Thursday, January 21, 2010

Hadiah Dr Seberang Laut

Ooi jauh tu hadiah datang, dari seberang laut naik kapal terbang lagi tau. Hah itulah dia orang lain yang pergi bercuti, aku yang untung. Nak tau sebab aper? Mesti diorg nie belikan favourite aku fridge magnet.


2 ari lepas aku jumpe geng 3 sekawan. Wida,Wan & Aerian. Diorg nie adalah good frens aku masa aku kat Inai dulu. Evntho ktorg dah keje lelain company, tapi hang out selalu gak lah.


So Wida nie bagi aku nie, trip dia pegi Phuket dengan kengkawan dia


Wan plak bagi aku nie, trip dia pegi London dengan cousin2 dia.

Si Aerian bawak ktorg jejln naik kete baru dia, alamak gambo kete baru dia lupe nak amik plak.

Diorg nie memang kaki berjalan, tiap-tiap 2-3 kali dalam setahun pegi oversea bercuti.Maklumlah anak2 orang kaya kan. Ops! terlebih sudah, kang aku kene pukul plak bukak tembelang diorg nie.


Then opismate aku Ms Lai bagi aku nie plak, trip dia pegi Cambodia dengan kengkawan dia gak.


So semua nie aku letakkan di sinilah, dimana? kat fridge umah aku la dol!tak kan kat umah korang plak kan..

Wednesday, January 20, 2010

Astro Byond Bloggers Nite


ermm aku rasa akulah yang paling last update pasal event nie. aku tengok geng2 bloggers lain dah buat pun entry pasal nie, cume aku je yang belom. Korang tau pasal ape? Pasal gambo2 yg aku amik ari tu dr camera aku, ntah cam ne aku boleh terdelete. Bongok kan! Dah lah nak amik gambo punyalah susah dengan senang ati aku leh boleh delete plak. Uisk! sesuatu perkara yang amat bodoh sekali dapat aku katakanlah.

Nasib baik lah my hero, Daydeck86 email gambo kat aku dan aku cilok dr beberapa blogger lain. Credit kat korang tau.

Ceriteranya berbunyi begini :-


Pada 13hb Januari lepas bersamaan Rabu malam, aku dengan terkocoh-kocohnya dari opis di Cyberjaya trus ke Modestos Seri Hartamas. Korang tau aku sampai kul berape? Kul 6pm tau tak, pukul 6. Korang jangan nak gelakkan aku plak, actually aku takut jem & lambat sampai. Sampai staff nuffnang cakap akulah orang yang paling awal sampai. Sementara nak tunggu kul 7.30pm, aku lepak kat KFC sambil berwiffi di situ.


So around 7.15pm aku check in kat Rain Club lobby. Pas check2 nama, dapat lah goodies dari astro. Pas tu plak kene tulis resolution aku untuk tahun baru nie. Masuk2 gelap, banyak plak tv2 kat stage tuh, dah lah aku tak kenal sesape, nasib baik ternampak K Ina KL & Aus. So tegurlah diorg nie pas tu trus duduk semeja. Then datang plak Amy, Daydeck and Byzura. Lepaklah ktorg semeja sekali. Borak punya borak datang lagi plak, Bean, Matjoe,Tini, Jard. So penuhla meja ktorg nie. Yang borak ade, yg tukar2 url, yg camwhore, pendek kata mcm2lah yg dibuat sementara tunggu opening ceremony nie.


Rupanyer malam tu, ktorg nie diantara 200 bloggers yang diberi peluang 1st time tengok Astro Byond HD commercial adv nie. Seronok gak lah sangat, kagum pun ade, bangga pun ade gak lah. MC for the event is Aanont Wathanasin ala host Deal or No deal gameshow tulah.


Pas tu COO Astro Byond, Mr Henry Tan bagi speech everything pasal Astro Byond nie, bile dia bagitau itu ini then barulah aku faham apa dia Astro Byond nie. Pas tu plak ktorg dipertontonkan buat pertama kali nie Astro Byond commercial adv nie, lebih kurang 2.30minit mulut aku ternganga gak lah. Siap diorg repeat for 2nd time lagi. Pas tu plak ade slot for top bloggers, diorg pun dah masuk dalam Astro Byond HD nie tau.


Ermm makan time, nasib baik meja yang ktorg dekat dengan buffet table. So k ina KL cakap baik cepat, nanti ramai so tanpa berfikir panjang straightlah ktorg beratur reramai sekali semeja. Makanan not bad, menu western, simple tapi sedap oooo. Sambil makan nie, sempat lagi borak2, amik2 gambo makanan plak.


MC announce ada game plak pas makan, so dia nak 20 groups consists of 5 bloggers. So cepat2 aku ajak Daydeck, Bean, Aus, Matjoe bagi nama kat MC. Berebut2 lah ktorg dengan orang2 lain kat stage yg sempit tuh.
Ktorg diberi task untuk menyelesaikan misteri pembunuhan yg berlaku kat situ. So berusahalah ktorg nie utk selesaikan kes nie. Yang menyangkung ade, yg menelek ade, yg amik2 gambo, yang tukang pegang pen & kertas ade akulah tu hehehe. Last team lain iaitu Team Kenny menang dulu. Actually susah gak tau nak cari jawapannya, sebab ape susah, sebab hadiahnya adalah Astro B.yond set, a 32" LG HDTV plus a one year subscription to Astro B.yond until December 2010. Ala kalau korang nak main game nie, korang masuk je kat facebook astro, dalam tu semua details ade.



So event dah abis, tapi ktorg tak balik lagi tau. Sibuk bergambo2 beramai, bergambo dengan top bloggers such as GTO, Fara,  Redmummy , Nara dan lelain lagi lah. Tak lupa gak ktorg bergambo reramai kat luar Modesto's, sampai sesape je yang lalu situ, semua pandang dan senyum kat ktorg.



Memang happy la malam tu. Thank to Nuffnang and Astro.

Kita Berlari Dan Terus Berlari

Korang rasa aku boleh ke buat bende nie??.


Aku & mr Big dah register pun untuk masuk Event nie. Cube korang bayangkan orang cam aku yang tak ade experience nak berlari boleh masuk event nie.


Tapi ktorg dah start training ok, walaupun running shoes idaman lom beli lagi. Ktorg training pakai selipar je iaitu dengan cara balik umah naik tangga dari bawah sampai tingkat 9, dan aku dah kira sekali ktorg naik ade 179 anak tangga. So kalau tiap2 hari panjat 179 anak tangga, should be masa event nanti tak delah pancit sangat kan. Still maintain lagi lah.

Apa-apa pun bukan tiap2 ari aku naik tangga, kekadang aku turun je tangga, balilk naik lif kahkahkahakhak
oit! penat syiok bole tercabut kepala lutut aku ni tau.

Buzzzzzy

sorry lama x update. Aku busy psl private event nie.



aku sibuk sket pasal MBP Gather2 nie. Banyak bende kene buat lah, walaupun eventnyer setengah hari je tapi planning, preparation nya banyak gak. Thanks to Pn Duta2 & Pn Commitee2 yg berganding bahu memenatkan badan mereka dalam proses menjayakan MBP 1st Gathering nie.

Aku harap event ni dapat berjalan dengan lancar & berjaya hendaknya.

p/s: contigency if hujan pun ktorg dah fikir okeh!!

Monday, January 18, 2010

Fear Factor Dinner at Xenri Restaurant

Korang penah makan hati angsa, escargot, ikan yellow trail, udang mentah, ikan mentah, bunga popcorn?Hah korang jangan tak caya, aku dah makan dah semua bende tu.Dah nama pun fear factor dinner hah memcm bende pelik yang aku makan.


Citernya cam nie, a few week recently nie, bos aku ajak ktorg pegi makan kat satu restoran jepun kat Jalan Klang Lama. Dia ajak plak pas abis keje, cubelah korang bayangkan betapa teruknya jem di sepanjang jalan tu. Tapi ktorg boleh sampai dalam masa 1 jam je. Hebat tak? Terima kasih kepada k Shikin yg menjadi 'living GPS' versi melayu.


So once sampai tu, ktorg lepak2 kat luar kedai nie. Kedai nie sebelah Wisma Elken kat jln Klang Lama nie, so sibuk gak lah tempat nie. Tapi ramailah orang tau wisma Elken nie kat ne kan. Parking sampai kene double park plak. Tapi bile abis time keje, kete makin kurang then parking pun lagi dekat, sebelah kedai je.


Bile masuk dalam kedai nie, macam kat negara Jepun plak. Majoriti decoration, ambience, views, lagu2 yg di mainkan semua dari Jepun lah. Aku siap tanya waitress kat situ, memang diorg import perabut2 nie dari Jepun. Yang best dalam restoran nie ade macam kolam tapi tak de ikan, diorg cakap bagus utk fengshui. Uisk cam tu sekali kan. So sebelum masuk bilik yang ktorg booking tu, kene bukak kasut. Then kalau nk pg toilet kene pakai selipar yang di sediakan. Memang cam kat jepun lah.Cume aku je yg tak pakai kimono je kan.


So makan plak, aku tak tau pun ape yang diorg order tau. So bile waiter tu anta makanan aku nie sibuklah tanya ini ape itu ape. Nasib baik duduk sebelah translator (Geoffrey) so dia la tukang citer ape bende nie semua.




Apptizer aku makan nie. Hah menu nielah ade siput babi tuh, oops bukan siput babi, nama glamour dia escargot. Bile aku makan rasa cam lala je. Sedap tau. Makan dengan sayur jepun & toufo orange.


Pas tu aku makan nie plak, sashimi. Udang mentah, ikan tuna merah mentah, dgn salmon mentah. Cara makan plak, ko perah je lemon tu, automatically langsung tak bau hanyir lah. malah lagi sedap ade lah.

Then aku makan nie Tempura with popcorn flower. Nie biasa lah selalu makan. Bunga popcorn tu ranggup tau, wangi somemore.

Pas tu nie plak King crab leg in paper pot. Itu betul2 kertas tau. Bawah dia ade api yang menyala. Cara makan dia, kite kene makan kaki ketam tu dulu baru hirup kuah dia. Sedap sangat.

Main dish : Kobe ape bende ntah.. Hah itulah hati angsa dengan daging lembu Kobe. Makan dengan seafood fried rice yang sedap dan cendawan kecik2 yg dicelup dgn black pepper sauce.

Dessert plak : Pudding kacang merah dalam buluh cina, makan dgn strawberi dan persimmon (pisang kaki)

So far service oklah, coz serve course by course kan so tak terasa lambat sangat lah. So sambil makan sambil borak2 sambil dengar lagu2 jepun, sambil ade free show bile dah mabuk kahkahkahakhaka.. tapi aku tak mabuk okeh. Nak mampus? sape nak anto aku balik klu tak bole drive nanti kan.

Kalau korang berhajat nak ke restaurant nie, silalah bawak duit yang banyak, kerana majoriti menu2 yang aku makan tu sepinggan lebih kurang RM50++, mengigil gak bos aku bile sign credit card slips tu. Dia budget sorang makan dalam RM350. so korang darablah dgn 9 orang, hah itulah total makanan tu semua tak termasuk sake, japanese tea lah, ape lah itu lah ini lah kan.

Tapi jangan bimbang, sebab yang ktorg makan itu semua speciality kat situ, ade gak menu2 biasa yang murah dan nampak sedap ( aku x rasa lagi tau). On weekends diorg ade lunch buffet dalam sorang RM40 je. Murah la tu kan.

Kesimpulannya, aku cam tak caya yang aku boleh makan bende2 nie dengan bersahaja je, tanpa fikir 2-3 kali pun, dah lah aku cerewet bab2 makan nie. mr Big heran + x caya bile aku tunjuk gambo2 nie kat dia.

p/s ; yg best tu aku tak sakit perut langsung makan bende2 pelik nie lah..hehehehhehe