Thursday, January 22, 2026

AS BEG Cipta Sejarah: Jenama Beg Tempatan Pertama di Malaysia Tawarkan Kereta Kepada Pembeli Bertuah

Salam Semua,

AS Beg, jenama beg tangan tempatan yang semakin mencipta fenomena, sekali lagi mengukir sejarah baharu apabila menjadi jenama beg pertama di Malaysia yang menawarkan sebuah kereta sebagai hadiah kepada pembeli bertuah.


Kejayaan demi kejayaan telah membuktikan kekuatan jenama ini, termasuk pencapaian Rekod Jualan Beg Tangan RM1 Juta Terpantas menerusi platform penstriman langsung yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, serta kolaborasi popular bersama personaliti terkenal, Sally Whoo, pada tahun lalu.

Kolaborasi Eksklusif Izara Aishah x AS Beg



Terbaharu, AS Beg berkolaborasi bersama pelakon dan ikon fesyen terkenal, Izara Aishah, menerusi pelancaran koleksi eksklusif Izara x AS. Koleksi ini menampilkan empat rekaan istimewa iaitu:
Bolaia
Belta
Bucket
Moola





Kesemua rekaan ini dipilih sendiri oleh Izara Aishah, menampilkan sentuhan elegan, moden dan eksklusif yang sesuai untuk wanita masa kini.

Harga Mampu Milik, Rekaan Eksklusif


Menurut Dato’ Sri Aliff Syukri, Pengasas AS Beg, koleksi Izara x AS ditawarkan pada harga sekitar RM75 hingga RM85 sahaja, menjadikannya antara beg berjenama eksklusif yang paling mampu milik di pasaran.

Rekaan eksklusif dan mewah tidak semestinya mahal. AS Beg mahu semua lapisan masyarakat Malaysia mampu memilikinya,
jelas beliau.

Menang Kereta Perodua Bezza Dengan Pembelian Beg


Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan pembeli setia, AS Beg turut mengumumkan hadiah utama sebuah kereta Perodua Bezza kepada pembeli bertuah.

Butiran Penting Cabutan Bertuah:
📅 Tarikh Pelancaran Live: 25 Januari 2026
⏰ Masa: 8:00 malam
📍 Platform: TikTok Shop @papalarisofficial


Pembeli yang membuat pembelian koleksi Izara x AS semasa sesi live akan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi Perodua Bezza.

🎉 Tarikh Cabutan & Pengumuman Pemenang: 31 Januari 2026, jam 8:00 malam
Pembeli perlu menonton sesi live pada 31 Januari bagi mendapatkan kata kunci untuk pengesahan pemenang.

Hadiah Eksklusif Untuk Semua Pembeli



Selain peluang memenangi kereta, setiap pembeli pada sesi live 25 Januari 2026 juga akan menerima:

🎁 Keychain eksklusif koleksi Izara x AS
🥤 Tumbler istimewa

AS Beg Terus Mengukuhkan Jenama Tempatan Malaysia


Inisiatif ini menjadikan AS Beg sebagai jenama beg tempatan pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah berupa kereta, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan jenama ini sebagai peneraju dalam industri fesyen tempatan.

Kolaborasi strategik, harga mampu milik, dan ganjaran luar biasa membuktikan komitmen AS Beg dalam menghargai sokongan pelanggan serta membina kepercayaan jangka panjang.


Wednesday, January 21, 2026

Buffet Ramadan 2026 | “Jamuan Penuh Makna, Raikan Detik Bersama” di Hilton Kuala Lumpur

Salam Semua,

Hilton Kuala Lumpur menyambut ketibaan bulan suci Ramadan dengan pengalaman iftar istimewa bertemakan “Jamuan Penuh Makna, Raikan Detik Bersama”, sebuah sajian bermakna yang meraikan kebersamaan, warisan kulinari tempatan dan sentuhan moden. Tema tahun ini mencerminkan keindahan tradisi Malaysia sambil menggabungkan inspirasi kontemporari, menjadikan setiap hidangan sebagai simbol kesyukuran, hubungan dan komuniti.


Seiring dengan semangat Ramadan yang mendekatkan keluarga dan sahabat handai, Hilton Kuala Lumpur menzahirkan nilai ini melalui suasana makan yang hangat dan penuh makna, di mana setiap perincian – daripada menu hingga dekorasi – direka untuk mencipta pengalaman berbuka puasa yang istimewa.
Inisiatif Ramadan Lestari Tahun Ketiga

Kini memasuki tahun ketiga, inisiatif Ramadan lestari Hilton Kuala Lumpur terus komited mengurangkan pembaziran makanan dengan memperkenalkan inovasi terbaharu, Keropok Citarasa Laut. Snek rangup ini dihasilkan daripada kulit makanan laut terpakai yang dibersihkan, dipanggang, dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk perisa sebelum dicampur dengan tepung ubi kayu, ketumbar, sos tiram dan lada putih.


Lebih daripada sekadar kudapan Ramadan, Keropok Citarasa Laut melambangkan komitmen berterusan hotel terhadap kelestarian melalui pengeluaran berskala kecil, stesen masakan secara langsung, penggunaan bahan tempatan serta pengurusan sisa yang bertanggungjawab – membuktikan inovasi lestari juga boleh menjadi lazat dan bercirikan cita rasa Malaysia.

Lebih 180 Hidangan Iftar di Vasco’s

Dengan lebih 180 pilihan hidangan, restoran Vasco’s menjadi pentas utama bufet Ramadan Hilton Kuala Lumpur sepanjang Februari dan Mac. Sajian bermula dengan menu pembuka selera seperti Otak-Otak Ikan Merah Emas dengan Salad Buah Markisa, Urap Daging Pekasam Buatan Sendiri, serta Salad Mangga Muda dengan Scallop Kering yang menyegarkan.


Hidangan laut pula menjadi tumpuan menerusi Oceanic Bounty on Ice, Pan-Seared Sea Bass, serta Ketam Bunga Masak Lemak Nenas, menggunakan hasil laut yang diperoleh secara bertanggungjawab dan diperakui ASC, BAP dan MSC, selari dengan pendekatan kelestarian Hilton Kuala Lumpur.

Stesen Live & Hidangan Premium

Pengalaman berbuka puasa dimeriahkan dengan stesen masakan secara langsung seperti Gulai Kepala Ikan Merah Emas, Shawarma Lubnan, Scallop Panggang Halia Bawang Putih Cili, Australian Wagyu Bolognese, Murtabak Angus, Lamb Gear Box dan Royale Caesar Reef Lobster Caesar Salad yang mewah.


Di stesen ukiran, tetamu boleh menikmati Kambing Australia Halal Panggang Seekor dengan Moroccan Chermoula, Daging Rusa Timorensis Panggang Perlahan 6 Jam, serta Lambassador Smoked Paprika Beef Shank yang menjadi kegemaran ramai. Persembahan Farm-to-Table pula mengetengahkan sayuran warisan dari Cameron Highlands, cendawan gourmet dan ubi bit organik, disempurnakan dengan sos keju salai.

Pencuci Mulut Ikonik Bertema Durian

Jamuan diakhiri dengan pencuci mulut istimewa seperti Baklava, serta aneka hidangan durian termasuk éclair, crêpes dan Serawa Pulut Durian Musang King. Kemuncaknya ialah Durian Tempura, yang kembali sebagai penutup paling dinanti setiap tahun.

Harga Bufet Ramadan Hilton Kuala Lumpur

Bufet Ramadan ditawarkan pada harga bermula RM238 nett seorang dewasa dan RM119 nett seorang kanak-kanak (6–12 tahun), dengan penjimatan tambahan untuk ahli Hilton Honors. 

Tawaran early bird dengan diskaun tambahan 5% untuk ahli Hilton Honors sah bagi tempahan dari 22 Januari hingga 18 Februari (untuk 10 orang ke bawah dan tidak sah bagi dine-in dari 2–17 Mac).

Bufet Ramadan ini berlangsung dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026, setiap hari dari 6.30 petang hingga 10.30 malam.

📞 Tempahan & Pertanyaan:
Telefon: +603 2264 2264
Emel: HiltonKualaLumpur_FB@hilton.com
Tempahan dalam talian: SevenRooms

Raikan Ramadan tahun ini dengan sajian penuh makna yang menggabungkan warisan, rasa dan nilai kebersamaan di Hilton Kuala Lumpur.

Tuesday, January 20, 2026

Giant Raikan Pemenang Kempen Ulang Tahun Ke-81


Salam Semua,

Giant Malaysia hari ini telah mengadakan majlis penyampaian hadiah di Giant Bukit Tinggi Klang kepada para pemenang bertuah Peraduan Ulang Tahun Ke-81, yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun syarikat pada tahun lalu.

Kempen berperingkat kebangsaan yang berlangsung pada 25 September 2025 hingga 5 November 2025 ini telah menerima lebih daripada 50,000 penyertaan. Ini merupakan satu pencapaian serta penglibatan pelanggan yang sangat memberangsangkan seluruh Malaysia.


Encik Tan Qi Fong telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama, dan telah menerima 20g jongkong emas, manakla Encik Varshna A/P R. Sanmuganathan adalah pemenang tempat kedua yang menerima kerusi Ogawa. Pemenang tempat ketiga diperolehi oleh Puan Sharifah Binti Bakar yang memenangi iPhone 17 Pro Max.

Giant turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pelanggan atas sokongan berterusan serta mengiktiraf sumbangan pembekal penaja dan rakan perniagaannya. Ini selaras dengan komitmen Giant untuk terus menawarkan nilai terbaik, memperkukuh kerjasama strategik, dan menghargai kesetiaan pelanggan.