Thursday, July 31, 2025

Hafiz Suip Bangkit Buat ‘Comeback’

Hi Korang,

Agak lama penyanyi Hafiz Suip menyepikan diri dari dunia sini. Dan siapa sangka, Hafiz Suip kini kembali dan bakal mengadakan konsert solo berskala besar di ibu kota menerusi Di Sebalik Aku: Hafiz Suip. Konsert ini bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada November 2025 dinawah penganjuran SAH Entertainment.



Ianya bukanlah sekadar persembahan muzik biasa.. Imi kerana ianya menjanjikan pengalaman emosional yang menyentuh hati.

Kisah perjalanan hidup Hafiz, termasuk perjuangannya menempuh pelbagai cabaran peribadi dan tekanan hidup, yang membentuk kekuatannya hari ini.

Pengalaman Hidup Menjadikan Hafiz Kuat


Selepas 16 tahun berada dalam industri seni tanah air, Hafiz kini tampil lebih matang bukan sahaja sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai individu yang bangkit daripada kejatuhan untuk terus memberi inspirasi menerusi muzik.


Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, konsert ini membawa nilai yang cukup mendalam dan istimewa kerana ia menandakan satu titik perubahan dalam karier Hafiz.

“Ini adalah konsert pertama Hafiz Suip di Kuala Lumpur, dan ia sangat istimewa buat kami. Ia bukan sekadar tentang muzik, tapi sebuah kisah peribadi yang diangkat ke pentas menjadi inspirasi untuk semua” katanya. Dalam pada itu, Sufi memberitahu penganjuran konsert ini merupakan satu ruang penting buat Hafiz untuk kembali aktif dalam dunia seni selepas melalui detik-detik sukar dalam kehidupan peribadinya.

Konsert ini menjadi satu sumber rezeki besar dan motivasi untuk Hafiz bekerja lebih keras. Muzik adalah perkara yang sangat dekat di hatinya. Ini adalah medan untuk dia menyalurkan semula semangat dan cintanya terhadap nyanyian.

Jika dilihat dari segi katalog lagu, Hafiz memiliki jumlah lagu hit yang sangat banyak pada usia muda berbanding ramai penyanyi lain. Setiap lagu mempunyai makna tersendiri dan dekat dengan peminat,

Jom Dapatkan Tiket Konsert


Malah, penganjur turut memberi perhatian khusus terhadap harga tiket agar ia mampu diakses oleh lebih ramai peminat.

Pihak management akan memastikan harga tiket adalah antara yang paling berpatutan di pasaran, lebih-lebih lagi untuk kategori VVIP. Ini sebagai penghargaan kepada peminat yang setia menyokong Hafiz sejak awal pembabitannya dalam industri.


Harga tiket konsert “Di Sebalik Aku: Hafiz Suip” adalah seperti berikut:

RM188 – Matahari
RM288 – Ku Akui
RM388 – Ombak Rindu
RM488 – Takdir Tercipta
RM588 – Awan Nano
RM788 – Bahagiamu Deritaku

Jualan tiket pra-tempahan (pre-sale) akan dibuka pada 29 Julai, jam 10 pagi, manakala jualan umum bermula pada jam 12 tengah hari pada hari yang sama.

Tiket konsert boleh dibeli melalui laman sesawang Ticketmelon.

Lebih 4,000 penonton dijangka membanjiri Mega Star Arena untuk menyaksikan konsert ini yang bakal menggabungkan elemen muzik, naratif kehidupan serta persembahan vokal luar biasa daripada juara Akademi Fantasia musim ke-7 itu.

Pada konsert kali ini juga, Hafiz akan turut menampilkan penyanyi jemputan istimewa, Namun buat masa ini, identitinya masih dirahsiakan bagi memberi kejutan kepada penonton.


Monday, July 28, 2025

SUNPLAY Tone-up UV Essence (Biru) - Berseri Tanpa Filter, Perlindungan Terhadap UV

Hi Korang,

Tiada filter? 
Tiada masalah. 

Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) baharu dari Sunplay memberikan seri wajah yang lebih segar dan bersedia untuk kamera, sambil melindungi anda daripada sinaran matahari.


Dengan hanya satu olesan, krim tabir suria ini akan memberikan kesan tone-up yang serta-merta mampu membetulkan tona kulit dan mencerahkan seri wajah. Dirumus dengan SPF50+ PA++++ dan Perlindungan Serbuk Mutiara Iridescent Strobe, ia bukan sahaja memberikan perlindungan spektrum luas daripada sinaran UVA dan UVB untuk melindungi kulit anda, malah mencerahkan kulit kusam dan tampak letih untuk tona kulit yang sekata secara semula jadi. Selain itu, formulanya yang lembut bebas daripada minyak mineral dan paraben, serta telah diuji untuk alahan, menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif.

Perlindungan Serba Lengkap: Gabungan Sempurna Perlindungan Matahari dan Penjagaan Kulit

Sunplay Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) yang baharu diperkaya dengan ramuan mesra kulit untuk menaik taraf rutin harian anda. Asid Hyaluronik memberikan hidrasi mendalam dan menyokong lapisan pelindung kulit, manakala Vitamin C membantu mencerahkan tona kulit secara berperingkat. Ia juga mengandungi Ekstrak Cica yang terkenal dengan sifat menenangkannya — sesuai untuk kulit sensitif atau mudah merengsa.

Tekstur Halus, Ringan dan Tidak Terlihat

Tabir suria ini diformulasi dengan tekstur ringan seperti esen. Ia mudah untuk dioles, membolehkannya menyerap dengan cepat dan sempurna ke dalam kulit. Teksturnya yang sangat ringan tidak meninggalkan rasa berminyak, membuatkan ia seperti pelindung tidak kelihatan yang menyerlahkan seri semula jadi anda sambil melindungi daripada cahaya matahari.




Terus Dilindungi sambil Bergembira di Bawah Cahaya Matahari

Seperti kepercayaan utama Sunplay bahawa perlindungan matahari tidak seharusnya menghalang keseronokan, tabir suria tone-up baharu ini menawarkan ketahanan air yang unggul — sesuai untuk hari yang panjang di luar, sama ada anda ke pantai atau sedang bergerak aktif. Ia memastikan anda kekal berseri dan terlindung tanpa perlu olesan semula yang kerap.

“Kami ingin menjemput anda semua untuk merasai keyakinan tampil tanpa filter dengan kulit yang sebenar dan berseri. Tabir suria ini direka untuk memenuhi keperluan kecantikan dan perlindungan harian, dan kami teruja menawarkan kepada para pembeli betapa mudahnya mendapatkan kulit yang tersedia untuk beraksi di hadapan kamera,” kata Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia.


Sunplay Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) baharu berharga RM65.90, eksklusif menerusi kedai fizikal dan secara dalam talian Guardian di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabir suria baharu ini, sila layari laman Facebook rasmi Sunplay Malaysia.


Saturday, July 26, 2025

Adakah Makanan Tambahan Semula Jadi Memang Baik Untuk Anda?

Hi Korang,

Di rantau Asia Pasifik (APAC) hari ini yang penduduknya semakin menitikberatkan soal kesejahteraan, semua produk semula jadi, termasuklah makanan tambahan atau suplemen, lazimnya dipercayai oleh pengguna kerana tanggapan positif tentang hubung-kaitnya dengan alam dan ketiadaan ramuan sintetik. Di pasaran APAC, idea bahawa makanan tambahan semula jadi sememangnya selamat dan berkesan juga semakin diterima umum. Malah, pengguna Malaysia sering menggunakan produk farmaseutikal, ramuan kesihatan tradisional, dan produk kecantikan dalam rutin harian untuk meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan penampilan masing-masing.[1]


Bagaimanapun, persepsi ini boleh menimbulkan kesan yang tidak diduga. Sebagai contoh, di Malaysia di mana suplemen kesihatan boleh didapati secara meluas, ada produk yang tidak perlu mendapat kelulusan, lesen atau menjalani penilaian keberkesanan produk. Justeru tanggungjawab lebih besar diletakkan di tangan pengguna untuk membuat pilihan maklum. Memandangkan lebih ramai individu di rantau ini menggunakan produk tersebut untuk menyokong matlamat penjagaan kesihatan masing-masing demi mencegah penyakit, adalah amat penting untuk memahami bahawa label “semula jadi” tidak semestinya bermakna selamat atau berkesan.

Semula Jadi atau Sintetik, Sains Menentukan Keberkesanan

Sama ada semula jadi atau sintetik, keselamatan dan keberkesanan makanan tambahan bergantung kepada sebatian khusus, dos yang disyorkan dan potensi interaksi dengan bahan lain.

Di Malaysia, ubat herba tradisional masih digunakan secara umum, di mana masyarakat majmuk kita bergantung kepada herba tempatan kerana dianggap membawa manfaat kesihatan. Walaupun ramuan herba boleh memberikan manfaat kesihatan sebenar, bahan-bahan ini tidak semestinya tanpa risiko. Sesetengah ramuan semula jadi mungkin berinteraksi secara tidak diduga dengan ubat atau menyebabkan kesan buruk apabila diambil secara tidak betul. Menurut tinjauan Kementerian Kesihatan, 31.6% daripada rakyat Malaysia tidak sedar tentang kemungkinan interaksi antara ubat tradisional dan moden.[2]


Menurut Dr. Alex Teo, Pengarah, Pembangunan Penyelidikan dan Hal Ehwal Saintifik, Asia Pasifik, Herbalife, sebagai contoh akar manis yang sering digunakan dalam ramuan tradisional dan sememang dikenali kerana ciri-ciri yang melegakan. Bagaimanapun pengambilan berlebihan, khususnya dalam bentuk suplemen pekat, boleh meningkatkan tekanan darah dan ketidakseimbangan elektrolit. Ini menunjukkan betapa pentingnya menggunakan ramuan semula jadi dengan berwaspada dan mengikut garis panduan yang ditetapkan, walaupun bagi produk yang dikenali umum.

Sebaliknya, makanan tambahan sintetik dirumuskan untuk menyerupai sebatian semula jadi dan menjalani ujian teliti bagi memastikan kesan yang dikehendaki dihasilkan dengan selamat. Walaupun terdapat perdebatan berterusan tentang kebaikan makanan tambahan semula jadi berbanding sintetik, kajian saintifik yang diterbitkan dan bukti ujian makmal dapat membantu meningkatkan kefahaman kita tentang nilai sebenar sesuatu makanan tambahan.


Menyanggah Mitos Makanan Tambahan Semula Jadi

Untuk membuat keputusan pemakanan yang serba maklum, pengguna perlu mempunyai kefahaman yang baik tentang maksud perkataan “semula jadi” dan apa yang bukan di dalam pentakrifannya. Berikut adalah lima salah tanggapan umum tentang makanan tambahan semula jadi dan petua tentang cara membaca penerangan dengan teliti.



Mitos 1: Semula Jadi Sepenuhnya Bermakna Selamat

Satu salah tanggapan umum ialah makanan tambahan semula jadi pada hakikatnya selamat kerana bukan ubat farmaseutikal. Sebenarnya, toksin seperti arsenik dan plumbum boleh didapati dalam tumbuhan tertentu dan memakannya tanpa pengetahuan yang betul tentang dos boleh menimbulkan kesan serius terhadap buah pinggang dan hati.

Mitos 2: Makanan Tambahan Semula Jadi Boleh Diambil Tanpa Had

Sesetengah orang percaya makanan tambahan semula jadi boleh diambil dalam jumlah tidak terhad tanpa risiko. Bagaimanapun, sebatian semula jadi sekalipun boleh menyebabkan tindak balas buruk jika diambil secara berlebihan. Sebagai contoh, vitamin larut lemak seperti A, D, E, dan K boleh terkumpul di dalam badan dan menyebabkan ketoksikan apabila diambil dalam tempoh berpanjangan.

Mitos 3: Makanan Tambahan Boleh Menggantikan Ubat

Adalah amat penting untuk memahami bahawa makanan tambahan bukan pengganti ubat preskripsi, terutamanya bagi menguruskan penyakit kronik atau isu kesihatan khusus. Langkah menangani masalah kesihatan dengan makanan tambahan dan tidak menggunakan ubat preskripsi bukan pendekatan yang betul. Suplemen seharusnya dilihat sebagai pelengkap kepada nasihat dan rawatan penjagaan kesihatan profesional dan bukannya pengganti.

Mitos 4: Makanan Tambahan dan Ubat Boleh Diambil Bersama Secara Bebas

Satu lagi salah tanggapan ialah makanan tambahan boleh diambil secara bebas bersama ubat preskripsi. Sesetengah makanan tambahan seperti ekstrak teh hijau pekat, boleh mengganggu ubat sakit jantung, manakala ramuan dalam suplemen bawang putih boleh berinteraksi dengan ubat penipis darah, mengurangkan keberkesanannya atau menyebabkan kesan sampingan yang serius. Justeru amat penting untuk terlebih dahulu menghubungi pengamal perubatan sebelum memulakan pengambilan makanan tambahan bersama ubat biasa anda.

Mitos 5: Makanan Tambahan Boleh Menggantikan Diet Sihat

Tiada suplemen yang boleh menggantikan diet yang seimbang dan berkhasiat. Makanan lengkap boleh memberikan kombinasi kompleks antara nutrien, serat dan sebatian lain yang tidak boleh dibekalkan oleh makanan tambahan. Walaupun makanan tambahan boleh menyokong kesihatan secara keseluruhan, pengambilannya harus dilakukan sebagai tambahan kepada diet yang sihat dan seimbang secara konsisten.



Pendekatan Saintifik kepada Makanan Tambahan

Sebelum anda mula mengambil makanan tambahan, sentiasa kaji pilihan suplemen anda secara kritikal. Makanan tambahan berkualiti menjalani ujian pihak ketiga dan mempunyai persijilan yang memastikan produk tersebut memenuhi piawaian ketat bagi keselamatan dan keberkesanan.

Keperluan kesihatan peribadi anda juga penting untuk menentukan makanan tambahan mana, jika perlu, yang sesuai untuk anda. Suplemen yang berkesan untuk seseorang mungkin tidak sesuai untuk orang lain. Rundingan dengan pakar penjagaan kesihatan amat penting untuk memastikan pilihan betul dibuat berasaskan profil kesihatan individu dan rawatan perubatan yang diterimanya, demi mengelakkan kesan negatif yang tidak diingini akibat interaksi antara ramuan makanan tambahan tersebut dengan ubat yang sedang diambil.

Dengan pelbagai pilihan suplemen yang ada, amat penting untuk tidak terpengaruh dengan perkataan “semula jadi” dalam keterangan produk. Sama ada produk semula jadi atau sintetik, yang penting ialah memberi tumpuan kepada kualiti, dos dan bukti saintifik. Dengan meninjau pilihan yang ada dengan teliti sambil menjalankan kajian anda sendiri dan berunding dengan pengamal penjagaan kesihatan, anda boleh membuat pilihan makanan tambahan bertanggungjawab yang membawa manfaat kepada kesihatan anda dalam jangka panjang.




[1] https://pharmacy.moh.gov.my/sites/default/files/document-upload/national-survey-use-medicine-iii-nsum-iii-1.pdf

[2] https://pharmacy.moh.gov.my/sites/default/files/document-upload/national-survey-use-medicine-iii-nsum-iii-1.pdf