Saturday, July 27, 2019

Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe, Kak Lily Dah Join Pun

Hi Korang,

Ni ni kak lily nak cabar korang ni tau!!


Lakukan cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe – Cuba hasilkan bunyi fizzing selama lebih daripada 30 saat dengan sekali nafas. 

Bunyinya mudah bukan? 

Sertai Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe untuk menguji keupayaan korang kerana cabaran ini tidak semudah yang korang sangka, ia akan membantu rakan-rakan dan keluarga korang untuk mempertingkatkan tahap kesihatan masing-masing serta mengingatkan mereka untuk mengambil dos harian suplemen kesihatan mereka.

Tengok ni, kak lily sahut cabaran kengkawan untuk lakukan #FizzWithMe Challenge ni ek


View this post on Instagram

Ok kak Lily di cabar oleh abam botak @nazlannasir & acik kols @ayurafikah untuk Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe ni tau . Lakukan cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe – Cuba hasilkan bunyi fizzing selama lebih daripada 30 saat dengan satu nafas. . Bunyinya mudah bukan? Tapi ermm 🤪🤪🤪 Sertai Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe untuk menguji keupayaan korang . @guardianmy memperkenalkan cabaran ini untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan yang baik. . Jom #FizzWithMe @mahamahu, @kiflimally, @helmi.mohammed, akak nak tengok berapa panjang fizz korang boleh buat ek???? Jangan sampai terkeluar anak tekak udah ler ye hauahuaha 🤣🤣🤣 . #FizzWithMe #Guardianmy #GuardianEffervescentVitaminC #IchallengeYou #maluakaktau @guardianmy
A post shared by ciklilyputih (@ciklilyputih) on


Dah jangan gelak-gelak sangat wokeh!! hahahahhhaa

Guardian memperkenalkan cabaran ini untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan yang baik. 

Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Challenge merupakan satu cabaran yang mudah, menurut Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Cho Do Youn. 

“Tetapkan pemasa yang terdapat di telefon mudah alih anda. Kemudian, tarik nafas yang panjang, masukkan sebiji Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet ke dalam segelas air pada suhu bilik, tekan butang pemasa tersebut dan hembus nafas melalui mulut sambil gigi terkatup untuk menghasilkan bunyi fizz. 

“Tetapkan masa fizz anda selama yang boleh. Apabila korang telah tercungap-cungap, minum campuran Guardian Vitamin C + Zinc tadi bagi mendapatkan manfaat kesihatan. 

“Cabar rakan-rakan dan keluarga anda untuk melakukan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe di media social sambil berseronok di samping menggalakkan mereka supaya sentiasa ingat untuk mengambil suplemen kesihatan mereka,” ujar Cho Do Youn. 

“Usaha untuk fizz memerlukan latihan dan kawalan pernafasan. Disebabkan tabiat saya untuk melaksanakan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe bersama pengambilan effervescent setiap pagi, saya mampu fizz selama 38 saat. Saya ingin mencabar mereka yang berusia 18 tahun ke atas untuk menyahut cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe. Lakukan untuk manfaat kesihatan, mahupun untuk keseronokan! Gunakan hashtag #FizzWithMe di laman Instagram atau Facebook dan kami akan mencari anda dan memilih individu paling kreatif dengan kejutan hadiah-hadiah menarik,” tambahnya. 

Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe merupakan sebahagian daripada rancangan jenama berkenaan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih sihat.

ok lah kan, panjang jugak nafas akak ek hehehehe

Rangkaian penjagaan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terbesar di Malaysia telah memperkenalkan satu rangkaian suplemen berkualiti yang khusus bagi golongan dewasa. Dengan lebih 400 cawangan di seluruh negara bersama gedung dalam talian (e-store) Guardian, suplemen kesihatan Guardian bukan sahaja mudah diperoleh tetapi juga ditawarkan pada harga mampu milik, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat negara ini merasai manfaat mempertingkatkan diet mereka bagi penjagaan kesihatan yang lebih baik melalui suplemen kesihatan. 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rangkaian Suplemen Guardian 

Vitamin C 1000mg + Zinc10mg (MAL16085003NC) 

Vitamin C merupakan vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita[1]. Sehubungan itu, anda perlu menambah bekalan Vitamin C larut air pada setiap hari. 

Vitamin C memberi manfaat penjagaan kesihatan umum tubuh, manakala Zink adalah mineral untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Dual Action Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet mengandungi 1,000mg Vitamin C dan 10mg Zink, yang mana membantu suplemen keperluan harian anda. Ia boleh didapati dalam 10s, 30s dan 90s. 

Vitamin B-complex + Vitamin C + Minerals (MAL16085038NC) 

Gabungan Vitamin B-Kompleks, Vitamin C dan mineral ini membantu anda kekal bertenaga serta membantu prestasi harian untuk mengikuti gaya hidup penuh cabaran pada hari ini. Ia disediakan dalam pilihan 15s dan 45s. 

Vitamin D3 1000IU (MAL18066029NC) 

Vitamin D3 1000IU Guardian membantu suplemen vitamin D3 yang penting untuk kesihatan. Ia menyediakan sokongan kepada kesihatan yang baik. Golongan dewasa digalakkan untuk mengambil satu tablet sekali sehari selepas makan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi. 

Co-enzyme Q10 150mg (MAL18066028NC) 

Co-enzyme Q10 dihasilkan semulajadi oleh tubuh dan memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga. Supplemen Co-enzyme Q10 Guardian direka khusus untuk dos pengambilan sebiji sehari untuk penjagaan kesihatan yang baik dan penghasilan tenaga serta memberi khasiat pada tubuh. Golongan dewasa disyorkan mengambil satu gel lembut sekali setiap hari, bersama atau selepas makan atau menurut preskripsi doktor dan ahli farmasi. 

Evening Primrose Oil 1000mg (MAL18066031NC) 

Minyak evening primrose digunakan untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan wanita kerana ia mengandungi asid linolenik gamma (GLA), asid linolenik (LA) dan asid lemak Omega-6 semulajadi. Tersedia dalam botol 60 biji atau 300 biji gel lembut dengan 1000mg EPO dalam setiap biji gel lembut. Satu gel lembut perlu diambil tiga kali sehari bersama makanan atau mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi. 

Vitamin B Complex (MAL18086001NCZ) 

Suplemen Vitamin B-Kompleks Guardian memberikan tenaga dan kecergasan . Golongan dewasa dinasihatkan mengambil sebiji tablet sehari selepas makan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi. 

Vitamin E 400IU (MAL18056140NC) 

Sementara itu, Vitamin E Guardian membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Ia merupakan sumber semulajadi Vitamin E. Bagi dewasa, ambil satu gel lembut sekali sehari, selepas makan atau mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi. 

Omega-3 Fish Oil 1000mg (MAL18026048NC) 

Suplemen minyak ikan Omega-3 1000mg Guardian mengandungi asid-asid lemak penting dalam bentuk asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) daripada ikan. Ia menyediakan asid lemak yang penting bagi kesihatan tubuh dan menyokong kesejahteraan umum. Digalakkan mengambil sebiji gel lembut dua kali sehari bersama makanan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi. Ia boleh didapati dalam botol 60 biji gel lembut atau 300 biji gel lembut. 

Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg (MAL18066030NC) 

Selain itu, Guardian Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg mengandungi asid lemak penting, asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA). Malah, setiap gel lembut mengandungi 360mg EPA dan 240mg DHA. Jumlah asid lemak yang mencukupi mesti diperoleh daripada diet kita. Suplemen ini bukan hanya menyediakan asid lemak penting bagi manfaat badan kita tetapi juga menyokong kesejahteraan umum. Dinasihatkan mengambil sebiji gel lembut sebanyak dua kali sehari atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi. Ia boleh didapati dalam botol mengandungi 60 biji atau 300 biji gel lembut. 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 


Instagram : 


Friday, July 26, 2019

Ekspo halal 'Absolutely Halal Malaysia' Pertama Kalinya di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur.

Hi Korang,


Edisi pertama Halal Malaysia (AHM) yang dianjurkan oleh Idea Max Event (M) Sdn Bhd sedang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), bermula dari 26 Julai - 28 Julai 2019. Masa pameran bermula seawal 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam setiap hari. 


Kak lily berkesempatan ke Ekspo ni tadi lepas kerja, ya ampun kemain ramai betul orang ye tapi keadaan still terkawal hehehe, maybe belum weekend lagi kan. Seriously banyak betul booth-booth yang mempamerkan produk halal tak tertumpu pada makanan je tau. 

Absolutely Halal Malaysia adalah platform yang paling cekap dan strategik untuk usahawan Halal untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran jenama, menggalakkan produk dan perkhidmatan, serta mengembangkan rangkaian perniagaan untuk mencapai pasaran halal di seluruh dunia. 

ok kene register dulu ek, baru boleh masuk. Tak yah bayar lah PERCUMA

termiss untuk dapatkan goodies bag so dapat ini jelah dan wrist band

Industri halal meningkat dengan sangat cepat dan pihak penganjur menganggarkan bahawa lebih 80,000 pelawat tempatan dan antarabangsa akan melawat pameran selama 3 hari ni. 



Lebih daripada 280 gerai dari syarikat dan produk yang berbeza yang menyertai Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini, Disebabkan tadi kak lily sampai tak berapa awal so miss lah nak dapatkan goodies bag masa pendaftaran tuh kan hehehehe kalau weekend ni korang dating for sure dapat goodies bag tuh ek. 

Sempat jugak kak lily singgah beberapa booth yang menarik hati seperti : 


MPOC - 2046-2049 


DÉRA Pouch - 1009 

TSL - 1008 


Skylength – 1077 and 1078 


Gold Leaf - 2063 

Omnomom Mochi - 1088 


Sushika - 1079 

MZ Nusantara - 2096 


KMT 2054 – 2055 


Otak Otak FT - 2078 



MURAH ZONE 


Kalau korang nak tau, di dalam ekspo ni jugak ada terdapat MURAH ZONE di mana pelbagai jenis produk tak kira makanan mahupun produk kegunaan harian di jual di sini pada harga yang sangat murah. 

ade jual jugak hah sos gochujang ni hah, murah plak tuh

Ada air Doreamon ni hah, comel nau. Satu RM3.90 (Beli 10 pada RM30 tau Beli 5 pada harga RM17) 

hah favourite akak ni, sedapnya kalau dapat sekotak beso kan

kacang botak kemain banyak lagi ade ek

murahhhh

keropok kulit ikan dory

coklat

murah kuay teow ni ek

ramennn



Selain daripada korang dapat merasa segala jenis makanan secara percuma, ada juga Demo masakan daripada Chef terkenal, sessi 'Meet and greet' dengan selebriti terkenal, cabutan bertuah dan banyak lagi. 

Kalau pembelian menggunakan aplikasi Maybank QRPay dan AHM korang boleh dapat diskaun kaw-kaw ye 

kemain sedap wei air ni, avocado dengan coklat hah

Absolutely Halal Malaysia bukan sahaja membolehkan usahawan sektor halal untuk meningkatkan pendapatan, produktiviti, penjenamaan, rangkaian, dan promosi, tetapi juga menyediakan penganjur dengan peluang untuk menarik pengunjung bukan-Muslim yang lebih luas untuk menghadiri pameran. 

Kami berharap kewujudan ekspo halal ini dapat memupuk dan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai halal di mana konsep halal bukan hanya berkaitan dengan makanan, tetapi sesuai untuk alam semesta tanpa mengira bangsa dan agama, dan ini seiring dengan tanggapan Absolutely Halal Malaysia - Halal Bagi Semua 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 



#AHM 
#AHM2019 
#AbsolutelyHalalMalaysia 
#Halal 
#HalalIsForEveryone 
#HalalFoodAndBeverage 
#MaybankQRPay

Thursday, July 25, 2019

Tengok ‘LIVE’ ASTRO Muzikal Lawak Superstar Di Bukit Jalil

Hi Korang, 

Memang biasa kak lily akan tengok show-show ‘LIVE’ sebegini anjuran Astro, eh kita ada geng kat sana so dapatlah tengok kan hehehehehe 


So jumaat lepas tak de apa nak buat malam, teruslah ke Dewan Sri Putra Jalil ni bagi menyaksikan Muzikal Lawak Superstar anjuran Astro ni. So kenalah duduk seat media untuk buat coverage kan, sebab tuh tak nampak kat tv hehehhe poyo ek nak glamer je lah ahkak ko ni kan. 

Siapa follow rapat rancangan ni? 


'Muzikal Lawak Superstar' merupakan program realiti muzikal komedi terbaharu dari Astro Warna yang menggandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada 42 peserta di mana setiap kumpulan akan diwakili oleh dua orang pelawak dan seorang pelakon / penyanyi /selebriti popular (tiga orang dalam setiap l

Masa kakak lily pi tengok tuh ianya merupakan minggu keempat, so memasing tengah berentap untuk mengekalkan tempat pada peringkat yang seterusnya. 


Dengan persembahan penuh bertenaga bagi menebus kekalahan minggu sebelumnya, Kumpulan TITANS yang dianggotai Ain Edruce, Issey dan Ammar berjaya memenangi hati juri dan pengundi di rumah apabila diangkat sebagai ‘Superstar of the Week’ buat kali kedua di minggu keempat ‘Muzikal Lawak Superstar’! Sebagai ganjaran, kumpulan ini akan diberikan 1 ‘Star’ – ini bermakna, jika persembahan mereka diberikan 3 ‘Star’ pada minggu hadapan, dengan serta-mertanya jumlah ‘Star’ mereka akan terkumpul menjadi 4 ‘Star’! 

Minggu keempat yang bertemakan ‘Negeri di Malaysia’ di Muzikal Lawak Superstar itu penuh dengan kemeriahan kerana bukan Kumpulan TITANS sahaja yang menerima 5 ‘Star’ pada malam tersebut, malah, Kumpulan HEART (Azmi Caliph Buskers, Danial Zaini, dan Ezad Lazim) dan Kumpulan JBORN (Joey, Vicha, dan Khir Rahman) juga mendapat markah tertinggi sekaligus meletakkan kedudukan ketiga-tiga kumpulan ini sebagai ‘Top 3’! 


Mungkinkah juri tetap Datuk Awie, Nora Danish, dan Altimet terkesan dengan komen netizen yang mengatakan mereka memberi markah yang tidak sesuai kepada para peserta? In fact, banyak juga kumpulan yang mendapat 4 ‘Star! Kumpulan BOTAK (Achey, Abam dan Black), TAMANZ (Zulin Aziz, Man Raja Lawak dan Tauke), WASAP (Wan Gegau, Syura dan Amir Raja Lawak), NEWBOH (Mamak, Ali Mercik dan Tomok) dan LIBRA (Elly Mazlein, Rahim Sepahtu dan Bell Ngasri) semua mendapat 4 ‘Star’! Kesian juri kita, pemurah sangat pun kena kecam, beri “markah konsisten” pun jadi bualan… 


Akan tetapi, disebabkan format pemarkahan Muzikal Lawak Superstar ini adalah 50% juri dan 50% undian, pemarkahan ‘Star’ tidak menentukan nasib anda. Walaupun mendapat ‘Star’ yang tinggi, namun jika undian tidak menyebelahi anda, peserta masih boleh tersungkur di ‘Bottom 3’. Kumpulan KRONI (Wani Kayrie, Achok Chilok dan Kamal Chilok), WASAP dan BOTAK dipanggil ke pentas oleh hos Nabil Ahmad dan Nabila Huda untuk pengumuman penyingkiran. Akhirnya, KRONI yang diberi 2 ‘Star’ pada malam itu tewas selepas menerima hanya 13.34% undian. 

Seperti biasa, terdapat lagu denda yang wajib digunapakai untuk kumpulan yang berada dalam ‘Bottom 3’, kumpulan WASAP dan BOTAK untuk minggu hadapan iaitu ‘Tinak Tin Tana’ dari filem Hindustan popular, Mann! Tema lokasi pada minggu hadapan pula adalah ‘TEMPAT KERJA’. Bolehkah mereka melonjakkkan diri, keluar dari badi ‘Bottom 3’? Atau terus kecundang di pentas minggu ini? 


Kita saksikan secara langsung gelagat peserta-peserta yang menghiburkan serta pelbagai momen ‘luar jangkaan’, hanya di ‘Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar’ pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)! 


Di antara barisan artis dan selebriti yang terlibat adalah Ain Edruce, Elly Mazlin, Bell Ngasri, Tomok, Achey, Abam, Black, Fad Bocey, Zulin Aziz, Issey, Fakhrul UNIC, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers, Tauke, Khir Rahman, Shiha Zikir, Joey, Vicha, Ali Puteh, Mamak Puteh, Man Raja Lawak, Amir Raja Lawak, Ammar Titans, Daniel Lawak Solo, Wan Gegau, Syura, Chiwan Chilok, Atu Zero, Sharif Zero dan ramai lagi. 

Selfie sket dengan Issey Fazlisham ni masa PC malam tuh.

Bila kita tengok LIVE memang tak sama tengok depan tv. Dalam tv semuanya nampak indeh-indeh belaka tapi kalau tengok LIVE banyak jugak hiccupnya tau. Kita boleh nampak crew susun props bagai, acik cleaner lap-lap lantai, pengacara duk sibuk menghafal skrip kan macam-macam. 

So next week ni nak pi lagi ek?? 

Eh why not, seronoklah

Kalau nak tiket masuk, pi je kat pintu masuk ASTRO Bukit Jalil tuh lepas solat jumaat nanti ada orang tunggu kat situ untuk bagi tiket ek ek ek..





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com