Thursday, December 6, 2012

PickNik @Solaris Dutamas

Hi Korang,

First time dengar nama restoran ni, ingatkan restoran berkonsepkan piknik (berkelah) but lain rupanya. 


Well salah ok!


Picknik ni merupakan cafe yang menghidangkan segala jenis makanan barat ala ‘comfort food’ yang mana rasanya seperti kita memasak dirumah c kita tak de masa nak masak je kan.


Tuan punya cafe adalah Nik Michael yang merupakan peserta MasterChef 1 dan juga host rancangan ‘Hello Bro Tolong Masak’ yang disiarkan di Astro Ria tidak lama dulu. Kira macam family gituh coz bapanya Dato’ Nik Ezar juga merupakan executive chef di PickNik ni.



Simple je deco café ni, rasa macam kat umah je. Friendly enviromentlah.


Malam ni ktorg di hidangkan beberapa signature dish, hasil air tangan pasangan anak beranak ini.

Di antaranya

Stracciatella Soup (RM7)
Sup ayam Itali, ada parmesan cheese, croutons, daun parsley dan putih telur

Watercress and Pear Salad (RM13)
Gabungan watercress dan pear manis yang dihiris halus, potongan strawberi, kepingan almond di tambah pula dengan sos rahsia istimewa honey mustard. Sayur dan buahnya segar.

Lamb Cutlet per piece (RM20)
Daging kambing grill yang di perap dengan rempah cili korea dihidangkan dengan sautéed spinach. Memang terasa rempah cili tuh. Tak pedas pun.

Chicken Liver Pate (RM16)
Hati ayam yang direbus dan di perhalusi di dalam cream dan dihidangkan dengan roti bakar. Rasa hanyir langsung tak de

Deep Fried Squid (RM14)
Sotong goreng dengan adunan tepung, di hidangkan dengan sos chili salsa. Tepung tak tebal so ranggup bila makan

Spaghetti Aglio Olio (RM14)
Pasta yang ditumis bersama bawang putih dan olive oil, beserta chili flakes dan udang. Simple dan sedap

Spaghetti Marinara (RM30)
Spaghetti makanan laut yang mengandungi sotong, ikan, udang, kupang dan herba di dalam sos Napoli. Sosnya memang terbaik, sedap. Ada plak cheese sket, seafoodnya ok besar-besar saiznya

Gabungan 3 Dessert dalam satu pinggan

Peanut Butter Slice (RM8), Peach Apple Cobbler (RM7), Salted Caramel Brownies (RM12)

Memang sedap, terasa yang amat peanut butternya di tambah pulak dengan sos coklat yang lazat. Tak boleh di sangkalkan lagi kenakkannya. Ada manis, masin dan rasa buah yang lazat.


Harga ok kan, tak de mahal sangat pun berpatutan. Sesuai untuk orang cam kita-kita ni.

cilok dari FB Nik Michael eheheeh jangan Nik ye...

Yang bestnya café ini, kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana Nik Michael memasak dihadapan para pelanggan kerana dapurnya yang ‘open concept’. Turun escalator je dah boleh nampak Nik Michael masak. Best tuh. Leka aku sekejap tengok cara dia masak, rileks dan tenang je siap boleh borak-borak lagi dengan customer yang ada dekat situ.

Korang nak pi, ni alamatnya

PickNik Cafe
UG1-05, Block A4,
Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1,
Sri Hartamas Kuala Lumpur

Betul lah Nik Michael yang masak tau, korang boleh check it out nanti kat kitchen dia. Dia sedia je menanti kedatangan korang tau.

Selamat makan ye..






Jemputan Dari Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Hi Korang,

Tadi dapat email istimewa dari seseorang.

Nak tau tak sape?

Baca ni



Hah cam tak caya kan. Kembang kejap. Memang tak di sangka sungguh. Dah la roti-roti kat The Loaf ni sedap-sedap. Aku selalu lepak makan kat Bangsar Village 2 punye outlet.

Insyallah kalau tak de apa hal dapatlah ke sini ye. 

Terima kasih atas jemputan istimewa ni.

Isk cam tak caya pun ada nie...

Bertuah badan...





Wednesday, December 5, 2012

Chef Selebriti 2 BH dan Gas Petronas, 20 Chef Terpilih Ke Separuh Akhir

Hi Korang,

This is 48 hours sponsored post, kindly scroll down for new entries.

Aku sendiri pun baru tau pasal program Chef Selebriti 2 anjuran Berita Harian (BH) dan Gas PETRONAS ni. Kalau mak aku tau confirm dia pun nak join sekali, nak tunjuk skill katanya.

Takper lah mother, lain kali la jawabnya.


Daripada 100 penyertaan bagi kategori individu dan 50 penyertaan dari kategori professional yang di terima, seramai 20 chef terpilih bagi kedua-dua kategori untuk ke peringkat separuh akhir berdasarkan borang penyertaan yang di hantar berserta gambar bersama masakan, 1 set senarai resipi (pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut) dan 10 kepala akhbar BH dan 1 penutup silinder Gas PETRONAS.


Majlis pengumunan peserta separuh akhir yang di adakan di Bangsar turut dihadiri, Pengarang Kumpulan BH YBhg Datuk Mior Kamarul Shahid, Pengurus Besar, Bahaian Perniagan Gas Petroleum Cecair (GPC), PETRONAS Dagangan Berhad, Puan Nik Faizanira Nik Affandi dan Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Encik Mahfar Ali.

Format pertandingan bagi Chef Selebriti Musim Kedua ni

Kategori Individu
DIbenarkan membawa seorang pembantu dapur ketika pertandingan dan membawa bahan masakan berdasarkan resipi yang di hantar oleh peserta kepada pihak BH

Kategori Profesional
TIDAK dibenarkan membawa seorang pembantu dapur ketika pertandingan dan membawa bahan masakan tetapi pihak penganjur akan menyediakan bahan masakan sebagai kejutan untuk menguji kebolehan para peserta dalam menyediakan surprise ingredients.


‘Uniknya pertandingan ini bukan sekadar menari individu yang pandai memasak, juga mempunyai personality menarik serta berupaya menawan hati penonton dengan pengetahuan dalam bidang masakan dan kepetaan berbicara’ kata Datuk Mior Kamarul Shahid, Pengarang Kumpulan BH.

Pihak BH juga mengumumkan tempat pertandingan separuh akhir yang akan di adakan pada 1 Disember 2012 di AEON Bukit Tinggi Klang dan pertandingan akhir pada 15 Disember 2012 bertempat di Piazza E@Curve, Mutiara Damansara Selangor.


‘PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) amat komited untuk memainkan peranan besar dalam mencungkil bakat-bakat baru di kalangan peserta bagi memupuk pembangunan industri masakan tempatan. Pertandingan ini juga adalah satu medium untuk kami mempamerkan dan meningkatkan pengetahuan pengguna mengenai kelebihan dan kualiti Gas PETRONAS yang merupakan Gas Memasak No. 1 di Malaysia’ kata Puan Nik Faizanira Nik Affandi.

Sebelum sessi taklimat untuk kesemua peserta, sempat gak aku tengok demonstrasi masakan daripada Angah MasterChef Selebriti. Beliau masak Ayam Tango. 





Wah kemain meletup lagi nama masakan tak nak kalah. Ada plak Along Raja Lawak sekali sebagai tukang pengulas masakan. Kelakar diorg berdua, tak henti-henti orang kat situ.

Ok meh aku citer hadiah yang menanti pemenang Chef Selebriti 2 BH dan Gas PETRONAS.

Tempat Pertama (Kategori Individu)
RM10,000 dan trofi

Tempat Pertama (Kategori Profesional)
RM10,000 dan trofi + berpeluang menjadi penulis jemputan ruangan masakan setiap Khamis di BH Famili selama 6 bulan

Tempat Kedua (Setiap Kategori)
RM2,000 dan trofi

Tempat Ketiga (Setiap Kategori)
RM1,000 dan trofi

Tempat Ke-Empat Hingga Ke 10 (Setiap Kategori)
RM100 dan trofi

Menarik kan hadiahnya, boleh buat tambah-tambah modal berniaga bukak kedai makan kan.

Eh nak bagitau korang ni

Gas PETRONAS juga telah memperkenalkan system penghantaran ke rumah melalui talian 1-300-888-GAS (427) ‘Bukan Sekadar Menghantar Gas’. Dengan 1 talian untuk dihubungi, pelanggan akan mendapat pelbagai faedah sampingan seperti mata ganjaran Kas MESRA dan pemeriksaan keselamatan percuma daripada krew penghantaran yang terlatih.

Bestlah service cam ni, untung yang ada Kad MESRA. Memacam boleh buat kan.


Ok ok apa-apa pun kita tunggu nanti pertandingan separuh akhir Chef Selebriti 2 ni, mana tau ada peserta favourite pilihan kita kan.

Aku kalau dapat invitation pi pertandingan ni, haruslah tak lepas peluang kan.