Friday, April 2, 2021

Peraduan Makan & Menang LengQuas Anjuran KOPETRO, Tawar Hadiah Terkumpul Bernilai RM100,000

Hi Korang,

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) hari ini telah melancarkan peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas. Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. 


Majlis pelancaran pada hari ini telah dihadiri oleh Anggota Lembaga KOPETRO, barisan pengurusan, jemputan media dan juga jemputan yang terdiri daripada rakan korporat KOPETRO.

Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil bin Abd Lateff, peraduan ini adalah salah satu langkah KOPETRO untuk memperkasakan lagi jenama LengQuas dalam industri makanan tempatan.


“Sejak mendapat liputan media pada Disember 2020, permintaan terhadap produk LengQuas semakin memberangsangkan. Jadi kami menganjurkan pertandingan ini untuk memeriahkan lagi penjualan produk LengQuas, lebih-lebih lagi apabila Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi.”

21 Menu Ready-To-Eat LengQuas



LengQuas menyediakan 21 menu dan di antara produk menjadi jualan tertinggi adalah Paru Goreng Berlado, Daging Masak Hitam dan Daging Dendeng. Dijual pada harga serendah RM 6 sehingga RM 10. Harga bergantung kepada pilihan sama ada ayam atau daging.


Cara penyediaan juga mudah dengan hanya menggunakan ketuhar gelombang microwave sahaja. Mudah!

Di antara menu Reasy To Eat Lengquas adalah:

1) Beef Stew
2) Chiken Glaze
3) Daging Lemak Kuning
4) Kari Daging
5) Daging Asam Pedas
6) Daging Dendeng
7) Kuah Kacang
8) Daging Masak Hitam
9) Ayam Masak Hitam
10) Rendang Ayam
11) Ayam Percik
12) Paru Goreng Berlada
13) Sambal Ikan Bilis
14) Ayam Masak Merah
15) Nasi Briyani Ayam Rendang
16) Nasi Putih Daging Masak Hitam
17) Nasi Minyak Ayam Percik
18) Nasi Hujan Panas Ayam Kurma
19) Nasi Briyani Ayam Masak Merah
20) Nasi Ayam Kukus
21) Nasi Lemak Ikan Bilis



Cara-Cara Menyertai Peraduan Makan Dan Menang LengQuas

Ini yang di tunggu-tunggu ni kan, meh sini kak lily terangkan cara-caranya.

✅ Berbelanja minima RM20 untuk mana-mana produk LengQuas.

✅ Imbas kod QR yang tertera.

✅ Jawab solan mudah yang diberikan.


Selain itu, korang perlu menyimpan resit, ambil gambar resit untuk di muat naik di dalam borang dan kreatif menyediakan slogan. Mesti kreatif tau baru ade chance boleh menang. 

Tambahnya lagi, penyertaan untuk peraduan ini sangat mudah, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20, imbas kod QR yang disediakan, jawab soalan mudah dan sertakan resit pembelian sebagai bukti penyertaan.

Selain dari penyertaan umum, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan.

Bagi penyertaan umum, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan, manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan.

Untuk membuat pembelian produk LengQuas, pelanggan boleh berhubung terus ke talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd di 6017 - 3195764, atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas.

Butiran lanjut mengenai peraduan Kempen Makan & Menang, boleh didapati dengan melayari akaun media sosial LengQuas:


KOPETRO


LengQuas



ASEAN PROPERTY DEVELOPER AWARDS 2020 RETURNS TO CROWN TOP DEVELOPERS IN SOUTHEAST ASIA

Hi Everyone,

The Des Prix Infinitus Media ASEAN Property Developer Awards endorsed over 50 distinguished award titles to various developers who competed for the recognition in different categories on their first virtual event that went Live on Facebook.


Hosting its second stint in Malaysia, Des Prix Infinitus Media ASEAN Property Developer Awards draws in developers from around the region to compete in a healthy setting, acting as a platform for developers to connect and learn from one another in terms of technological advancements, ideas and marketing strategies.



“Des Prix Infinitus Media ASEAN Property Developer Awards Gala Night objectives are to provide the recognition that top developers in the region deserve, and to garner awareness among the ASEAN countries for Malaysia,” commented Mr. Hagenz Choo, Managing Director of Des Prix Infinitus Media.


“We are very proud that Des Prix Infinitus Media, a Malaysian company, has taken the initiative to step forward to host a property awards that would connect Malaysia to the rest of the ASEAN countries and boost the local economy,” commented Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida Kamaruddin, Minister of Housing and Local Government.

During the judging process, the submissions went through a thorough and comprehensive procedure by the ASEAN Property Developer Awards’ panel judges; Architect Low Wei Choon, Principal at T-A Square International, Ms. Stephanie Teong, Director of T-A Square International and Dr. Daniele Gambero, Co-Founder & Group CEO of REI Group of Companies, where they were at a discord on different developments and projects.

“The submissions we received this time round were a huge step up from last year’s submissions as each project and development were distinctively unique, with several ground-breaking projects that caught our attention. This called for some tough decisions but after lengthy discussions, we managed to unanimously decide on the most deserving winners,” commented one of the judges.

The Des Prix Infinitus Media ASEAN Property Developer Awards 2020 sets out to act as a regulator for the industry, encouraging developers to produce top notch quality buildings that would be able to compete with neighbouring countries within the region. This ensures that the industry is constantly evolving to meet a demanding set of quality standards, which serve as a benchmark within the property industry.

With Malaysia spearheading this initiative among the ASEAN countries, the Des Prix Infinitus Media ASEAN Property Developer Awards 2020 is set to see more growth in entries and expansion within the region in the coming years.

For more information, visit https://aseanpropertydeveloperawards.com/


Thursday, April 1, 2021

Lulu Hypermarket Yang Ke 3 Kini Di Buka Di Setia City Mall, Shah Alam.

Hi Korang,

LuLu Hypermarket & Department Store, pusat membeli belah yang tidak asing lagi bagi warga Kuala Lumpur.


Setelah pembukaan outlet kedua di One Shamelin, kini LuLu Hypermarket yang ke 3 telah dibuka di Setia City Mall, Setia Alam dengan tawaran pembukaan harga yang cukup menarik dari hari ini sehingga 4 April 2021.Tawaran pembukaan ini memang sangat menguntungkan dan akan membuatkan korang shopping macam nak rak.

Untuk pengetahuan korang, LuLu di Setia City Mall ini lebih luas dengan keluasan 150 ribu kaki persegi dan ianya terbahagi kepada 3 tingkat iaitu

Level 1 - Barangan Makanan, Keperluan Diri, Café untuk para pelanggan menikmati makanan

Level 2 - Barangan Pakaian Lelaki, Wanita, Kanak-kanak dan lain-lain

Level 3 - Barangan Elektrik & Elektronik.

ramai giler orang beratur nak masuk, ahkak ko pun samo gak lah kan



Apa yang menarik bersempena dengan pembukaan Lulu Hypermarket yang ke-3 ini, pelbagai tawaran harga hebat bermula dari 31 March 2021 sehingga 4 April 2021.





Level 1 (Tingkat Bawah) - Barangan Makanan, Keperluan Diri

Di tingkat paling sekali ini menempatkan pelbagai barangan makanan kering, basah, toileteries, dan macam-macam lagi. Jangan korang tak percaya harga yang ditawarkan sempena pembukaan LuLu Hypermarket ni memang tak masuk dek akal. Tengok la harga Maggi 2 minit ni sepekt RM1.88 sahaja.




Barangan seperti beras, milo, memang sangatlah murah. Kak lily terus sambar 2 paket beras lagi. Ini baru beras kita beli hehehehe.








Di bahagian buah-buahan dan sayur-sayurannya sangat menceriakan mata. Sayuran cantik tersusun dan nampak segar, seriously rasa terus bersemangat nak makan sayur lepas tengok semua ni. Tengok buah rasa macam nak beli semuanyer

Ramadan kan bakal tiba tak lama lagi, di LuLu menawarkan kurma berkualiti tinggi yang diimport khas dari Arab serta pelbagai barangan Arab seperti minuman dari sana turut terdapat di sini.




Sangat mudah dan menyenangkan untuk kita membeli-belah kerana susunan ruang niaga yang besar, bersih dan teratur serta selesa kepada pengunjung.



Di bahagian bawah juga terdapat jualan seperti pingan mangkuk, periuk belanga, sabun basuh baju, pelembut baju, barangan toileteries dan semua lah ada dekat situ. Rasa setiap bahagian korang patut wajib lalu dan beli yer. Tengok la harga air Twister 2 botol hanya RM8.89 sahaja.











Bahagian makanan seperti roti, kek, makanan Ready To Eat juga menjadi tempat dambaan kak lily yelah makanan kan. You look you see ek hehehehe...


Level 2 - Barangan Pakaian Lelaki, Wanita, Kanak-kanak dan lain-lain












Di bahagian ini, menempatkan Lulu Fashion Store untuk wanita, lelaki, kanak-kanak, kasut, bag, barangan bayi. Dengan tawaran harga pakaian di sini berbaloi-baloi dengan design rekaan fesyen terkini dan pelbagai promosi yang berbeza-beza mengikut jenama. Ada diskaun 25%, 30%, 50% memang rambang mata dibuatnya. Oh ya boleh juga dapatkan baju-baju raya seperti baju kurung, tudung, baju melayu, sampin, songkok untuk persiapan hari Raya yang bakal tiba.

Lulu Celebrate



Seperti biasa LuLu Celebrate dengan menawarkan promosi kain saree, churidar dengan harga dari RM99 sahaja daripada harga asal RM169. Manakala churidar pula ada yang ditawarkan pada harga RM29 dan RM119. 



Pelbagai pilihan warna, corak dan design terkini serta pelbagai material fabrik untuk saree. Memang sangat cantik yer kain saree ni boleh la buat baju kurung guna kain saree pula. Diskaun yang berbaloi sempena promosi pembukaan LuLu sehingga 4 April 2021.

Level 3 - Barangan Elektrik & Elektronik.

Bahagian paling atas ini menempatkan barangan alatulis permainan kanak-kanak, luggage & sport dan peralatan elektrik dan elektronik yang sangat popular dengan tawaran harga yang lagi murah.














Kena datang sendiri dan tengok promosi yang disediakan tau. Ada 1 blender jenama Philips dengan hanya RM69 daripada harga asal RM131. Lepas tuh harga TV jenama Samsung 55 inch dengan harga RM1699 aduimak risau kak lily menengok harganya murah nau nau

Cadar tilam, selimut, beg tarik, ya ampun kesemuanya ada harga promosi kaw-kaw sungguhlah kan.

Parkir ? Tiada Masalah yerr...

LuLu Hypermarket Setia City Mall mempunya tempat letak kenderaan yang mencukupi dengan lebih daripada 400 tapak parkir, terbuka serta terdapat tempat letak kenderaan pelbagai tingkat juga.

So yang mana berdekatan dengan Setia City Mall boleh la terjah ke LuLu Hypermarket dan jangan lupa dapatkan tawaran harga pembukaan dari 31 March 2021 sehingga 4 April 2021.


Serentak itu juga promosi tawaran Ahlan Ramadan bersempena kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Jangan lepaskan tawaran harga yang menarik sempena pembukaan LuLu yang ke 3 di Setia Alam.

Jom kite :

LuLu Hypermarket Setia City Mall
Persiaran Setia Dagang,
Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor


Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,

Website :

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook Page :

Instagram Link :