Sunday, March 8, 2026
Pemenang Anugerah Halal: VitaHealth Menjamin Kualiti Ramadan lni dengan "Pilih Halal, Pilih VitaHealth"
Friday, March 6, 2026
“Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran” guardian Malaysia suntik makna baharu dalam tradisi pemberian Raya - lambang kasih sayang dan perlindungan
Thursday, March 5, 2026
AVENUE K SHOPPING MALL Mempersembahkan “KENANGAN RAYA” – Sambutan Raya Malaysia Bergaya Teater 70an
Hi Korang,
Sempena Hari Raya tahun ini, Avenue K Shopping Mall mengajak para pengunjung menyelami pentas nostalgia melalui KENANGAN RAYA, sebuah kempen perayaan yang diinspirasikan oleh keanggunan, keunikan dan semangat ceria gaya hidup masyarakat Melayu bandar pada era 1970-an.
Bermula 2 Mac hingga 29 Mac 2026, pusat beli-belah ini bertukar menjadi pentas teater Raya yang meriah bagaikan sebuah persembahan besar. Dekorasinya meraikan memori era 70-an — ketika fesyen, muzik, budaya dan sambutan Hari Raya di bandar penuh warna, ekspresif dan kaya dengan personaliti. Interpretasi moden era klasik ini mencipta suasana imersif di mana pengunjung bukan sekadar membeli-belah untuk Raya — mereka menghayatinya.
Raya Bazaar dalam Suasana Pawagam Nostalgia 70-an
Menambah seri perayaan, Raya Bazaar di Avenue K diadakan dalam suasana pawagam era 70-an yang penuh nostalgia, menggabungkan vibe hiburan retro dengan semangat Hari Raya. Para pengunjung boleh meneroka pelbagai vendor yang menawarkan Kurta Baju, Kaftan, Baju Kurung, busana tradisional Melayu, fesyen Raya kontemporari, serta aksesori bergaya.
Dengan latar pentas teaterik, bazar ini melengkapkan pengalaman membeli-belah Raya yang unik dan membangkitkan memori.
Penebusan Eksklusif untuk Ahli Aplikasi Avenue K
Sempena sambutan ini, Avenue K menawarkan pelbagai penebusan eksklusif kepada pembeli dan ahli aplikasi Avenue K:
- Belanja RM150 ke atas dalam satu (1) resit pada hari yang sama untuk menebus SATU (1) set Sampul Raya AK Eksklusif.
- Belanja RM350 ke atas dalam maksimum dua (2) resit pada hari yang sama untuk menebus SATU (1) Lilin Beraroma AK Eksklusif dan SATU (1) set Sampul Raya AK Eksklusif.
- Belanja RM800 ke atas dalam maksimum tiga (3) resit pada hari yang sama untuk menebus SATU (1) Tiffin Raya Eksklusif dan SATU (1) set Sampul Raya AK Eksklusif.
- Sertai mana-mana penebusan Raya AK untuk menerima SATU (1) peluang menyertai AK Flip & Menang Raya dan menangi hadiah menarik.
Pengunjung juga boleh menikmati pemberian kurma harian sepanjang musim perayaan.
Persembahan Raya Menghidupkan Suasana
Selaras dengan konsep teater, sambutan ini diserikan dengan persembahan tarian Raya yang memukau sepanjang tempoh kempen. Persembahan ini menambahkan lagi keceriaan dan semangat budaya dalam pengalaman membeli-belah.
Di sebalik dekorasi indah dan ganjaran istimewa, KENANGAN RAYA merupakan peringatan tulus bahawa Hari Raya adalah tentang kegembiraan, kemaafan dan pertemuan bermakna bersama keluarga serta insan tersayang. Avenue K berharap dapat mencipta ruang yang hangat dan mesra — tempat di mana memori indah tercipta, tawa dikongsi, dan semangat sebenar kebersamaan diraikan di tengah kota.



