Hi Korang,
Memang masa anak
dara dulu, kak lily dah plan nak beli rumah beli kewangan dah stabil. So
berusahalah menyimpan duit, mengikat perut, berjimat, jarang keluar makan,
masak sendiri dan akhirnya dapat jugak kak lily memiliki rumah comel yang
sekarang ni kak lily diami ini.
Terasa lama
jugak nak mengumpul wang pendahuluan!
Bayangkan mereka
yang telah lama berhasrat untuk memiliki rumah sendiri tapi tidak berkesampaian
lagi akibat harga rumah yang semakin hari semakin meningkat. Di zaman teknologi
ini, segala-galanya mahal termasuklah air kosong secawan pun di kira RM1.00.
Jadi
kesudahannya, mereka-mereka yang belum berkemampuan ini terpaksa menyewa sambil
menyimpan duit deposit yang kebanyakannya pemaju mengenakan harga yang tinggi
jugak.
Tapi takkanlah
kita nak duduk menyewa sampai ke tua, nak jugaklah merasa duduk rumah sendiri
walaupun kecil kan.
Jadinya kak lily
perkenalkan satu kawasan perumahan baru
di
bawah projek perumahan HANNA @ Laman Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan di bawah
syarikat pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad ternyata kak lily rasakan sangat berbaloi dan
mampu dimiliki oleh semua orang.
Dan yang best tuh untuk permulaan korang sebagai
pembeli hanya perlu sediakan RM1000 sebagai yuran
tempahan rumah. I can’t believe it!!
Perumahan HANNA, Laman Sendayan, Bandar Sri
Sendayan
Bagi projek perumahan HANNA @ Laman Sendayan ini akan dilancarkan pada May 2021 ni
dan dijangka pada kuater keempat tahun 2023 nanti.
Bagi
kak lily lokasi tidak menjadi masalah sekarang ini, jika korang bekerja di
Kuala Lumpur mahupun Negeri Sembilan kerana Laman Sendayan ini mempunyai laluan
aksesibiliti memang banyak di antaranya seperti North-South Expressway
(PLUS), Seremban-Port Dickson Highway, Senawang-KLIA Expressway (dalam
peringkat cadangan pembinaan) dan KLIA Linkage.
Kalau korang nak tau yang Perumahan Hanna ini,
harga kediaman teres 2
tingkat ini serendah daripada RM400K sahaja. Kalau
nak di bandingkan dengan kawasan perumahan yang lainnya, harganya sudah
mencecah sehingga RM500K. Kak lily rasa agak berbaloi jika dilihat pada jurang
perbezaan harga adalah lebih kurang 100K nilainya.
Kadar faedah pinjaman dari bank juga rendah dan ini
tidak akan membebankan pembeli. Cuba bayangkan dengan bayaran lebih kurang
RM1400 sahaja sebulan korang mampu memiliki kediaman sendiri. Kalau sekarang ni
korang membayar sewa bulanan rumah sehingga beribu ringgit yang memang bukan
jadi hakmilik korang, kini tidak lagi. Wang ansuran yang selebihnya korang
boleh asingkan untuk membuat pengubahsuaian seperti memasang grill,
mengecat dinding, memikirkan konsep rumah dan memacam lagi.
Rekaan Rumah Luas Dan Selesa
Kak lily tunjukan pelan lantai bagi kedua jenis
iaitu Type A dan Type A1
Untuk kediaman fasa
HANNA @ Laman Sendayan ini
ditawarkan 2 jenis unit rumah iaitu Type A dan Type A1. Kedua rumah ini
mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Keluasan kedua unit jenis rumah HANNA
ini adalah bermula dari 2152 kaki persegi.
Apa yang membezakannya adalah saiz rumah di mana
Type A 20' x 65' manakala untuk Type A1 adalah 20' x 70'.
Kemudahan Kawasan Perumahan Yang Menarik
Salah satu faktor pemilihan lokasi
kawasan perumahan yang seseorang pembeli inginkan adalah kemudahan awam yang
disediakn kan. Macam kak lily, ada tempat untuk berjogging dan swimming pool
jadilah kan.
Bagi mereka yang bekeluarga mereka
memerlukan lebih lagi kemudahan dan infrastruktur yang disediakan seperti adanya taman permainan dan tempat riadah yang
lebih luas.
Di kawasan perumahan
HANNA @ Laman Sendayan bukan hanya menyediakan taman
permainan sahaja, bahkan fasiliti rekreasi turut disediakan. Antaranya seperti
gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, laluan reflekslogi, gazebo
dan outdoor gym. Ermm banyak
jugak kemudahannya, maka senanglah para penduduk untuk melakukan aktiviti
beriadah tanpa keluar dari kawasan perumahan.
Selain itu pembeli kediaman HANNA
juga akan diberikan keahlian PERCUMA d'Tempat Country Club. Antara fasiliti
yang disediakan di d'tempat Country Club adalah seperti kolam renang,
gymnasium, mini teater, bilik sauna dan pelbagai lagi.
Selain itu berdekatan dengan Laman
Sendayan terdapat juga sekolah iaitu Matrix
Global Schools, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan. Terdapat juga
pusat membeli-belah dan tempat beriadah seperti Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, Sendayan
Metropark, Sendayan Green Park dan Sendayan TechValley.
Nasihat Untuk Korang Sebagai Pembeli Rumah Pertama
Kita
harus memikirkan jangka panjang mengenai sesuatu pembeli asset terutamanya
sekali rumah kerana harga rumah semakin hari semakin meningkat, jikalau kita
lambat bertindak maka ada harapan untuk kita tidak dapat memiliki rumah untuk
diri kita sendiri dan akhirnya kita menyewa dan menyewa sehingga akhir hayat
kita.
Sebenarnya
terasa rugi kalau kita duduk menyewa pada hakikatnya kita mampu untuk
menyediakan satu kediaman indah untuk kita sekeluarga.
Seperti projek fasa kediaman HANNA yang dijangka
siap pada suku tahun keempat 2023 dengan harga daripada
RM400,000. Rugi rasanya jika tidak
direbut peluang keemasan ini.
Sekiranya korang berminat dan ingin dapatkan info
lebih lanjut.mengenai fasa kediaman HANNA, boleh layari :-
http://lamansendayan.com/project/project-hanna.html
#HANNA
#LamanSendayan
#JOMBELIDONSEWA
#ModernHomes
#OwnHome
#FirstHomeOwner
#DreamHome
#NewHome
#Freehold
#LandedProperty
#SelfSustainingCity
#PropertyforInvestment
#PropertyforSale
#PropertyMarket
#NegeriSembilan
#BandarSriSendayan
#BSSDevelopment