Thursday, February 21, 2019

PETRON LANCAR KEDAI RASMI ATAS TALIAN PERTAMA DI SHOPEE

Hi Korang,

Minyak enjin Petron kini boleh didapati secara atas talian melalui platform e-dagang terkemuka Shopee, yang mempunyai lebih daripada 16 juta pengguna di Malaysia. Ini menandakan pelancaran kedai rasmi atas talian yang pertama buat Petron Malaysia, selaras dengan komitmen Petron dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan akses yang lebih luas dan mudah kepada produknya. 

"Kami sentiasa berusaha untuk menggembirakan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka bersama kami. Pelanggan Petron kini boleh menikmati pengalaman pembelian yang lancar - hanya semak, klik atas talian untuk membeli minyak enjin Petron, dan mendapat penghantaran produk terus kepada mereka,” kata Choong Kum Choy, Ketua Jabatan Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia. 

Minyak enjin Petron juga boleh didapati di kedai serbaneka yang terdapat di stesen minyaknya dan bengkel kenderaan yang sah. 

Choong Kum Choy, Head of Retail and Commercial Business

"Pembelian atas talian semakin berkembang di kalangan pengguna. Kini, mereka boleh menyakini keaslian minyak enjin Petron yang terdapat di kedai rasmi Petron di Shopee kerana produk-produk dihantar dari pengedar kami yang sah. Kami berharap para pelanggan dapat menikmati inisiatif baharu ini daripada kami sebagai sebahagian daripada usaha kami bagi memenuhi keperluan terkini mereka dan menawarkan layanan yang lebih baik,” tambah Choong. 

Shopee merupakan platform atas talian yang dicipta untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia, dengan memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang mudah dan selamat. Ianya kini pantas menjadi tapak e-dagang terkemuka di Malaysia. 

Pelanggan boleh menemui pelbagai produk minyak enjin Petron seperti Petron Blaze Racing Fully Synthetic, Petron Blaze Racing Synthetic Blend, dan Petron Blaze Racing Premium Multi-Grade yang terdapat dalam portal membeli-belah tersebut. Kedai rasmi Petron di Shopee juga memberi pelanggan akses kepada panduan dan maklumat produk. 

Selaras dengan kempen Tahun Baru Cina Petron dan kempen Shopee Khas Untuk Lelaki yang akan datang, Petron Malaysia menawarkan barangan premium untuk sebarang pembelian Petron Blaze Racing Engine Oil. 

Setiap pembelian minyak enjin Petron Blaze Racing 4L dilengkapi dengan hadiah istimewa. ‘Speaker bluetooth’ percuma akan diberikan buat setiap pembelian Petron 4L Blaze Racing Fully Synthetic 5W-40, manakala pembelian 4L Petron Blaze Racing Synthetic Blend 10W-40 dilengkapi dengan satu set fon telinga tanpa wayar percuma. 

Sementara itu, pelanggan yang membeli 4L Petron Blaze Racing Premium Multi-Grade atau 7L Rev-X Premium Multi-Grade 15W40 akan menerima pengecas kereta USB percuma. Promosi ini sah sehingga 28 Februari atau sementara stok masih ada. 

Sejak dilancarkan pada tahun 2015, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyediakan pengalaman membeli-belah atas talian yang terbaik kepada rakyat Malaysia sambil menawarkan penyelesaian penjual dan jenama mengenai cara bagi mengoptimumkan jangkauan mereka. 

Lawati kedai rasmi Petron di Shopee https://shopee.com.my/petronmalaysia.os




Tuesday, February 19, 2019

LOMBOK 2019 – Pergi Jugak Akhirnya, Ni Ada ITINERARYnya Dan HARGA PAKEJ Sekali

Hi Korang,

Sebelum apa-apa, ini bukan trip budget ye sebab trip ni tak de budget, belanja ikut suka mak apak ahkak ko ni jelah.

Ye memang kak lily ke Lombok minggu lepas tuh sebab blog tak berupdate tuh hahahaha 

Memang plan lama pun sampai lupa-lupa di buatnya sebab beli tiket September 2018 tahun lepas kan, so bila lagi 2 minggu nak fly ni barulah tergopoh gapah. Itulah masa nak tukar duit, nak beli baju, nak settlekan keje blogging, nak tulils wasiat untuk bebudak office ni, baru nakk google attraction semuanya last minutes. 

Sebab apa? 

Sebab memula memang tak nak pi dah sebab takut gempa baru-baru ni so lepas kene pujuk baek punya pun so pi lah jugak. Malam sebelum fly tuh sibuk nak tukar duit lagi hah. 

Di Tanjung Ann, Lombok

Kak lily memang tak ambil tau pun itinerary apa, sebab semuanya orang uruskan. Bila tokan mintak duit je kak lily transfer, sampai je hari nak fly hutang semua settle tinggal bawak duit belanja je. Oh ye trip ni memang cover semua sekali termasuk makan siang malam so lengkaplah menu makan ktorang sepanjang 5 hari di Lombok ni. 

Abis tukar duit untuk apa plak? 

Eh untuk lepak, pekena kopi, beli jajan, beli oleh-oleh, makan-makan di mall walaupun dah ada makan tapi tetap nak kuar duit sendiri huahauhauahua. 

Sebelum ke Water Tubing

So ini itinerarynye untuk panduan korang, 

OPEN TRIP 5D/4N @ Pulau Lombok. 

DAY 1 : PANTAI KUTA DAN SASAK TOURS 

- Desa sade 
- Desa Sukarara 
- pantai kuta 
- Pantai seger 
- Pantai Tanjun aan 
- Pantai mandalika 
- Bukit merese. 

Lunch : Pipe restaurant 
Diner : Local Restaurant. 

DAY 2 : GILI NANGGU - GILI SULAT DAN GILI KEDIS. 

- Gili Nanggu. 
- Gili kedis. 
- Snorkling Triip 2 Tempat Bersama Ratusan Ikan2 dan Coral yang,sangat,cantik,... 
- Sunset Point @ Pantai Senggigi 

Lunch : Lunch Box 
Dinner :Omah Cobek Restaurant. 

DAY 3 : AIR TERJUN BENANG KELAMBU + TAMAN NARMADA 

- Air terjun Benang Kelambu. 
- Taman Narmada ( Situs sejarah ) 

Lunch : Local restaurant 
Dinner : Bale seafood restaurant. 

DAY 4 : GILI TRAWANGAN, GILI MENO DAN GILI AIR. 

- Paket snorkling ( Grooper, Turtle, Blue coral dan collorfull fish ) 
- Keliling pulau ( Sunset @ Ombak Sunset ) 

LUNCH : Lokal restoran ( Gili air ) 
Dinner : Ocean restaurant 

DAY 5 : CHEK OUT - AIRPORT. 

- City tour shoping oleh - oleh. 
- Transfer to Airport. 

PAKET INCLUDE : 

- Makan 
- Hotel 4 Malam. 
- Kereta. 
- Boat to gili trawangan. 
- Private boat to pantai pink 
- Pass Masuk. 
- Parking. 
- Tipping. 
- Alat snorkling. 
- Boat. 
- Paket snorkling 3 Pulau @ Gili Trawangan ( Publik ) 
- Mineral water 
- Taxi Motor 
- Transfer airport + Ambil 
- Guide Air Terjun 

PAKET EXCLUDE : 

- Tiket pesawat 
- Insurance. 
- Keperluan Pribadi. 

Ermm hebat kan pakejnya!!! 

first time kayuh basikal di Gili Trawangan

Tapi percayalah, sampai sane ktorang langsung tak ikut pun itinerary tuh hahahaha semuanya tunggang terbalik sebab trip ni trip chill chill, lepak-lepak, santai-santai so takdelah pack nak kena ikut jadual. Tambahan pulak, supir guide ktorang tuh boleh di bawah berbincang so banyak give nak take berlaku masa trip ni. 

Untuk kesemua tempat yang ktorang lawati termasuk makan minum, hotel, tips, boat ke gili trawangan hanya RM800 untuk seorang dan siap ada service photographer, video dan drone sekali ek hahahha. Kalau tak bawak camera pun tak per sebab setiap hari abis event je dia akan upload gambar dam video untuk korang pilih dan view tau. 

Serius kok murah bangat?? 

Ye benar dong, murah banget ni. 

Kalau nak tau lebih lanjut, korang check it out dengan guide ktorang ni. Nama dia Didan, ni kak lily sharekan details mamat ni ek. 



Tour guide : Didan Popola
Contact no : +087 765 279 840 (whatsapp je dulu untuk mintak quotation)

Dia boleh customize pakej untuk korang, yang mana korang suka, yang mana korang tak suka semua dia akan buatkan. Tapi kalau korang nak memacam harga pun pi naik jugaklah kan. 

So duit boleh bawak sket je pun, alah sejuta pun tak per sebab tak de apa nak dibelanjakan kecuali menyoping jelah. Tapi kak lily as usual akan jadi banker untuk bebudak ni, diorang cam tau je ahkak ko kalau travel duit mesti ada lebih. Eh bukan apa, mana tau kot-kot ada emergency ke sakit ke nak guna duit so itulah sebabnya. 

Sudahnya bila ahkak ko ni nak citer pasal trip. 

Alah nanti pasal trip tuh, lepas ni pun boleh kan !!! 

Ermm luar biasa semangatnyaaaa hahahahhaa















Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Monday, February 18, 2019

1 Juta Padanan Kerja untuk Golongan Muda Menjelang Penghujung Tahun 2019

Hi Korang,

Aplikasi mencari pekerjaan yang mencatatkan pertumbuhan terpantas di Malaysia, SlingApp mensasarkan lebih daripada satu juta padanan kerja dari 10 jenis industri untuk golongan muda yang berusia antara 18 hingga 30 tahun menerusi usahasama terbaharu dengan program eRezeki yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), satu program untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah supaya dapat meningkatkan taraf hidup dengan membuka peluang mencari pendapatan menerusi platform digital. 

SlingApp Founders, Teh Tian Ji (left) and Lucas Wong officially launched the app for jobseekers to look for jobs under one minute

Dikenali sebagai ‘Tinder untuk pekerjaan’, SlingApp membantu golongan muda mencari pekerjaan bertaraf bukan eksekutif sama ada sepenuh masa, separuh masa atau latihan amali (internship) dengan mudah. Pengguna kini boleh layangkan (swipe) ke kiri atau kanan dan mendapatkan padanan dengan bakal majikan daripada pelbagai industri seperti syarikat baharu (startup), teknologi, industri makanan, perkhidmatan pelanggan, kecantikan dan kesihatan, peruncitan, kewangan dan pelbagai lagi menerusi aplikasi ini. 

Pengasas Bersama SlingApp, Teh Tian Ji berkata, “Selepas perlantikan rasmi sebagai rakan kongsi program eRezeki, sebuah inisiatif kerajaan bawah MDEC pada 15 November 2018, kami berhasrat untuk melancarkan pelbagai kempen untuk mendekati golongan B40 di seluruh negara untuk mendaftar dan mendapatkan padanan pekerjaan. Kami mensasarkan menjelang penghujung tahun 2019, terdapat lebih satu juta padanan kerja direkodkan menerusi inisiatif ini. Ini boleh membuka lebih banyak peluang pekerjaan berbentuk digital untuk mengisi kekosongan dalam pelbagai industri”. 

With students of Tunku Abd Rahman University College

Sejak pelancarannya pada tahun 2017, SlingApp telah berjaya memadankan 40,000 orang belia dengan lebih 2,000 syarikat termasuk jenama global besar seperti Digi Communications, AEON, Mary Kay, Sushi King, Tony Roma’s dan Public Mutual. Majikan tersebut telah mengiklankan lebih daripada 5,000 jawatan kosong di aplikasi tersebut. Apa yang menariknya, golongan belia dalam lingkungan usia antara 21 dan 26 tahun menyumbang sebanyak 58% pada pangkalan data pengguna di SlingApp. 

Lucas Wong explains how convenient SlingApp is for tech-savvy jobseekers

Teh Tian Ji demonstrates SlingApp's exciting features to jobseekers

Proses saringan pertama sebelum memilih mana-mana calon kini dipermudahkan dengan pengenalan ciri-ciri Auto-Interviu (AI) yang membantu majikan mendapatkan maklumat lanjut dengan menghantar 5 soalan khas kepada calon sebaik sahaja mendapat padanan. Lebih daripada 72% calon yang melalui proses AI ini berjaya menjimatkan masa sehingga 70% berbanding teknik temuduga tradisional. 



Menurut Lucas Wong, Pengasas Bersama SlingApp, satu lagi ciri-ciri unik pada aplikasi ini adalah ketetapan mencari pekerjaan mengikut lokasi yang ditentukan sehingga 30km radius untuk memudahkan calon dari segi perjalanan. 

“Ciri-ciri mengikut lokasi ini berguna bukan sahaja kepada calon temuduga tetapi juga pelajar yang mencari peluang latihan amali di pelbagai syarikat. Bayangkan, betapa mudahnya untuk menghantar permohonan dan mendapat padanan tanpa perlu menunggu lama di syarikat yang terdekat dengan rumah atau universiti anda bawah tempoh satu minit.” 

Dalam tempoh terdekat, SlingApp mensasarkan untuk meluaskan carian pekerjaan di luar kawasan Lembah Klang termasuk Pulau Pinang dan Johor. Mereka juga berhasrat untuk mengembangkan operasinya di negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. 

Layari www.slingapp.my untuk maklumat lanjut.