Saturday, June 9, 2018

Buka Puasa Bersama Anak Yatim Di Concorde Hotel Shah Alam

Hi Korang,

In conjunction with the holy month for Muslims, Concorde Hotel Shah Alam celebrated a grand Ramadan breaking of fast with the orphanages at the hotel’s Grand Ballroom today. 


Concorde Hotel Shah Alam organized this event for the children from: 

§ Pusat Jagaan Nur Ekwan Ku from Meru, Klang . 
Ø Total 77 children 
Ø 25 boys 
Ø 52 girls 

§ Rumah Sentuhan Budi from Kampung Sri Batu, Kuala Lumpur. 
Ø Total 30 children 
Ø 10 boys 
Ø 20 girls 

This will be our 15th year organizing this charity event as part of the Hotel’s CSR annual activity. 





The children were entertained by ‘Bobo the Clown’ with colourful shapes and sizes of balloons. The event started with recital of ‘Tahlil & Doa Selamat’ lead by Ustaz Mohd Nizomudin. 

YAD Dato’ Jugra Kurnia Diraja Tan Sri Dato’ Seri Syed Yusof bin Tun Syed Nasir, the Chairman of Shah Alam Hotel Sdn Bhd who were amongst the special guests quoted, “The practice of fasting presents social and spiritual purposes. Through hunger we are able to feel compassion for those who are in need, and focus on our relationship with the Almighty”. 

He then, gave ‘duit raya’ and Goodies to the children. The children were smiling beamingly until the end of the evening. 



Patrick Ng, the General Manager of Concorde Hotel Shah Alam said during the event, “Fasting teaches us unselfishness, patience and gratitude. The meaning of this experience in humanitarian context is that to sympathize with the needy around the world, and responding to their needs. We hope that through this humble gesture, these children get to fulfil their wish to celebrate Raya in a joyous mood”. 



Other sponsors who helped in making the event a success are Concorde Hotel Kuala Lumpur, ISY Holdings Sdn Bhd, Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners, Khairul Nizam Associates, Tiara Mass Shipping & Logistic, Tiara Mass Travel & Tours, Profresh Sdn Bhd and Alammi Spa.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, June 8, 2018

Ke Bazaar Ramadan Ampangan, Negeri Sembilan

Hi Korang,

Hujung minggu memang masa untuk melepak-lepak kan. 

Melepak-lepak tak de buat apa pun tak syiok jugak, nak masak pun apa lah sangat makan berdua. Sekejapan je dah siap. Boring-boring punya boring Mr Big ajak pi bazaar Ramadan. 

Oklah kak lily ingat bazaar depan rumah ni lah kan. 


Errmm rupanya tidak uolls, di bawak sampai ke Ampangan, Negeri Sembilan. 

Tak ke jauh betul berjalan tuh! 

Nasib baik ikut LEKAS Highway so tak delah rasa jauh sangat, dalam 20 minit cam tuh dah sampai dah. Apa lagi ikut Waze lah, kalau drive sendiri jawabnya pusing balik ke rumah lah. 

cantik kan murtabak kat sini, i like

tengok lauk pauknya

cantik je nasi lemak ayam pandan ni

pulut panggang beso

hah beli jangan tak beli ek

lauk pauk lagi

air pun macam-macam jenis

Not bad jugak bazaar Ramadan Ampangan ni, walaupan panjang sebaris dan setempat tapi menu makanannya ya ampun kemain pelbagai. Rambang mata, rambang tekak, rambang hati betullah, rasanya semua nak di beli dan di makan ishkk nafsu semata-mata semua itulah. 

Harga di bazaar Ramadan ni tak de lah mahal mana pun berpatutan dengan kuantiti dan saiz makanan tuh kan. Alah mahal sket tak per tapi yang penting sedap. 

buka memang makan kuih-muih je dulu, nasi makan lepas solat cam tuh lah

Sudahnya kami beli macam-macam jugak tapi yang tak delah sampai membazir tak habis. Sana beli sket, sini beli sket then cukuplah. 

Total kerugian mau sampai RM30 jugak tapi tak per sekali sekala kan… 

Ermm petang ni nak pi bazaar Ramadan lagi ke tak ek???












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, June 7, 2018

BookXcess Melancarkan Kedai Buku 24 Jam Pertama dan Terbesar di Malaysia

Hi Korang,

BookXcess secara rasminya melancarkan kedai buku 24 jam pertama di Malaysia hari ini di Tamarind Square, Cyberjaya. Dengan keluasan 37,000 kaki persegi, BookXcess Tamarind Square juga merupakan kedai buku terbesar di Malaysia, di mana 500,000 buku ditawarkan dengan harga diskaun antara 50% - 80% berbanding harga asal. 


“Sejak dahulu lagi, sasaran kami di BookXcess adalah untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi kami, pelancaran BookXcess di Tamarind Square bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Hari ini juga menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha berterusan kami untuk memastikan lebih ramai orang mempunyai akses untuk buku pada harga mampu milik,” kata Andrew Yap, salah seorang pengasas BookXcess. “Kos buku merupakan faktor yang dibimbangi ramai pencinta buku. Dengan pelancaran kedai buku terbesar negara, dan setengah juta buku yang ditawarkan pada harga menarik, kami berharap dapat mencapai lebih ramai pembaca buku di Cyberjaya, Lembah Klang, Seremban, Putrajaya dan banyak lagi.” 

Sempena dengan pelancaran cawangan baru ini, BookXcess memberi peluang kepada pelanggan bertuah untuk menyertai pertandingan mengisi seberapa banyak buku percuma yang mampu ke dalam bakul selama 3 minit. Untuk penyertaan, pelanggan perlu membelanja sekurang-kurangnya RM50 di mana-mana kedai buku BookXcess dari 4 Jun sehingga 22 Julai 2018 untuk menyertai cabutan bertuah. Empat belas pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai pertandingan tersebut di BookXcess Tamarind Square di hujung bulan Julai 2018. 





Pencinta buku mampu mendapatkan pelbagai jenis judul yang menarik di BookXcess Tamarind Square, yang terdiri daripada seni dan rekaan, kesusasteraan, fiksyen, bukan fiksyen, remaja, buku kanak-kanak dan banyak lagi judul buku istimewa yang lain. BookXcess juga berusaha menyediakan pelbagai seleksi judul yang terkenal dan bahan bacaan alternatif yang sukar ditemui di kedai buku yang lain. 

Dikelilingi dengan keindahan lanskap hijau, BookXcess Tamarind Square merupakan salah satu cawangan kedai buku BookXcess yang mempunyai mutu dan estetik yang paling menyerlah setakat ini. Peminat fotografi dan pengguna Instagram pasti teruja melihat begitu banyak sudut menarik yang sesuai untuk rakaman video dan mengambil gambar bersama buku-buku yang dibeli. 


“Kami bekerjasama rapat dengan pereka dalaman dalam merealisasikan visi kami untuk memanfaatkan sepenuhnya ruang 37,000 kaki persegi itu supaya ia kondusif untuk golongan pembaca, termasuk kemudahan kafe kepada mereka yang ingin bersantai dengan minuman dan snek ringan” kata Andrew Yap. “Kami mahukan lokasi yang selesa untuk pembaca di BookXcess Tamarind Square, yang jauh dari kesibukan bandar dan menjadi sumber inspirasi buat pembaca sambil dikelilingi oleh persekitaran hijau dan buku-buku kami.” 

Pelanggan di BookXcess Tamarind Square boleh menikmati WiFi percuma dan menggunakan ruang umum untuk belajar dan membuat kerja, selain kemudahan ruang untuk mengadakan acara dan aktiviti. 

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang mengujakan diatur dalam masa yang terdekat ini untuk pelanggan dari semua peringkat usia, seperti pertandingan bercerita, pertandingan mewarna, kelas seni dan kraf, dan termasuklah bengkel untuk kanak-kanak dan orang dewasa di BookXcess Tamarind Square. 


Cawangan kedai buku Tamarind Square terletak di L3M-04, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 10, 63000 Cyberjaya. Pelanggan boleh menghubungi kedai ini di talian 03-2726 2438, 24 jam setiap hari. 

Untuk mendapatkan berita terkini mengenai BookXcess, pelanggan boleh melayari: 


Instagram: @bookxcess 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com