Tuesday, April 6, 2021

APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?

Hi Korang,

Biasa dengarkan tajuk begini? 

Segelintir yang tidak tahu hujung pangkal, akan mudah menjatuhkan hukum kepada peniaga Muslim hanya kerana perbezaan harga tanpa mengkaji di sebaliknya. Imej peniaga Muslim sering dihujani dengan negativiti.


Sama juga dengan topik minyak masak yang baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas diumumkan kenaikan harga disebabkan minyak sawit mentah (CPO) melebihi RM4,000 per tan metrik pada awal Mac lalu.

Berikutan kenaikan harga minyak, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata, hal ini telah menimbulkan rungutan masyarakat dan pasaran tempatan namun kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi bergantung kepada CPO dan harga pula ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan.

Kenaikan harga minyak masak ini turut memberi tekanan kepada syarikat pengeluar minyak masak termasuk Minyak Masak Kijang Gold. Produk minyak masak keluaran Purity International Sdn Bhd iaitu syarikat 100% Bumiputera Muslim turut mendapat tempias apabila dilabel sebagai ‘harga Yahudi’ hanya kerana sedikit perbezaan harga.

Puan Hajah Sabimi, pengasas Purity International dan Kijang Gold


Pengasas Kijang Gold, Puan Hajah Nor Sabimi Mohamed Aluwi berkata, kecaman yang dihebahkan itu tidak benar sama sekali kerana rata-rata pengguna setia produk mereka menganggap harga minyak masak jenama itu sangat berpatutan selaras dengan kualiti.

Puan Hajah Sabimi, pengasas Purity International dan Kijang Gold



“Walhal jika dibandingkan jenama lain yang menggunakan sama kualiti, biasanya harga minyak mereka sebenarnya lebih tinggi tetapi mungkin segelintir pengguna boleh menerimanya kerana jenama mereka sudah lama bertapak di pasaran.

“Pemilihan minyak masak perlu dititikberatkan oleh pengguna bukan sahaja daripada faktor harga, malah pemilihan siapa pengeluarnya, kualiti dan jenis minyak yang digunakan. Penting kerana ia bukan sahaja mendatangkan risiko kepada kesihatan, namun kesucian dan kebersihan sesuatu produk juga perlu diambilkira,” katanya.

Wanita tegas yang juga CFO kepada Purity International ini amat menyarankan agar pengguna memilih produk minyak masak yang sememangnya diyakini keluaran 100% Muslim serta tidak membiarkan diri mereka terjerumus dalam lembah syubhah hanya untuk mendapatkan harga yang murah.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Purity International, Haji Mohd Zaidi Ismail turut menyatakan simpati kepada ramai pengguna minyak masak kerana mereka dikelirukan dengan ‘jenama berbaur Muslim’ di pasaran sedangkan pengeluarnya belum tentu Muslim.

“Banyak juga pengeluar minyak masak menggunakan nama dan mengetengahkan ciri-ciri ‘Islamik’ serta menjual pada harga lebih murah untuk mengumpan sesetengah pengguna Muslim,” kata Mohd Zaidi.

Jenis minyak masak juga katanya, salah satu aspek yang mempengaruhi harga barangan keperluan itu sendiri. Minyak masak di pasaran tempatan mempunyai 3 jenis minyak yang berbeza iaitu CP10, CP8 dan CP6. Kebanyakan minyak peket atau lebih dikenali sebagai minyak subsidi, menggunakan CP8 atau CP10 kerana gred yang lebih rendah serta murah.

Segelintir pengeluar yang mementingkan keuntungan akan mencampurkan minyak masak kitar semula dan diletakkan peluntur serta pewarna tiruan yang sememangnya boleh ‘membunuh dalam diam’.


Bagaimanapun produk keluaran Kijang Gold menggunakan minyak yang berkualiti premium iaitu CP6 super olein yang baik untuk kesihatan. Penggunaan minyak masak CP6 atau minyak sawit merah bukan sahaja mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin E dan fitosterol, malah dapat mengawal penyakit jantung, katarak, rabun malam, kanser mulut, paru-paru, kulit, hati dan perut.

Disebabkan itu, pihak Kijang Gold sangat menekankan bahawa minyak masak keluaran mereka sangat bagus dan dijamin suci, halal serta berkhasiat.



Jenama Kijang Gold mula bertapak di dalam pasaran tempatan pada akhir tahun 2019 dan mula melonjak naik apabila produk mereka mula memasuki pasaran luar termasuk Kemboja, Myanmar, Maldives, Afrika dan Filipina.

Untuk mendapat maklumat terperinci tentang minyak masak Kijang Gold, sila layari Facebook Minyak Masak Kijang Gold, Instagram @kijanggold_official dan Twitter @kijanggold.



#minyakmasakkijanggold 
#bmf 
#palmoil 
#oil 
#cooking 
#food 
#foodporn 
#minyaksawit 
#vitamine 
#healthy 
#healthyfood 
#kelantan 
#malaysia 
#eats 
#halal 
#muslim 
#viral 
#trending 
#foodie 
#foods 
#foodstagram 
#socialmedia

Monday, April 5, 2021

Buffet Ramadhan 2021 ‘Citarasa Nusantara’ Di Palm Garden Golf Club, Putrajaya

Hi Korang,

Bermula senarai entri buffet ramadhan 2021 di www.ciklilyputih.com ini .

Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.


Kali ni kak lily bawa korang ke Palm Garden Golf Club yang terletak di Putrajaya walaupun hakikatnya ianya berada di kawasan daerah di dalam Selangor. So jangan bimbang, kak lily tak rentas negeri pun hah, sebelah rumah jer tempat nie.




Pada tahun ini, pihak Palm Garden Golf Club menyediakan buffet Ramadan yang bertemakan ‘Citarasa Nusantara di R5ve Cafe mulai 15hb April hingga 12hb Mei 2021









Sous Chef Radzi yang berbakat dan pasukannya menyediakan beberapa yang paling hidangan kampung yang dicari-cari seperti Ayam Golek, Mee Kari dan Kambing Golek di atas pemanggang yang terkenal. Terdapat juga Sate ayam dan daging, Fried Kuay Teow, Roti John dan Roti Canai yang boleh didapati setiap hari di bulan Ramadan.




Hidangan menu utama pula di hidangkan secara bergilir-gilir setiap hari, ini termasuklah Warung goreng-goreng – Burung Puyuh, Ikan Keli, Keropok Lekor, Hati Ayam, Pedal Ayam, Daging Masak Hitam, Telur Dadar Peria, Kari ikan bawal, Vietnam Beancurd, Ayam Berempah,Gulai Daging Tetel, Ayam Pencen Masak Lemak Cili Api dan banyak lagi.

Ini disertakan dengan pilihan pembuka selera dan sup.






Melengkapkan bufet adalah pencuci mulut buatan tangan yang merangkumi Tapai Ubi, Bubur Manis, Ice Kacang dan buah-buahan segar. Dengan lebih daripada 75 jenis masakan di bufet Citarasa Nusantara, ada yang menggembirakan semua orang.


Untuk buffet ‘Citarasa Nusantara’ ni, ianya bermula dari 15hb April 2021 – 12hb Mei 2021 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet ramadhan 2021 ni adalah

Harga Walk In :

RM88nett (dewasa)

RM52.80nett (kanak-kanak 5-12 tahun)

RM44nett untuk warga emas.

Promosi Early Bird hanya RM 70 sehingga 12hb April 2021

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2019 di Palm Garden Golf Club boleh hubungi di talian 603 8213 6366 atau 017 2167101

Jom kite ke :


Palm Garden Golf Club,
Ioi Resort,
62050 Putrajaya

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Website :

Facebook :

Instagram :



Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

Buffet Ramadhan 2021 ‘Sentuhan Warisan’ Di Restoran Rebung Kuala Lumpur

Hi Korang,

Bermula senarai entri buffet ramadhan 2021 di www.ciklilyputih.com ini .

Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.


Kak lily mendapat jemputan dari management restoran kepunyaan Chef Dato' Ismail Ahmad iaitu Restoran Rebung yang terletak di kawasan parkir bertingkat di hadapan pintu masuk Balai Polis Bukit Aman.

Sangat cantik dan luas di bahagian dalamnya, serta mempunyai balkoni besar di bahagian luar yang mana menempatkan gerai-gerai makanan di bulan ramadan nanti.

Untuk buffet ramadan kali ini, Restoran Rebung menyediakan lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang berkunjung ke sini. Bermula daripada makanan pembuka selera (appetizer) sehinggalah pencuci mulut (dessert).








Restoran Rehung masih mengekalkan sajian utamanya iaitu daging salai masak lemak cili api,ikan patin masak tempoyak, pari masak asam pedas dan lain-lain lagi. Signature di sini semestinya Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pari Masak Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak & Siput Sedut Masak Lemak.




Menambah selera berbuka, Chef Ismail menyediakan ulaman kampung, aneka sambal, kerabu dan tauhu. Baru kena dengan tema kampung kan. Lagi pun dekorasi dalaman Restoren Rebung terasa berada dalam rumah kampung dengan barangan antik & suasana desa yang cukup menenangkan








Yang pasti semua tetamu mesti tak sabar-sabar nak berbuka saat melihat hidangan 8 buah gerai di Anjung & dalam restoren dengan menu seperti Murtabak, Cucur Bawang, Sup Tulang, Mee Kari, Laksa Penang, Gulai Kawah, Bubur Lambuk, Rojak Buah, Nasi Kerabu, Kuew Teow Goreng, Mee Goreng Mamak dan pelbagai makanan goreng lain.





Silalah nikmati kuih-muih tradisional kampung - Sagu Gula Melak, Talam Suji, Kuih Lapis, Kaswi Panda, Bingka Ubi, Cara Berlauk, Jagung Kukus Kelapa, Lepat Pisang, Butir Delima, Tepung Bungkus dan banyak lagi. Menariknya kuih Buah Melaka dan Roti Jala tersedia secara live depan korang. Masak panas-panas tau. Baru betul-betul sedap meletop dalam mulut.

Pakej Bufet Ramadhan Restoran Rebung akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadhan, bermula dari 13 Ramadan 2021 hingga 11 May 2021.

Dewasa : RM 84.80 nett

Kanak-kanak : RM 53.00 nett (umur 5-11 tahun)




Perkhidmatan Katering Di Restoran Rebung

Rebung juga menyediakan perkhidmatan katering samada di kediaman anda ataupun di pejabat. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat sendiri, korang boleh menghubungi pihak Katering Rebung untuk membuat tempahan. Selain itu, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup (private function) samada Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan atau Majlis Rumah Terbuka, anda boleh menghubungi pihak restoran di talian 03-2276 3535/ 2525 untuk maklumat lanjut

Kemudahan-Kemudahan vang terdapat di Restoran Rebung

Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 300 orang pada satu masa mengikut S.O.P. Blue Room berkapasiti 12-15 orang, Red Room berkapasiti 50-60 orang, Green Room berkapasiti 60-70 orang, Stage Area berkapasiti 80-90 orang, Yellow Room berkapasiti 25 orang manakala Anjung boleh menampung sehingga 40-50 orang.

Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa. Kemudahan Lift (Mesin angkut barang) dan juga kawasan Restoran yang mesra OKU. Selain itu, parking kereta disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM 4.00 sekali masuk.


Aktiviti Restoran Selain Bulan Ramadhan

Menyediakan buffet Breakfast, Lunch, Hi-Tea, & Dinner.

Buffet Breakfast : Bermula pada jam 8:00 pagi - 10.30 pagi

Harga : RM 21.20 dan Breakfast Set Bermula dari harga Rm 6.00


Buffet Lunch: Bermula padajam 11 :30 pagi-3:00 petang.

Harga : RM 42.40 (Dewasa), RM 29.70 (Kanak-Kanak)


Buffet Hi-Tea: Bermula padajam 3:30 petang- 5:30 petang

Harga : RM 37.10 (Dewasa), RM 21.20 (Kanak-Kanak) Bergantung pada tempahan

Buffet Dinner: Bermula padajam 6:30 Petang- 10:30 Malam

Harga : RM 53.00 (Dewasa), RM 35.00 (Kanak-Kanak)


Bermula bulan Januari 2021, Restoran Rehung telah memulakan sistem order makanan secara dalam talian melalui aplikasi Foodpanda. Selain itu, pada l Mac 2021, Restoran Rehung juga tel ah memperkenalkan 5 produk baru "Ready-2-Eat Series" iaitu Sambal Bilis, Sambal Udang Kering, Acar Buah, Sambal Belacan & Sambal Tempoyak. Produk-produk ini dijual di restoran dan juga boleh didapati di aplikasi Shopee.


Jom kita ke :

Restoran Rebung Chef Ismail
5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman,
No 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 
50480 Kuala Lumpur

No telefon : 03-2276 3535 /03-2276 2525



Tempahan katering sila hubungi no berikut

En Hafiz : 017-778 7895


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.