi bintang rancangan mereka sendiri. Menerusi saluran ini, individu dari seluruh negara bukan sahaja dapat mempromosikan produk dan jenama mereka secara langsung, tetapi juga dapat mempamerkan bakat mereka atau menyampaikan ucapan istimewa kepada orang tersayang. Dengan penyiaran di TV dan web, interaksi bersama penonton juga akan meningkat dan dipelbagai; dan perniagaan yang dipromosikan juga akan menerima lebih banyak minat dan jualan masa nyata daripada bakal pelanggan mereka.

Melalui program dan saluran ini, usahawan-usahawan negara akan mempunyai pilihan yang lebih mudah dan berpatutan untuk mengiklan di TV dan digital, sejajar dengan matlamat SUKE TV untuk menyokong perniagaan tempatan.


Mengulas mengenai kerjasama bersama MDV, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, Dato’ AC Mizal berkata SUKE TV amat berbangga dengan detik bersejarah tersebut dan berterima kasih atas bantuan MDV.

“Dengan pembiayaan MDV, kami kini dapat mengukuhkan lagi kehadiran dan tempat kami di kalangan pemain industri yang lain sekaligus membantu kami mempromosikan produk Malaysia sejajar dengan hasrat kami untuk sentiasa menyokong perniagaan tempatan,” tambahnya.


Sejak dua dekat yang lalu, MDV adalah perintis negara dalam menyalurkan pembiayaan kepada syarikat dalam sektor berasaskan teknologi, yang biasanya kurang mendapat sokongan daripada institusi-institusi kewangan komersial di Malaysia.

Pengerusi MDV, Encik Khairul Azwan Harun mengulas bahawa sebagai sebuah rangkaian penyiaran, SUKE TV membawa idea-idea bernas dan relevan yang berpotensi untuk meningkatkan lagi pembangunan dan perkhidmatan industri hiburan tempatan.

“MDV berbesar hati kerana dapat menyumbang terhadap perkembangan SUKE TV dan kami tidak sabar untuk melihat pertumbuhan dan kejayaan rangkaian ini pada masa akan datang."

Serba sedikit fakta mengenai SUKE TV

SUKE TV, yang akan dilancarkan secara rasmi tahun ini, telahpun berjaya merangkul anugerah pertamanya melalui penamaan Dato' AC Mizal antara 100 TOP YOUNG CEO 2021 Lifetime Achievement Ikon dalam industri hiburan dan perniagaan.


Dapat Jugak Berstaycation Hotel Di Kuala Lumpur

Hi Korang,

Payah betul nak spend time dengan keluarga kan??

Walaupun ktorang nieh duduk dekat-dekat jer tapi nak jumpe tuh lately ni agak payah sket sebab memasing ada aktiviti sendiri di hujung minggu kan.

Dan bila kita ada limited time dan ruang untuk berehat maka haruslah kita mengambil kesempatan ini sebaik mungkin. Di musim-musim pandemik ni nak berjalan jauh agak susah jugak kalau kita sekeluarga beramai-ramai.

Yang paling mudah lokasi bercuti ada mencari hotel di Kuala Lumpur

Dan kebetulan pulak, hujung Disember tahun lepas ada sambutan hari jadi mama so ktorang sekeluarga plan untuk bercuti walaupun hanya di waktu hujung minggu.

Puas jugak membelek-belek segala jenis hotel di sekitar Kuala Lumpur ni untuk mencari hotel promo dan kebanyakannya penuh di sebabkan sambutan perayaan Krismas, segala mak neka laman web kami cari but still banyak yang sold out. Tup-tup my sister suggests, not why check di website Traveloka mana tau kot kot ade rezeki kat situ.

Memang penyelamat bethol lah si Traveloka ni ek hehehee


Yesza setelah pilih punye pilih akhirnya ktorang memilih Grand Hyatt Kuala Lumpur je sebab harga yang di tawarkan ketika itu amat berpatutan bagi kami sekeluarga.

GRAND HYATT Siot!!!! tempat orang-orang upper class tuh tapi ktorang managed dapat duduk kat sini jugak tau

Nampak macam halus je struktur bangunannya tapi kalau korang nak tau yang Grand Hyatt hotel ini mempunyai 411 bilik tamu yang luas termasuk 42 suite dengan pemandangan latar belakang yang menakjubkan.

Jadinya hujung minggu tersebut, kami sekeluarga berehat di hotel yang boleh di katakana agak mewah jugak. Pertama kali ketika berada di sini ya ampun bestnya, bilik yang selesa, makanan yang enak-enak dan pemandangan yang indah.

Yang paling kak lily suker adalah main lobinya yang di gelar ‘Sky Lobby’ kerana terletak tingkat 38 yang berlatarbelakangkan pemandangan panoramik. Sempat ktorang bergambar di sini sebagai kenangan.


Di sebabkan ada anak-anak sedara kak lily so ktorang tidak turun makan di restoran pun sebab nak jarakkan dan nak elakkan jangkitan covid, mostly segala makanan dan minuman kami pesan dengan menggunakan khidmat room service.

Petangnya kami sekeluarga berjalan sambil beriadah di taman KLCC


Kalau korang tau, taman ni merupakan tempat lumba kuda terdahulunya dan kini di jadikan taman yang cukup indah dan juga terdapat tempat permainan kanak-kanak yang besarnya 2 ekar.


Sempat juga kak lily berjogging petang itu tapi treknya tak lah panjang pun hanya 1.3km sahaja tapi terdapat banyak peralatan untuk bersenam di sekitar taman ini dan kalau korang ingin bersiar-siar terdapat laluan pejalan kaki dan jambatan kecil merintangi kolam yang amat sesuai di jadikan tempat untuk berOOTD hehehhe ini kan trend masa kini.



Malamnya selepas acara makan malam sambil meraikan harijadi mama, kak lily dengan hubby keluar berdua untuk supper, yelah saje-saje nak ambil angin malam di bandaraya Kuala Lumpur sambil mencari makan.


Of courselah ktorang ke TAPAK Urban Street Food. Sukerlah wei sebab terdapat pelbagai jenis menu makanan yang korang boleh dapati di sini. Haruslah kak lily order churros dan burger dan juga fries buat kunyah-kunyah sambil jalan balik ke hotel.

Overall ini merupakan staycation yang paling seronok yang kak lily rasa kerana kebanyakan masa ktorang habiskan di dalam bilik hotel dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti main cards, makan-makan bersama-sama.

Definitely kak lily akan booking lagi Grand Hyatt Kuala Lumpur ni sekali lagi tau lepas nieh.

Nak jugak rase mandi dalam bathtub mengadap KLCC ekk hehehehehe...