Monday, November 20, 2017

Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Kembali Untuk Membantu Masyarakat Buat Tahun Ketiga

Hi Korang,

Jenama pencuci nombor satu di Semenanjung Malaysia [1], TOP kembali untuk tahun ketiga dengan kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ bagi mengumpul dana untuk membekalkan keperluan persekolahan kepada kanak-kanak dari pusat-pusat penjagaan terpilih seluruh negara.

Sejak dilancarkan dua tahun lepas, hampir 1,000 kanak-kanak dari pusat-pusat penjagaan dari seluruh negara telah menerima kit keperluan persekolahan lengkap termasuklah pakaian sekolah; kasut sekolah, stoking dan alat tulis.

Tahun ini TOP menyasarkan untuk mengumpul dana melebihi RM40,000 untuk membekalkan kit persekolahan lengkap kepada 400 kanak-kanak berusia antara 7 sehingga 17 tahun dari 18 rumah penjagaan merangkumi 10 buah negeri di Malaysia. Tujuan kempen ini ialah kanak-kanak ini dapat memulakan tahun persekolahan baharu setara dengan rakan-rakan sekolah yang lain, bagi membina masa depan yang lebih cerah.

TOP akan bekerjasama dengan Giant. Giant mempunyai lebih daripada 150 pasaraya di seluruh negara yang boleh menarik lebih ramai pengguna menyokong kempen ini demi memberikan kanak-kanak berkenaan masa depan yang lebih cerah. 

Melalui kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ ini, sebanyak 30 sen daripada jualan mana-mana produk TOP di semua cawangan Giant di seluruh negara akan disalurkan kepada dana ini bermula 13 November hingga 13 Disember, 2017. 

Kempen ini mempunyai dua objektif iaitu memberikan masa depan yang cemerlang kepada kanak-kanak ini melalui pemberian pakaian seragam sekolah baharu yang boleh membina keyakinan diri mereka; serta menanamkan sifat tanggungjawab dalam diri mereka untuk menjaga pakaian sendiri supaya ia sentiasa bersih dan dicuci dengan sempurna. 

Dirumuskan oleh LION Corporation Japan, TOP merupakan jenama pencuci No. 1 di Semenanjung Malaysia[2], tersohor dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggunakan teknologi berinovasi untuk cucian yang lebih bersih, peningkatan keselesaan dan kesejahteraaan yang lebih baik. 

Baru-baru ini, jenama ini telah memperkenalkan inovasi TOP ‘Micro-Clean Tech’ baharu yang dirumuskan dengan inovasi Anti-Sebum yang akan menembusi jauh ke dalam teras fiber pakaian untuk membersihkan sepenuhnya sebum dan kesan peluh yang terperangkap dengan lebih berkesan. Inovasi Anti-Sebum memberikan satu penyelesaian praktikal yang amat diperlukan oleh pengguna, khasnya yang tinggal di negara beriklim tropika seperti Malaysia.

Sebum atau minyak badan dirembes secara semulajadi oleh tubuh terutamanya dalam cuaca panas dan lembap. Sebum meninggalkan kesan tampak mahupun tersembunyi pada pakaian. Sebum yang terperangkap dalam teras fabrik merupakan nutrisi kepada bakteria yang boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan dan menjadikan pakaian anda kekuningan, kusam dan pudar warnanya. 

Pencuci biasa tidak dapat membersihkan sebum dengan berkesan. Inovasi TOP Micro-Clean Tech dengan Anti-Sebum menembusi jauh ke dalam, teras fabrik untuk membersihkan sepenuhnya sebum dan molekul peluh dengan berkesan.

Slogan kata TOP Micro-Clean Tech – ‘Belum Bersih Sehingga Mikro Bersih’ mencerminkan pencapaian teknologi pencuci yang memberi kuasa kepada siri ini, dan kepercayaan para pengguna kepada keupayaan TOP Micro-Clean Tech dengan Anti-Sebum untuk membersihkan kotoran tampak mahupun tersembunyi demi menikmati cucian pakaian yang lebih bersih dan gaya hidup yang lebih sihat.


TOP Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti-Sebum melingkungi semua fungsi yang dimasyhurkan oleh TOP termasuk anti-bau hapak, anti-debu hama, anti-bakteria sementara rangkaian Blooming pula mempunyai fungsi tambahan iaitu teknologi wangian FreshCare™ untuk kesegaran berkekalan sehingga 30 hari selepas membasuh.

Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo menerangkan, TOP telah mendapati maklumbalas yang positif hasil pemberian pakaian seragam baharu kepada kanak-kanak tersebut. Penerimaan dan sokongan dalam kalangan pengguna, rakan niaga dan para pekerja TOP juga amat menggalakkan. 

“Semasa memulakan kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’, kami menanamkan azam untuk membantu kanak-kanak ini setelah melihat wujudnya keperluan itu dalam kalangan kanak-kanak ini. Sepanjang perlaksanaan kempen ini, kami mendapati para pengguna dan rakan jualan turut mempunyai keazaman, kesudian dan keinginan untuk turut serta setiap tahun kerana mereka percaya usaha terancang ini membuat perbezaan kepadamasa depan kanak-kakan tersebut. Kami menerima ribuan ucapan terima kasih dan penghargaan daripada kanak-kanak yang menerima pakaian seragam berkenaan. Kami berterima kasih kepada semua para pengguna dan peruncit yang telah dan sedang bekerja bersama kami untuk menzahirkan kempen ini,” kata Cik Foo. 

“Kami berbangga kerana dapat menyediakan saluran/landasan/kemudahan platform untuk orang ramai memberi sokongan kepada masyarakat di sekeliling mereka dan pada masa yang sama memberikan inovasi serta faedah produk kami sebagai balasan yang sentiasa dengan tujuan memotivasi lebih banyak kanak-kanak untuk menikmati masa depan yang lebih cerah. Sekalung penghargaan buat para pengguna TOP yang menyokong kempen ini sehingga tahun ketiganya,” kata Carmen.

Sebagai jenama keperluan asas detergen bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, TOP mengamal nilai-nilai perkongsian masyarakat; penekanan kepada pendidikan dan saling mengambil berat untuk komuniti yang membentuk Malaysia.

“Bermula 13 November hingga 13 December 2017, anda boleh ke Giant yang terdekat untuk mendapatkan mana-mana produk TOP termasuklah TOP Lite dan pelembut fabric TOP Day Fresh dengan mengetahui anda memberi sumbangan melalui kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ untuk membantu kanak-kanak lebih berinteraksi dengan rakan sebaya mereka, dan untuk lebih melibatkan diri di sekolah,” katanya mengakhiri ucapan. 

Kanak-kanak daripada rumah-rumah kebajikan di bawah akan menerima kit lengkap persekolahan setiap seorang termasuk kasut dan stoking. 


TOP Micro Clean Tech dengan teknologi anti sebum boleh didapati di seluruh negara dengan pelbagai varian serbuk dan cecair pencuci termasuklah pelembut fabrik; untuk mesin basuh muatan atas dan muatan depan serta pilihan-pilihan cucian tangan. 

Antara varian TOP berkenaan adalah cecair Stain Buster, Brilliant Clean, Blooming Pleasures, Odour Buster, Colour Protect untuk mesin basuh muatan atas dan varian Smart Clean untuk mesin basuh muatan depan. Varian serbuk pencuci pula termasuklah Super White, Super Colour, Super Hygienic dan Blooming Freshness untuk mesin basuh muatan atas serta Super Low Suds untuk mesin basuh muatan depan. Pelembut TOP Day Fresh diformulasikan untuk kedua jenis mesin basuh dan didatangkan dengan varian yang termasuk Romantic Pink, Sensual Purple dan Serene Blue. TOPLite pula ialah untuk fabrik lembut. 

Untuk mengetahui lebih lanjut sila Lawati pautan http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133. 

[1] [1] Berdasarkan Perkhidmatan Indeks Runcit dalam Kategori Pencuci Fabrik untuk 12 bulan, berakhir pada September 2017 di Semenanjung Malaysia. (Hakcipta © 2017, Nielsen Company (M) Sdn Bhd) 

[2] Berdasarkan Perkhidmatan Indeks Runcit dalam Kategori Pencuci Fabrik untuk 12 bulan, berakhir pada September 2017 di Semenanjung Malaysia. (Hakcipta © 2017, Nielsen Company (M) Sdn Bhd) 










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Sunday, November 19, 2017

PIZZA HUT Digital Concept Store, Sunway Piramid

Hi Korang,

Pizza Hut Malaysia ("Pizza Hut"), rangkaian pizza No.1 Malaysia telah mengorak sempadan digital baru - sebuah restoran konsep digital yang diperbaharui di Sunway Pyramid, berserta aplikasi mudah alih baru.


Kedua-dua inisiatif ini telah melonjakkan Pizza Hut dalam transformasi digitalnya, di samping menyokong misi rangkaian berkenaan untuk menjadikan proses membeli piza "Lebih Senang" dan memberi pengalaman "Lebih Baik" kepada pelanggan.

Berucap ketika majlis itu, Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata: "Dalam membangunkan strategi digital Pizza Hut, kami kembali kepada teras industri makanan. Dalam industri kami, pengalaman pelanggan merupakan aspek paling utama, dan soal aspek digital bukanlah sekadar penggunaan teknologi semata-mata sahaja - ianya untuk memastikan kepuasan para pelanggan. Bagi kami, ini bermaksud menyenangkan proses pembelian piza untuk pelanggan - sama ada di restoran, 

Mengubah pengalaman makan dan pesanan digital

Restoran konsep digital baru Pizza Hut memberikan pelanggan pengalaman digital yang baru dari saat mereka melangkah masuk ke restoran, membuat pesanan dan menikmati hidangan mereka, sehingga saat mereka keluar. Dari panel digital pesanan dan pengurusan barisan yang terletak di luar restoran, hinggalah robot penyambut tetamu di dalam, restoran ini telah direka khas untuk berfungsi secara digital.


Di restoran konsep digital baru Pizza Hut juga, kesemua pekerja dilengkapi dengan tablet untuk mengambil pesanan dengan lebih efisien dan tepat.

Restoran baru ini juga merupakan cawangan pertama Pizza Hut di Asia Pasifik untuk menampilkan Kios Bawa Pulang Digital. Kios ini membolehkan pelanggan membuat pesanan dan bayar dengan lebih pantas, menjadikan proses ini lebih cekap dan mengurangkan masa menunggu.


Pelanggan juga dapat menggunakan menu “Augmented Reality” dengan keupayaan untuk berinteraksi dengan para pelanggan sambil memaparkan makanan dengan animasi-animasi yang membangkitkan selera. Pengalaman digital ini berterusan selepas pesanan telah dibuat, dengan penyediaan permainan digital yang menarik untuk memastikan para pelanggan akan terhibur sambil menunggu piza mereka.

"Dalam perancangan untuk menerapkan teknologi digital ke dalam restoran konsep digital ini, kami mendekatinya dari sudut pandangan pelanggan. Bagaimanakah kita dapat membuat keseluruhan pengalaman pelanggan lebih senang? Sebab itulah kami telah membawa penyelesaian seperti Kios Bawa Pulang Digital - kerana pelanggan memberitahu kami bahawa mereka ingin memesan dan membuat pembayaran dengan lebih pantas, supaya mereka dapat lebih cepat menikmati piza mereka. Dengan cara ini, pelaburan kami ke dalam pembinaan kios ini terus menjadi sebuah penyelesaian dan memberi pengalaman pelanggan yang lebih baik."

Kemudahan di hujung jari korang

Bagi pelanggan yang lebih suka menikmati piza yang dihantar ke rumah, Pizza Hut telah mula membuat pengalaman ini lebih baik dengan pembaharuan laman webnya pada awal Mei tahun ini, lengkap dengan mekanisme pesanan, navigasi dan penjejakan yang lebih mudah.

Pelaburan ini membawa keuntungan dengan kenaikan 107%* trafik laman web, sementara urus niaga jualan dalam talian meningkat sebanyak 31%*.

Pizza Hut kini telah mengambil langkah seterusnya dengan pelancaran rasmi aplikasi mudah alihnya.

Aplikasi ini akan menjadikan proses pesanan piza satu pengalaman yang lebih mudah dan bermanfaat. Aplikasi ini mengingati pesanan dan pilihan pelanggan yang terakhir - termasuk alamat penghantaran sebelumnya, supaya pelanggan tidak perlu memasukkan data berulang kali. Dengan data GPS dan data lokasi yang terbina di dalam kebanyakan telefon mudah alih hari ini, aplikasi ini dapat mengesan lokasi pelanggan dan menjadikan proses menempah semudah satu klik sahaja. Pemantauan status penghantaran juga memudahkan pelanggan menjangka bila penghantaran pizza mereka akan tiba.

Di samping membuat proses memesan lebih mudah, aplikasi Pizza Hut ini juga memberi ganjaran dengan setiap pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Dengan setiap pesanan, pelanggan akan diberikan poin piza yang boleh ditebus untuk ganjaran seperti hidangan sampingan percuma, minuman ataupun piza percuma.

Sejak diperkenalkan pada awal bulan September, aplikasi mudah alih ini telah dimuat turun sebanyak 37,432 kali, dengan peningkatan kadar jualan melaluinya.

Gandakan ganjaran dengan "You download, We Belanja!"

Untuk meraikan aplikasi mudah alih baru ini, Pizza Hut akan memberikan 35,000 piza percuma melalui promosi terbaru mereka, "You Download, We Belanja". Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih Pizza Hut, dan buat pesanan untuk satu piza saiz biasa dan mereka akan mendapat satu lagi piza saiz biasa secara percuma!

Pelaburan berterusan dalam alam digital

Pizza Hut berhasrat untuk teruskan pelaburan mereka dalam teknologi digital bagi meningkatkan kualiti kepuasan pelanggan.

Kata Pereyra, "Pelaburan kami dalam strategi digital bukanlah untuk mendorong keperluan untuk terus berada di dalam trend semasa semata-mata." Sebaliknya, kami sengaja menggunakan teknologi ini dengan cara strategik supaya pengalaman pelanggan kami lebih hebat, baik dan lebih menyeronokkan - seperti piza yang mereka nikmati. 

Lagipun, semua orang suka piza yang panas dan lazat. Kami selalu bertanyakan soalan: "bagimanakah boleh kita menghantar piza terbaik kepada anda dengan cara termudah di samping memberi ganjaran kepada anda semasa berbuat demikian?"


"Kami percaya inilah yang akan meletakkan senyuman di muka pelanggan kami dan inilah sebabnya kami komited untuk menggunakan teknologi bagi meningkatkan kepuasan pelanggan, dan menjadikannya lebih mudah dan lebih baik," katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pizza Hut Malaysia dan promosi terkini, layari www.pizzahut.com.my dan www.facebook.com/pizzahutmalaysia/. 

*Laman web baru Pizza Hut Malaysia telah memperolehi 31% daripada jumlah jualan atas talian, serta peningkatan 107% dalam trafik laman web dalam tempoh masa 5 bulan selepas pelancarannya.









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, November 18, 2017

Coca-Cola Bekalkan Air Minuman di Pusat Pemindahan Banjir

Hi Korang,

Coca-Cola Malaysia baru-baru ini menggerakkan rangkaian perbekalannya di seluruh negara bagi menghantar 24,000 botol (1,000 karton) air mineral Dasani di pusat pemindahan banjir dan beberapa saluran lain di Pulau Pinang dan Kedah bagi memastikan mangsa banjir mendapat akses kepada air minuman bersih.

Coca-Cola staff distributes water to families seeking shelter at SK Bertam Indah in Seberang Perai

“Sebagai syarikat yang beroperasi di negara ini, Coca-Cola komited dalam memberi bantuan terhadap usaha pemindahan mangsa bencana di mana ia diperlukan dan usaha sebegini dilakukan terhadap komuniti dan negara di seluruh dunia. Dalam banyak keadaan, The Coca-Cola Company sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan sewaktu atau selepas berlaku bencana alam, bagi membolehkan komuniti yang terbabit membina semula kehidupan memandangkan rangkaian pengedaran kami yang besar dan kehadiran kami di lebih 200 negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Coca-Cola’s Bottling Investment Group Malaysia-Singapura-Brunei, Gareth McGeown McGeown 

McGeown hands over drinking water to representatives from the Welfare Department at the Lubok Meriam relief centre

McGeown dan Pengarah Jualan Dagangan Am, Yap Wei Han berada di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangaan Bertam Indah dan Pusat Pemindahan Banjir Lubok Meriam di Seberang Perai baru-baru ini bagi membekalkan air minuman kepada lebih 700 keluarga yang mendapatkan perlindungan di sementara di situ. 

McGeown and Yap visits evacuees based at SK Bertam Indah and hands over drinks

Pasukan bantuan Coca-Cola turut melawat pekedai runcit di sekitar kawasan berkenaan bagi melihat bagaimana sokongan yang boleh diberikan syarikat bagi membantu kerja-kerja pembaikan kedai.









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com