Tuesday, April 13, 2010

Bercuti di Pantai Persendirian, memang indah

Salam korang,

aku tau korang mesti tertanya-tanya kemane plak aku hilang 2-3 ari nie. Nak kata bercuti ade plak entry on weekend kan.
Us
Sememangnya aku pi bercuti, dengan BFF aku masa kecik2 dulu. Ktorg nie berkawan sejak dari kecik lagi tapi lama x jumpe. Maklumlah anak2 polis depoh kan, mestilah selalu berpindah- randah. Kitaorang jumpe balik dalam FB (credit to facebook okeh)

Tempat percutian kali nie dekat je, kat adalah tempat tu. Tempat yang korang x sangka lah kan. Ktorg pi on weekend. Jumaat dah check in hotel dah. So bermulalah segala aktiviti yang ktorg dah plan beberape minggu yang lepas.
Pas masak, apa lagi makan lah
Malas nak masak, jejalan cari makan plak
Jejaka Malaya
All of us

So memacam kitorg buatlah, selain dari makan dan masak, ktorg bersight seeing di area Pantai timur nie. Segala jenis pantai semua aku singgah, even x turun dari keta but still gambo2 pantai semua aku amik. Sebelah petang melepak kat kolam renang je sampai ke maghrib, tak pun ke private beach yang diorg dah sediakan kat sini. Memang cantik lah, ala-ala Bali lah katakann. Sebelah malam plak, ktorang duk bantai bersembang kisah2 lama. memang menyeronokkanlah. Setiap ari rutinnya cam tu. Segala bendalah ktorg kongsi bersama.
Alamak, ade grammar mistake plak kat situ. Sepatutnya 'were' jadi 'was' plak. Nasib baik ade grammar teacher Cikgu Isabelle kite. Thks
Ultraman taro bersama partner in crime
Anyway journey 3 ari 2 malam nie memang x dapat aku lupakanlah sebab banyak sangat kenangan pahit, manis untuk aku. Aku malaslah nak citer tapi memang mengajar aku erti kesabaranlah dalam sesuatu perhubungan tuh.

p/s: kenape entry aku nie berbaur emo, kan entry pasal bercuti nie ek?apa kene nie..

Saturday, April 10, 2010

Ole-ole Dari Jog Ja

 Korang,

Masa event Project Alpha tuh, aku dapat nie gak tau.
Keychain dan duit 2000 siot! Tetiba rasa daydeck kaya plak ek, bagi aku duit 2000 nie.

Terima kasi daydeck, ingat gak ko kat aku kan.Dia kan pi bercuti ari tu ke Indonesia. Ingatkan ko ingat kat K ina KL je.

p/s: Tasha, PojiePooh & Cik Hel, korang pun dapat gak kan!

Friday, April 9, 2010

Date Night - TQ mr Nuffnang

Korang,

nie citer pasal nuffnang lagi. Terlalu banyak keje sampai x sempat nak update blog. Tetiba balik tadi, godek2 blog sambil check email, nampak nie plak.

Tak sangka aku, sekali lagi nuffnang kasi aku hadiah iaitu tiket wayang citer date night. Aku ade buat entry pasal citer nie ari tu, so dapatlah tiket. Check dengan mrBig dia ok ke tak time, dia cakap ok then aku terus reply. So dapatlah aku berjimba lagi dengan Tasha & Bean.
Anyway, sesape yang dapat tiket untuk citer nie jumpe korang di sana.

 p/s: Daydeck, kali ni aku tak dapat nak bawak ko lagi tau! Jangan nak buat muke sedey2 dengan aku...

Project Alpha S2 Launching Event - Seronok sesangatlah!

Salam korang,
Celebriti Bloggers feature in Project Alpha Season 2
sorry lambat giler update nie. Nak citer pasal semalam. Tapi roughly jelah ye. Aku rasa ramai lagi dah citer pasal nie kan.
Daydeck & PojiePooh
So partner in crime aku daydecklah, coz ari tu dia x sempat nak anta email untuk invitation nie, so aku ajaklah dia untuk gantikan tempat mr.Big. ishk korang nie, bukan skandal lah but teman tapi mesra huahuahuahauhaua korang gile ke apo hah?
Dapat goodies bag
Masa ktorg sampai tu, K ina KL tengah make over, apa lagi duk kacau2 lah dia. MatJoe dan Merah baldu pun ade gak. Sambil nak tunggu k ina, ktorg beratur untuk registration dan amik goodies bag. Kejap tu plak Pojiepooh sampai tapi partner dia Cik Hel lambat plak. So kenalah dia tunggu kan. Then aku nampak Bean, AinSepet dan Jard tengah beratur untuk register. Pas semua dah register terus ktorg serbu kat dining area yang diorg dah sediakan.
Top Bloggers a.k.a yang perasan kahkahakhakhakaha..
Sambil makan, Byzura & Eyriqazz pun tiba. So sambil makan, sambil borak2 sambil bercamwhore memasing. Pas dah borak2 tu,apa lagi ktorg nie berkeliaranlah bercamwhore dengan bloggers celebriti nie. Dengan orang tu dengan orang nie ermm pendek kata macam2 oranglah ktorg bergambo.
With Ninie Ahmad, kuruskan diri, yoga instructur tuh
Amboi amboi amboi, SiAzwan Ali kira celebriti aku gak kan!
Dengan Red Devil oops RedMummy.. Jangan marah okeh!
Dengan Sirman, Kak Red pinjam kejap je tau!
Dengan Abang Nara, dia datang lambat.
Dah puas bercamwhore, tetiba nuffie accounce nak boleh masuk hall 8 untuk tengok wayang. Aku yang pada mulanya agak malas nak tengok citer 'Kick Ass' nie, kene tarik dengan bebudak nie paksa tengok gak. Dalam panggung, memasing berkeliaran cari sit no. Aku duk dekat dengan Bob red fingger dan partnernya. K ina dengan managernya dapat duk sit tengah. Tasha, Cik Hel & partners duk hujung sana.
So before movie start, diorang tayangkn sket clip of ProjectAlpha Season 2 nie. Tengok cam best je. Tak sabar nak tengok official kat tv start dalam minggu depan kot kat Hitz tv. Anyway aku x kan miss lah. Daripada nak tengok dalam 1/2 jam je jadi trus tengok sampai abis. At begining macam citer lawak2 bodoh gak lah, but bile dah tengah2 tu, action2nya memang superb. Aku suker betul dengan Hit Girl tu, dahlah comel but briliant betul lah.  Korang kene tengok citer tau confirm best.
Kuar panggung dalam kul 11.40pm camtu, kuar2 trus kene gelak dengan Tasha coz beria2 nak balik tapi x jadi. Ishkk tak per, nanti korang. Bayar parking trus berdezut x sampai 20min dari Damansara ke Bangi siap boleh beli burger kat McD drive thru Sg Besi lagi, dah malam kan kereta pun dah kurang. Tetiba terasa plak cam Evolusi KL Drift.

MrBig terperanjat tengok aku bukak pintu, siap sound terbang ke apa nie, kejap je dah sampai. Aku sengih jelah kan.
Anyway, event anjuran Nuffnang nie memang best!

p/s: daydeck nak gambo. plz plz plz kamu jangan marah tau!

Wednesday, April 7, 2010