Monday, May 5, 2025

Hard Rock Cafe Genting Highlands Opens Its Doors on 30th April

Hi Everyone,

The wait is over! 

Hard Rock Cafe Genting Highlands is now officially open to the public, within the iconic Grand Ion Majestic (GIM) bringing its signature blend of rock ‘n’ roll energy, world-renowned dining, and electrifying entertainment to Malaysia’s premier resort destination.


Starting 30th April, guests can experience the acclaimed Hard Rock hospitality, indulge in iconic menu favourites such as the Legendary® Burger and hickory-smoked beef ribs, and explore exclusive Hard Rock merchandise at the Rock Shop®. With a vibrant atmosphere, live entertainment, and an unbeatable location, the newest Hard Rock Cafe promises to be a must-visit hotspot for locals and tourists alike.

But that’s not all—Hard Rock Cafe Genting Highlands is set to be the ultimate entertainment destination, with an exciting lineup of featured DJ’s, entertainers and live music performances. Guests can look forward to themed nights that showcase different music genres, from classic rock to contemporary hits, ensuring an unforgettable experience every night of the week. The cafe also offers exclusive poolside packages, allowing visitors to soak in the highest heated pool in Southeast Asia while enjoying handcrafted cocktails and breathtaking views of Genting Highlands.

“We are thrilled to finally welcome guests to Hard Rock Cafe Genting Highlands, the seventh Hard Rock Cafe in Malaysia” said Tom Perez, Vice President of Franchise Operations, Hard Rock International. “This opening marks the beginning of an exciting journey, with our first Hard Rock in the clouds and we can’t wait to share our signature Hard Rock experience with everyone. Whether you’re here for the food, the music, or the unbeatable vibes, we have something special in store for you.”

While the grand opening celebration is set to take place in July, guests can now enjoy everything Hard Rock Cafe has to offer, from its rock-inspired ambiance to its unforgettable dining and entertainment experiences. With a calendar full of upcoming events, themed nights, and poolside parties, there’s always a reason to rock out at Hard Rock Cafe Genting Highlands.


Hard Rock Cafe Genting Highlands is part of a vibrant new chapter unfolding at the Grand Ion Majestic (GIM) by NCT Alliance Berhad. As GIM elevates Genting Highlands as one of its most enthralling lifestyle destinations, with its blend of distinctive accommodations and dining and other attractions, Hard Rock Cafe is at the heart of it all, bringing its signature ambience to life 6,000 feet above sea level.

Dato' Sri Yap Ngan Choy, NCT Alliance’s Executive Chairman and Group Managing Director, said: “Hard Rock Cafe Genting Highlands is a milestone in NCT Alliance’s ongoing efforts to redefine the guest experience at Genting Highlands and we are excited to integrate the world-famous Hard Rock energy and spirit into the GIM. This partnership reflects our commitment to strengthening Genting Highlands as a premier tourism destination while creating unforgettable moments for all who walk in through our doors.”

For more information on Hard Rock Cafe Genting Highlands, upcoming events, and reservations, visit cafe.hardrock.com/genting-highlands/ or follow us on instagram.com/hrcgentinghighlands/

Saturday, May 3, 2025

Memperkenalkan Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender: 2X Kuasa Membersih, wangian Lavender, dan 99.9% Perlindungan Antibakteria

Hi Korang,

Dalam dunia moden yang bergerak pantas, masa amat berharga dan kerja rumah sememangnya tidak pernah habis. Ramai keluarga di Malaysia menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugas mencuci pakaian. 


Mereka terpaksa menggunakan pelbagai jenis produk cucian seperti pencuci, pelembut dan pewangi di mana setiap satu mempunyai fungsi berbeza seperti mencuci, melembut, dan mengharumkan pakaian. Ini menjadikan tugas yang sepatutnya mudah menjadi lebih sukar, mahal, dan berserabut. 

Dengan jadual yang padat setiap hari, kerja mencuci pakaian terasa seperti satu beban. Pengguna kini mencari penyelesaian yang lebih mudah, menjimatkan masa, tidak rumit dan membuahkan hasil yang mereka harapkan. Daia menyahut cabaran ini dengan pelancaran Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender, penyelesaian cucian lengkap yang menggabungkan kuasa cucian berganda, haruman mewah lavender serta kelembut dengan 99.9% perlindungan antibakteria dengan hanya menggunakan satu produk sahaja.


Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Gentle Supreme Sdn. Bhd, berkata, "Isi rumah di Malaysia memerlukan produk yang bukan sahaja memberikan pakaian yang bersih, juga memberi nilai tambahan di dalam setiap cucian. Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender adalah jawapannya. Formula 2X Kuasa Membersih menghapuskan kotoran degil, manakala campuran pelembut dan pewangi lavender akan membuatkan pakaian lembut dan berbau segar—tanpa perlu menambah pelembut atau pewangi lagi. Ia juga memberikan 99.9% perlindungan antibakteria dan pakaian tetap berbau wangi walaupun dijemur di dalam rumah”.


Dikuasakan dengan Teknologi Smart IONTM, Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender memastikan cucian yang menyeluruh dengan menghalang kotoran melekat pada pakaian. Formulasi ini memberikan prestasi cucian yang luar biasa tanpa perlu merendam atau memberus, malah turut memelihara kesejahteraan kulit dan fabrik.


Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender baharu kini dilancarkan di Malaysia oleh usahawan dan personaliti media terkenal, Neelofa, yang kini dilantik sebagai Duta Jenama rangkaian produk Daia.

“Sebagai seorang usahawan dan ibu yang sentiasa sibuk, saya sentiasa berusaha mencari jalan untuk memudahkan kerja harian saya namun kualiti tetap menjadi keutamaan. Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender benar-benar mengubah rutin mencuci pakaian saya. Saya tidak perlu lagi mengasingkan detergen, pelembut, atau pewangi. Ia bukan sekadar mencuci dan melembutkan malah menjadikan pakaian kami sekeluarga berbau harum dengan pewangi lavender yang mewah dan kekal lama. Perlindungan antibakterianya pula memberikan saya ketenangan minda, kerana saya tahu pakaian kami dan anak-anak selamat dan bersih. Ia adalah penyelesaian untuk setiap isi rumah,” kata Neelofa, Duta Jenama rangkaian produk Daia.


Untuk berkongsi pengalaman menyeronokkan menggunakan Daia Softergent Lavender, Neelofa akan bertemu dengan peminat-peminatnya semasa sesi meet & greet.

Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender adalah pilihan yang lebih bijak, serta mudah untuk menghasilkan cucian yang bersih secara menyeluruh, haruman mewah lavender, dan memberi 99.9% perlindungan antibakteria—solusi ideal untuk setiap isi rumah. Nikmati kuasa mencuci berganda, Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender, yang kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh Malaysia.

Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender dihasilkan dalam bentuk cecair dan serbuk. Harga runcit yang disyorkan untuk cecair detergen Daia Smart adalah RM26.90 untuk botol 3.6kg dan RM11.90 untuk pek lembut 1.5kg. Sabun serbuk Daia boleh didapati dalam pek 2.1kg, dengan harga RM15.90. 

Kesemua ini boleh didapati di semua cawangan kedai di seluruh negara.


Friday, May 2, 2025

Anugerah guardian: Kecantikan & Kesejahteraan 2025 'Raikan Pilihan Sebenar, Keyakinan Sebenar'

Hi Korang,

Anugerah guardian: Kecantikan & Kesejahteraan 2025 secara rasmi dilancarkan hari ini di sebuah majlis pelancaran yang menginspirasikan dan meraikan bukan sahaja produk, tetapi juga perjalanan peribadi, pilihan dan kisah di sebaliknya.


Diadakan di Blue Atrium, Sunway Pyramid, acara ini mengalu-alukan kehadiran pakar kesihatan dan kecantikan, media, pempengaruh serta tetamu untuk merasai sendiri pengalaman mendalam mengenai maksud sebenar kecantikan dan kesejahteraan bagi rakyat Malaysia hari ini.




Berasaskan kepercayaan guardian terhadap pemerkasaan, anugerah ini melangkaui bukan sekadar pengiktirafan.

Sebaliknya ia menghormati keperluan sebenar, kehidupan sebenar dan penjagaan sebenar yang diambil kira dalam setiap keputusan berkaitan kecantikan dan kesejahteraan oleh rakyat Malaysia setiap hari.

Dengan guardian sebagai suara utama yang dipercayai untuk menyediakan produk dan penjagaan yang mereka perlukan bagi mencapai standard kecantikan dan penjagaan diri masing-masing.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia berkata, Anugerah guardian sentiasa meraikan kepercayaan dan keyakinan terhadap produk kecantikan dan kesejahteraan yang guardian tawarkan.

Katanya, setiap tahun, para pemenang dipilih oleh rakyat Malaysia sendiri berdasarkan pengalaman sebenar dan hasil sebenar.

“Ini bukan sekadar item yang tular, ia adalah produk yang menyokong penjagaan diri, meningkatkan keyakinan serta membantu orang ramai kelihatan dan berasa hebat setiap hari. Anugerah ini juga meneruskan momentum penjenamaan semula kami baru-baru ini, sambil terus menumpukan kepada perkara yang paling penting bagi pelanggan kami: Kualiti, kesejahteraan dan kebebasan untuk memilih apa yang terbaik untuk mereka.”

“Sebagai rangkaian runcit kesihatan, kecantikan, dan penjagaan diri terkemuka negara, kami berbangga menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi dan boleh dipercayai yang memenuhi keperluan pelanggan bukan sahaja untuk kecantikan, tetapi juga kesejahteraan menyeluruh,” kata Anna lagi.

Mengiktiraf Produk Paling Dipercayai 2025: Jualan Terbaik dan Pilihan Pakar.


Acara ini mendedahkan buat kali pertama para pemenang Anugerah guardian 2025 dalam dua kategori utama: Jualan Terbaik dan Pilihan Pakar.

Anugerah Jualan Terbaik 2025 menonjolkan produk yang paling kerap dibeli oleh rakyat Malaysia di guardian, dipercayai kerana sentiasa memberikan hasil yang berkesan. Ia adalah pilihan harian kegemaran yang telah menjadi barangan asas di rumah-rumah di seluruh negara, diiktiraf atas keberkesanan dan impaknya yang berkekalan.



Sementara itu, untuk kategori Pilihan Pakar 2025, ia dipilih oleh barisan panel yang terdiri daripada tokoh terkenal dalam bidang kecantikan dan kesejahteraan, Dr Shazril Shaharuddin; profesional penjagaan kesihatan dan peguambela, Yasmin Khalid; peminat penjagaan kulit dan pencipta kandungan, Shiyo Joo dan jurusolek selebriti yang juga penggaya rambut selebriti, Cody Chua.


Mereka menilai lebih 100 produk dalam kategori penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan peribadi dan penjagaan kesihatan, selama sebulan berdasarkan keberkesanan, inovasi, serta kesesuaian dengan gaya hidup rakyat Malaysia.

Sambutan Interaktif Kecantikan dan Kesejahteraan.


Acara ini bukan sekadar anugerah tetapi ia adalah pengalaman menyeluruh.

Tetamu akan menikmati sesi interaktif bersama panel Pilihan Pakar tahun ini, yang berkongsi pandangan profesional dan pengalaman peribadi mereka.

Dr Shazril dan Yasmin Khalid telah menerokai kaitan rapat antara kesihatan serta penjagaan kulit, menekankan bagaimana pendekatan seimbang terhadap minda, badan termasuk gaya hidup boleh menjadikan penjagaan diri sebagai bentuk pemerkasaan harian.

Dalam sesi lain, Shiyo dan Cody juga membongkar beberapa mitos kecantikan dan penjagaan diri paling lazim di media sosial, sambil memberikan nasihat praktikal mengenai cara membuat pilihan kecantikan yang lebih bijak.

Selain itu, hadirin turut berpeluang mengemukakan soalan kepada para pakar melalui sesi soal jawab bagi menjadikan keseluruhan acara lebih santai dan bermakna.


Ia juga mewujudkan ruang untuk perbualan yang jujur dan tulen tentang cara mendekati kecantikan dengan keyakinan, keingintahuan, dan pemikiran yang kritikal dengan menegaskan bahawa keputusan yang baik bermula dengan maklumat yang baik.

Tetamu juga berpeluang meneroka zon interaktif, setiap satu telah diketuai oleh seorang pakar, di mana mereka boleh mencuba, menguji dan mempelajari mengenai produk yang memenangi anugerah.

Mereka juga menyertai permainan dan aktiviti menyeronokkan, daripada cabaran rutin penjagaan kulit hinggalah ke kuiz kecantikan, memberikan penglibatan langsung dengan para pakar dan produk pemenang anugerah yang paling dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Undian Kategori Kegemaran Peminat Kini Dibuka.


Semasa acara berlangsung, undian rasmi untuk kategori Kegemaran Peminat turut dibuka.


Dari 30 April hingga 3 Jun 2025, rakyat Malaysia boleh mengundi produk kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan kesihatan dan penjagaan peribadi kegemaran mereka menerusi laman web dan platform media sosial guardian.

Dengan mengundi, peserta berpeluang memenangi hadiah eksklusif bernilai lebih RM100,000 termasuk Dyson Airstraight™ Straightener, ZenyumSonic™ Electric Toothbrush, DJI Osmo Pocket 3 dan tiga Hadiah Utama, iaitu penginapan 3H2M di Ocean Junior Suite di One&Only Desaru Coast.


Selain itu, dari sekarang hingga 4 Mei 2025, guardian juga akan membawakan kemeriahan Anugerah ini secara langsung menerusi jelajah di Blue Atrium, Sunway Pyramid.





Ia bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri produk yang dicalonkan, menikmati tawaran eksklusif dan hadiah percuma, serta mengundi Kegemaran Peminat mereka secara langsung.

Raikan Own Your Beautiful


guardian mengakui bahawa kecantikan adalah pelbagai seperti masyarakat Malaysia dan berbangga menyokong produk yang mencerminkan kisah unik setiap individu.

Perkongsian guardian dengan jenama, pakar, dan pelanggan dibina atas asas kepercayaan, membolehkannya memilih yang terbaik dalam kesihatan, kesejahteraan dan kecantikan.

Anugerah guardian turut mencerminkan komitmen ini untuk meraikan pilihan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia dalam mentakrifkan kecantikan dan kesejahteraan, bukan sahaja berdasarkan apa yang dilihat, tetapi juga bagaimana mereka hidup dan rasa setiap hari.