Saturday, July 10, 2021

Adakah Korang #imBAXinAction?

Hi Korang,

Tidak disangka bahawa pandemik COVID-19 adalah suatu yang baharu dan amat mencabar bagi rakyat Malaysia. Penguatkuasaan langkah-langkah sekatan pergerakan juga menyebabkan perniagaan terpaksa digulung dan individu kehilangan pekerjaan.

Di peringkat global, barisan pertahanan pertama bagi penyakit berjangkit adalah untuk mengamalkan tabiat kebersihan yang baik dengan kerap mencuci dan menyahkuman tangan menggunakan cecair pensanitasi tangan berasaskan alkohol.


Sehubungan itu, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal No. 1 di Malaysia, memperkenalkan kempen “I am Back In Action” (“Saya Kembali Beraksi”) atau singkatannya #imBAXinAction yang bertujuan untuk menghimpunkan rakyat untuk bersatu-padu dengan lebih kukuh dalam era norma baharu.

“Sebelum pandemik ini lagi, Antabax secara aktif telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan institusi-institusi pendidikan swasta dalam mendidik masyarakat umum tentang kepentingan kebersihan tangan menerusi penganjuran pelbagai kempen. Ini termasuk “Tangan Bersih, Hidup Sihat”, yang mana kami amat berbangga kerana berpeluang mendidik lebih dua juta rakyat Malaysia cara yang betul untuk membersihkan tangan mereka. Apabila COVID-19 menjadi pandemik, kebersihan tangan menjadi lebih penting. Kami telah menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk-produk pembersihan dan pensantiasi tangan dalam tempoh setahun setengah lalu,” kata Fiona Huang, Pengurus Kanan Produk Antabax.


Kempen #imBAXinAction akan melibatkan beberapa siri pengaktifan untuk memberikan keyakinan dan perlindungan kepada rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan harian mereka di dalam norma baharu ini, dan juga mematuhi Prosedur Operasi Standard (“SOP”) yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Kempen berkenaan akan menampilkan penyanyi rap berhijab tempatan, Noor Ayu Fatini, atau lebih dikenali sebagai Bunga. Menerusi muzik dan seni, beliau akan mendidik masyarakat umum tentang kepentingan mengamalkan SOP.


Sebagai sebahagian daripada usaha jenama ini dalam melindungi negara, #imBAXinAction akan menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, satu program imunisasi yang terbesar dalam sejarah negara, menerusi pengagihan Penyembur Pensanitasi Tangan Antabax (Antabax Hand Sanitizer Spray) kepada individu-individu yang telah mendapatkan suntikan vaksin. Jenama ini akan bekerjasama dengan peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta terkemuka, KPJ Healthcare Berhad (“KPJ” atau “Kumpulan KPJ”) dalam menyokong inisiatif ini.


Pengagihan sumbangan melibatkan empat (4) hospital pakar Kumpulan KPJ iaitu KPJ Tawakkal KL, KPJ Selangor, KPJ Ampang Puteri dan KPJ Damansara mulai 23 Jun 2021. Selain itu, semburan pensanitasi tangan juga akan disediakan di Sunway Putra Mall bagi orang ramai yang mendapatkan vaksin di Pusat Dagangan Dunia (“WTC”) Kuala Lumpur.

“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan kempen ini, dalam penyumbangan kepada negara. Menerusi sumbangan produk-produk Antabax ini, kami berhasrat untuk menolong jutaan rakyat Malaysia yang sedang melalui masa yang mencabar ini,” tambah Fiona.

Menyentuh mengenai kerjasama berkenaan, Ketua Pegawai Korporat KPJ Healthcare, Puan Ariesza Noor berkata, “Kita sekarang sedang bergerak pantas dalam menyokong usaha Kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia, khususnya menerusi ujian saringan dan pemvaksinan COVID-19. Kerjasama kami dengan Antabax bersesuaian dengan inisitiatif-inisiatif yang dilaksanakan Kumpulan KPJ. Kami mengendalikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang berada di hospital-hospital kami, serta mengambil bahagian di PPV Mega yang terletak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KL Convex. Kami amat positif dengan kerjasama dengan Antabax dan komited dalam mencapai matlamat sama iaitu melindungi kesihatan rakyat Malaysia.”

Sebagai tambahan kepada sokongan terhadap inisiatif pemvaksinan, Antabax juga menganjurkan pelbagai peraduan menerusi laman sosial dan memberikan ganjaran berupa baucar Shopee sepanjang tempoh kempen. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada #imBAXinAction dan ketahui lebih lanjut berkenaan kempen-kempen serta inisiatif terbaharu dengan mengunjungi laman Facebook atau Instagram rasmi Antabax.

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 

Instagram : 

Friday, July 9, 2021

PKP 3.0 Lebih Hebat Cabarannya

Hi Korang,

Kak lily tak tau dah berapa lama kite ni berPKP kan?? Rasanya dah setahun lebih dah kot. Memang tak tentu arah hidup macam ni di buatnya

Kalau nak di bayangkan dari PKP yang terdahulu, rasanya yang ini memang memberi tamparan hebat bagi kita semua rakyat-rakyat marhaen di Malaysia ni kan.

Bagi kak lily setiap PKP ada cabaran dan fenomenanya yang tersendiri




PKP 1.0

Masa ni semua orang rasa happy dapat bekerja dari rumah. Munculnya trend-trend seperti semua orang jadi chef, semua orang sibuk buat Dalgona Coffee, semua orang sibuk berkebun bagai, menari-menari di Tik Tok dam memacam lagiklah. Even kak lily pun terikut-ikut buat jugak, barulah ikut trend kan. Yang best tuh, membeli belah secara online memang jadi trend lah, kak lily ari-ari dapat parcel pun hah, walaupun aku cuba beli sabun mandi je tapi dah Bahagia dah hahahaha

Dan semua orang takut betul nak keluar rumah, semua ikut prosedur. Polis pun lalu Lalang setiap petang kat taman rumah akak ni, orang pun duk menikus je dalam rumah kan.


PKP 2.0

2 minggu je duduk rumah dah tuh kene kerja so kehidupan kembali normal sket jer, yelah kene pi keje. Tapi nak makan susahnya la hai, kedai ade tapi rider plak tak ramai. Lepas tuh reda sket, dapatlah ber PKPB so bolehlah berjalan ke mall sket kan. Dapat makan kat restoran walaupun meja jauh-jauh kan. Kedai-kedai kecik boleh berniaga seperti biasa ini sudah syukur rasanya


PKP 3.0

Pada mulanya ktorang dapat surat MiTi so kenalah pi kerja tapi rase tak selamat sebab bangunan office tower ktorg tuh, ramai dah mula kena positif Covid mostly staff Huawei. Ya ampun, seram-seram nak tekan button lift cam tuh, balik pun terus balik rumah hah. Tup-tup surat Miti kena tarik plak hah sebab companya ktorang consider non-essential hah. So mulalah balik WFH sampailah ke hari ni dah lebih sebulan pun hah.

Tapi PKP3.0 kali ni..

ramai yang merana, company kecik mula tutup sebab tak boleh sustain, ramai pekerja kena buang, kedai-kedai makan kecik-kecik mulai tumbuh macam cendawan. Orang dah kurang membeli belah barang merepek-repek hah semua duk sibuk beli barang keperluan rumah sebab lebih murah. Walaupun kedai makan banyak di buka untuk takeaway dan delivery mostly ramai orang dah mula masak di rumah, masak simple-simple pun tak per janji dapat berjimat.

Disebabkan desakan hidup, kempen #benderaputih di wujudkan, terima kasih kepada yang memberi idea. Ramai betul rupanya orang yang kehabisan barang makanan di sebabkan tak mampu nak beli. Bukan sebab miskin tapi perbelanjaan tak mencukupi, rela membayar hutang kereta, hutang rumah, hutang kredit kad, hutang pinjaman asalkan tidak di black list, sanggup mengikat perut.

Ini memang sedih sangat sebab yang terkena tuh kekadang rumahnya besar, 2 tingkat, kereta mewah tapi di sebabkan company terpaksa tutup, bisnes tak boleh jalan mereka jadi sebegini.

Itulah dia penangan PKP3.0..

Sangat -sangat mencabar, even kak lily sendiri terasa jugak. Yelah kita dah selalu bekerja tup-tup berkurung lama ermm boleh naik gila rasanya. Alhamdulilah setiap hari masih boleh makan seperti biasa, walaupun simple-simple tapi cukuplah untuk ktorang berdua. Nasib selera tak begitu hebat macam muda-muda dulu heheheheh ewahhh..

Cepat-cepatlah PKP ni habis yer, walaupun Covid 19 ni belum tentu akan hilang dalam sekelip mata, at least kita boleh hidup seperti biasa walaupun di dalam norma baru. Masih boleh bekerja, masih boleh balik kampung jumpa keluarga, masih boleh makan di luar, masih boleh jumpa kengkawan itu pun dah bersyukur dah

Insyallah…



Nikmati tawaran beli-belah sempena ‘Crazy Grand Sale’ di Go Shop!

Hi Korang,

Ayuh kita dapatkan produk berjenama pada harga berpatutan


Go Shop, platform beli-belah dalam talian dan e-dagang utama di Malaysia sedang mengadakan jualan Crazy Grand Sale sehingga 23 Julai dengan pelbagai tawaran hebat produk terlaris bermula harga serendah RM99 dan potongan sehingga 80%. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran menarik ini sekarang dan dapatkan potongan RM20* untuk pembelian seterusnya.

Pelanggan juga dapat menikmati pelbagai program baharu yang menampilkan perkakas rumah, peralatan dapur, barangan kesihatan dan banyak lagi menerusi program Pak Nil in the House pada setiap hari Rabu jam 11 pagi hingga 4 Ogos dan Zero to Hero jam 11 ​​pagi pada 15, 18 dan 29 Julai, di saluran Astro 118. Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, pelanggan juga bakal disajikan dengan program Kerlipan Aidiladha pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi di saluran Astro 120 hingga 30 Julai.

Berikut adalah senarai antara produk terlaris di Go Shop yang menanti:

· Periuk Tekanan Pintar Primada (Intelligent Pressure Cooker)

· Penggoreng Udara Nakada

· Basikal senaman Ultra Zero eZ

· Pembersih Vakum Tanpa Wayar Khind

· Periuk Shogun Chef Wan 40CM IH

· Baju kurti Leanen

Ikuti rangkaian saluran Go Shop di Astro - Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120), CH111 dalam Bahasa Malaysia atau CH303 dalam Bahasa Mandarin, dan saluran MYTV 120. Program TV Go Shop juga boleh distrim melalui laman web dan aplikasi mudah alih. Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store untuk berbelanja sekarang.



 

Para pelanggan yang membelanjakan minimum RM150 dalam tempoh kempen boleh menikmati potongan harga RM20 untuk pembelian seterusnya pada bulan Ogos.