Thursday, October 24, 2019

Nikmati Suasana Kemeriahan Hari Deepavali Hanya Di The Curve

Hi Korang,

Pesta Cahaya atau lebih dikenali sebagai Deepavali, the Curve akan dimeriahkan lagi dengan pameran hiasan Kolam yang cukup elegan, persembahan tarian India yang cukup memukau serta pelbagai aktiviti menarik yang bakal menanti pengunjung 


Dari 18 hingga 28 Oktober 2019, pengunjung the Curve bakal disambut dengan hiasan Kolam yang menyerlah berupa burung merak 3D dan dikelilingi dengan hiasan gubahan bunga di Fashion Walk. Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang bakal memeriahkan lagi semangat Deepavali pada musim perayaan ini. Anda mahu mencipta hiasan Kolam sendiri? Jangan lupa untuk menyertai aktiviti seni pasir Rangoli pada 26, 27 dan 28 Oktober. Antara bengkel lain yang turut tersedia adalah stesen Henna serta stesen membuat Gelang dan Kad Deepavali. Cara penyertaan adalah cukup mudah! Hanya like laman rasmi Facebook dan laman Instagram the Curve untuk menyertai mana-mana bengkel ini. 

Jazmi Kamaruddin, Pengurus Besar Kanan the Curve berkata, “Kami berasa berbesar hati kerana menjadi sebahagian dari negara yang mempunyai pelbagai kaum, di mana kami berpeluang menyambut pelbagai perayaan dan tradisi setiap kaum. Di the Curve, kami telah mencipta suasana perayaan yang cukup meriah buat pengunjung menyambut perayaan ini serta mencipta detik-detik unik dan bermakna bersama keluarga mereka. Di sini kami mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang menyambutnya!” 


Bukan sekadar itu, banyak lagi yang ditawarkan oleh the Curve kerana sambutan perayaan Deepavali tidak mungkin lengkap tanpa muzik dan tarian. Penghibur bakal menghiasi pentas dengan persembahan tarian yang diiringi irama Bollywood tradisional dan popular. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang cukup memukau pada jam 2.30 petang dan 6.30 petang pada 26 dan 27 Oktober 2019 di Fashion Walk. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Deepavali di the Curve, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 03-7710 6868 atau layari laman web the Curve atau laman Facebook www.facebook.com/theCurveShoppingMall atau laman Instagram the Curve di (thecurve_official).



Wednesday, October 23, 2019

BEAUTEA by SAFI - Dengan 100% Ekstrak Teh Premium

Hi Korang,


Menjadi wanita berjaya dan tampil cantik pada masa yang sama bukannya sesuatu yang mudah. Namun bukan juga sesuatu yang mustahil. Pengembaraan kecantikan itu sama seperti kehidupan, pasti ada cabaran yang menguji keyakinan. 

Sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumah, kita mula terdedah kepada tiga punca masalah kulit utama yang menjadi cabaran kepada wanita masa kini. Punca pertama adalah pencemaran persekitaran seperti debu kotoran, asap kenderaan, sinaran UV dan radikal bebas menjadi penyumbang kepada masalah kulit kusam, bintik hitam dan masalah penuaan pramatang. 

Ditambah dengan tekanan jadual harian yang padat, berjaga lewat malam, serta masalah hormon tidak seimbang pula bertindak sebagai punca kedua masalah kulit yang mengumpul minyak di bawah lapisan kulit wajah seterusnya menyebabkan jerawat, tekstur kulit berminyak serta tona tidak sekata. 

Bagai musuh dalam selimut, punca ketiga adalah sisa kotoran bahan kosmetik yang tidak dibersihkan dengan menyeluruh. Ini akan mengumpul bakteria dan memakan kulit wajah kita sendiri menjadikan pori tersumbat, kulit semakin kasar, kering dan mengalami dehidrasi. Bahan kosmetik yang disangka mencantikkan wajah, akhirnya memakan diri. 

Jadi, apakah cara untuk memerangi 3 punca masalah kulit wanita masa kini ini? 

Secara alami, antioksida merupakan benteng pertahanan semulajadi kulit muka yang berupaya mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel kulit wajah dari kerosakan akibat radikal bebas. Namun peningkatan usia menjadikan penghasilan antioksida semakin berkurangan. Oleh itu, antioksida daripada sumber luaran adalah jalan penyelesaianya! 

Ia boleh didapati dari sumber bahan semulajadi contohnya pokok teh yang mengandungi antioksida yang tinggi, terkenal dengan pelbagai manfaat kecantikan kulit wajah yang dapat membantu anda memiliki rupa paras yang sihat, berseri dan cerah bermaya.


Menguasi pasaran Malaysia selama 2 dekad dalam kategori penjagaan diri dan wajah, SAFI memahami keperluan sebuah produk penjagaan kulit wajah khusus bagi mengatasi masalah kulit wajah masa kini. Memperkenalkan, BEAUTEA by SAFI dengan 100% teh premium menjadikan jenama ini sebuah jenama pertama yang memfokuskan terhadap penggunaan pelbagai jenis daun teh seperti White Tea, Green Tea dan Black Tea yang dipilih dengan teliti berdasarkan keunikan manfaat bagi kecantikan kulit wajah yang telah terbukti berkesan. 

Inovasi sains kecantikan terbaharu SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE - sebuah makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya. 

BEAUTEA by SAFI menggabungkan manfaat 100% ekstrak teh premium yang kaya dengan antioksida dan bahan aktif semulajadi yang membersih dan melindungi kulit wajah dari radikal bebas dengan efektif. Ia diuji secara dermatologi, BEBAS daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, Paraben, dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM. 

Rangkaian BEAUTEA by SAFI menawarkan 3 jenis pembersih dan 1 skrub muka. Setiap satu berfungsi membantu proses detoksifikasi kulit dari pencemaran berbahaya, membersih sisa kotoran solekan dengan mendalam dan sepenuhnya. Ia turut melegakan kulit daripada jerawat akibat stres, menyegarkan dan meningkatkan benteng pertahanan kulit dari radikal bebas. 

Hasilnya? BEAUTEA by SAFI menjadikan kulit kembali halus, sihat dan berseri, bebas dari musuh kulit! 


BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Penghidratan – White Tea and Damask Rose 

-Menghidrat 

-Mengecilkan liang pori 

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini bertindak membersih pori yang tersumbat dan mengeluarkan kotoran pada kulit wajah anda. Dirumus dengan gabungan ekstrak White Tea & Damask Rose yang diperkaya dengan antioksida agar dapat mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan pori. 

*Produk ini sesuai untuk kulit kering dan normal 


BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Anti Jerawat – Green Tea and Neem 

-Melindungi kulit daripada jerawat 

-Mengawal sebum 

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini merupakan hasil gabungan ekstrak Green Tea & Neem yang padat dengan antioksida bertindak sebagai benteng pertahanan kulit daripada serangan radikal bebas. Ia melegakan kerengsaan kulit sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan bekas parut jerawat. 

*Produk ini sesuai untuk kulit normal dan berminyak 

BEAUTEA by SAFI Pembersih Muka Detoks – Black Tea and Black Orchid 

-Membantu kulit untuk detoks 

-Bebas haruman dan sesuai untuk kulit sensitif 

-Mencegah tanda awal penuaan 

Pembersih yang mengandungi Asid Amino dan bertekstur krim ini sangat lembut dan bebas sabun, dirumus dengan ekstrak Black Tea & Black Orchid yang harum dan diperkaya dengan 2x manfaat antioksida yang berupaya membersih kotoran dengan mendalam, membantu kulit untuk detoks sepenuhnya sambil mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit wajah dari masalah penuaan awal. 

*Produk ini sesuai untuk kulit sensitif 

BEAUTEA by SAFI Skrub Penghalusan Muka – Apricot Tea 

-Membuang sel kulit mati agar kulit tidak tersumbat 

Krim skrub yang dirumus dengan gabungan ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan bertindak membersihkan liang-liang kulit wajah, menggelupas tanpa mengeringkan kulit. Ia berfungsi bagi membantu memulihkan tekstur, melicinkan dan mecerahkan kulit. Hasilnya, kulit cerah dan berseri. 

*Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit 

Korang sudah bersedia untuk merasai manfaat transformasi kecantikan dan menewaskan musuh kulit wanita masa kini dengan BEAUTEA by SAFI yang diperkaya dengan 100% ekstrak teh premium?


Picit tiub pada tapak tangan dan gosok bersama air sehingga berbuih. Oles keseluruh wajah dengan gerakan putaran. Bilas dengan air dan nikmati kulit wajah yang bersih dan segar semulajadi. 

Rangkaian BEAUTEA by SAFI dijual pada harga RM23.20 (150g) boleh didapati di semua farmasi terpilih di Malaysia dan di atas talian. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 




#BEAUTEABYSAFI 
#SAFIMALAYSIA 
#PREMIUMTEACLEANSERS





Tuesday, October 22, 2019

Mari Kita Ke Ladang

Hi Korang,

Ramai betul orang tanye kak lily ke Jay Bee tuh ada event nak kena cover ke?? 

Memanglah tak lah kan, semua trip tak de tujuan pun so merayap-rayap jelah ktorang sampai ke Jay Bee. Kalau korang tengok IG stories kak lily last 2 week memang tau lah citer ni hehehehe. 

Sampai je JB ramai plak yang contact duk ajak lepak, lepak makan, lepak borak, lepak boba, lepak rumah dah memang lagi lah. So yang mana berkesempatan je ktorg pi lah, yang tak sempat ziarah tuh mintak maaflah bebanyak ek. 


So pagi sabtu tuh, breakfast di hotel je. Bagus hotel ni walaupun hotel murah tapi bila ada breakfast terus jadi syiok, tak yahlah kak lily nak fikir nak makan apa bagai kan. Tengah-tengah sarapan kawan Mr Big call plak hah, ajak jumpa. Ktorang ok sajor lah kan. 

Bila dia share location, ktorang ikut jelah sampai ke Kempas Indah 2 ni. 

Kawasan baru rupanya, dulu masa kecik-kecik tak de banyak taman kat Kempas ni. Setakat kampong-kampung rumah lama je sekarang ni kemain cantik lagi ek. 

Tiba satu kawasan rumah tuh, so Mr Big call lah kawan dia ni. Dia kat kebun rupanya, eh mana plak datangnya kebun kat kawasan perumahan ni kan. 




Tup-tup tengok dia buat penananaman bawah kawasan pencawang elektrik, wah hebat jugak ni. First sekali kak lily tanye, ni berlesen ke idok ni? Eh haruslah berlesen katanya, kalau tak mana berani buat kan. 

Tak delah banyak Si Atam ni menanam hanya cili dan timun, serai pun sket jer tapi best ada itik dan ayam jugak tau 

Lama jugaklah ktorang lepak kat kebun comey Atam ni. 

tuan punye kebun Atam, kawan baik Mr Big sejak dari sekolah lagi hah

Sempatlah korek-korek info cam ne dia setup the business kan, ingat senang ke? Haruslah kene pi belajar dulu, masuk kelas, meet up orang-orang pertanian dan memacam lagi itu belum termasuk lagi budget untuk ratakan tanah, buat piping air bagai kan huahauhauaha 

leka tengok itik hah



Aduimak bila dengar citer dia terus otak laju berfikir kalau dah pencen buat kerja-kerja bertani ni pun bagus jugak kan, boleh exercise sekali. 

Seronoklah sekali sekala lepak-lepak cam nie sambil catching up sembang-sembang kan, bukan senang wokeh nak jumpe taukeh besar nie. 

ada plak orang kenal kite kat JB ni, siap ajak bergambar bagai hah

Ermm dah kena mula fikir-fikirkan dah ni, takkan nak keje kat company german sampai pencen kan huahauhau








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com