Sunday, March 1, 2026

Dapur Goodday’ Program Realiti Drama Masakan Kembali!

Hi Korang,

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari, program ini disiarkan setiap hari jam 5.30 petang di saluran Astro Ria serta boleh distrim melalui platform Astro GO, serta di portal Astro Gempak.


Meneruskan konsep unik ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’, penonton bukan sahaja menonton hidangan di skrin televisyen, malah boleh merasai sendiri menu yang sama di dunia sebenar. Setiap hidangan yang dipaparkan dalam episod harian akan dijual kepada orang ramai di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya pada keesokan hari, sekali gus memberi peluang kepada penonton untuk menikmati sendiri sajian yang ditonton di TV. 


Lebih unik, menu di bazar akan berubah setiap hari mengikut hidangan istimewa yang diadun dengan susu Goodday yang disiarkan dalam program, menjadikan pengalaman Ramadan lebih interaktif dan segar buat pengunjung.


Inisiatif ini memperkukuhkan konsep dari skrin ke pinggan, di mana tontonan di televisyen diterjemahkan kepada pengalaman sebenar di bazar Ramadan, sekaligus menghubungkan dunia hiburan dan kulinari dalam satu pengalaman yang unik sepanjang bulan Ramadan. Konsep ini dicetuskan oleh Santharuban Thurai Sundaram selaku Penerbit Eksekutif Dapur Goodday : Misi Inspektor Sani, manakala idea program diolah dan ditulis oleh Sham Hashim dari Astro Gempak.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad, “Selepas kejayaan musim pertama tahun lalu, kami amat teruja untuk kembali dengan musim kedua Dapur Goodday yang tampil dengan skala dan pendekatan lebih dinamik. Menerusi kerjasama berterusan bersama Goodday, kami membawa kelainan dengan mengetengahkan watak ikonik Inspektor Sani daripada filem pecah panggung Polis Evo sebagai teraju penceritaan, sekali gus menyuntik elemen drama, komedi dan kulinari dalam satu format hiburan yang lebih segar dan menghiburkan.

Tahun ini juga menyaksikan kami memperluaskan pengalaman program ke Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya, bagi merealisasikan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’ secara lebih menyeluruh dan imersif, di mana kandungan di skrin diterjemahkan kepada pengalaman sebenar yang boleh dinikmati orang ramai. Kami turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Goodday atas sokongan dan kerjasama berterusan yang menjadi pemangkin utama dalam menjayakan inisiatif unik ini.”

Menurut Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn. Bhd., kolaborasi dan program ini mencerminkan komitmen susu Goodday untuk mengeratkan hubungan dengan rakyat Malaysia sepanjang bulan Ramadan yang mulia.

“Ramadan adalah waktu keluarga berkumpul dan dapur menjadi nadi rumah. Susu bukan sekadar diminum ketika berbuka, tetapi turut menjadi ramuan penting dalam kuih-muih, pencuci mulut, minuman dan pelbagai hidangan kegemaran keluarga. Melalui Dapur Goodday, kami ingin menonjolkan bahawa susu Goodday bukan sahaja enak diminum, malah sesuai digunakan dalam masakan harian.

Pada masa yang sama, kami mahu membawa kandungan yang lebih menarik dan segar kepada pengguna. Justeru, Dapur Goodday menggabungkan elemen rancangan masakan dengan jalan cerita drama berinspirasikan IP Polis Evo — satu pendekatan baharu yang menggabungkan hiburan dan resipi dalam satu pengalaman tontonan. Setakat ini, ini adalah antara inisiatif pertama di Malaysia yang menggabungkan format masakan, drama dan aktivasi bazar Ramadan dalam satu platform bersepadu.

Dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’, kami bukan sahaja menampilkan resipi di kaca TV, malah menghidupkannya di lapangan melalui penglibatan di bazar Ramadan. Penonton boleh mencuba sendiri hidangan yang ditampilkan dan terus mendapatkan produk di lokasi — menjadikan ia satu pengalaman jenama yang lengkap daripada tontonan ke pembelian.

Apabila keluarga memasak bersama menggunakan Goodday, kami menjadi sebahagian daripada momen yang dikongsi itu. Di situlah relevansi jenama sebenar terbina — bukan sekadar melalui komunikasi, tetapi melalui peranan kami dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.”

Selepas kejayaan musim pertama Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah vs Che Ton tahun lalu, musim kedua kali ini menampilkan kemunculan watak ikonik Inspektor Sani daripada filem pecah panggung Polis Evo, yang dijayakan oleh Zizan Razak sebagai watak utama.


Penonton akan mengikuti kisah Inspektor Sani yang menjalankan operasi penyamaran sebagai peniaga makanan di Kampung Hari Baik bagi menjejaki Capik, seorang dalang dadah yang licik serta pakar dalam penyamaran.

Dibantu oleh pegawai Gen Z yang bijak dan bersahaja, Ain, Inspektor Sani menggunakan hidangan viral ciptaannya, ‘Ayam Golek Tertumpah Susu’ yang lazat, sebagai ‘senjata’ untuk mendekati penduduk kampung, mencuri hati mereka, dan meraih kepercayaan komuniti setempat. Di sebalik gelak tawa, setiap resipi dan interaksi menjadi sebahagian daripada strategi halus Sani untuk mengesan jejak dan membongkar lokasi persembunyian Capik.

Keunikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani turut terserlah apabila setiap resepi menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuan utama, sekali gus menghasilkan hidangan yang kaya rasa dan sesuai dinikmati Ramadan ini.

Hidangan Istimewa, ‘Ayam Golek Tertumpah Susu’

Untuk musim ini, hidangan ‘Ayam Golek Tertumpah Susu’ menjadi nadi utama penceritaan dan ia adalah sebuah resepi ciptaan baharu yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan dan diperkaya dengan sentuhan susu Goodday, sekali gus menghasilkan sajian yang lebih lazat, berkrim dan memikat selera sebagai menu signature yang eksklusif.


Sebagai tawaran pengenalan sempena Ramadan, ‘Ayam Golek Tertumpah Susu’ turut diperkenalkan dengan harga promosi istimewa serendah RM0.99 untuk seekor ayam untuk dua hari terawal Ramadan. 


Selepas tempoh promosi tersebut, hidangan ini masih boleh dinikmati pada harga berpatutan, memberi peluang kepada semua pengunjung daripada pelbagai lapisan untuk merasai sendiri keenakan menu istimewa ini.


Kemunculan Watak-Watak Ikonik Dari Program Astro

Selain Inspektor Sani, program 30 minit ini turut menampilkan watak-watak popular dari Astro seperti ASP Farouk (Fauzi Nawawi) dan Chao (Michael Ang) dari Polis Evo, Saiful (Saiful Apek) dari Senariounion, Botol (Chubb-E) dari Projek Anchor SPM, Ezie (Arena Wan) dari Generasi Perfect 10, Nayan (Ropie) dan Kak Limah (Delimawati) dari Hantu Kak Limah, Effa (Wafariena Roslan) dari Sepahtu Reunion ‘Gossip Girls’, Sarjan Ain ‘Tech Support (Isyariana), Capik (Daniel Zaini) dari X-Change, Dali (Dato Aaron Aziz) dari Banduan, Ammar (Syarul Ezani) dari Akad Yang Hilang, Pamakbul dari Malam Terlarang, Megat Hafiz (Edaman Othman) dari Thariq Ridzuwan, Kak Munah (Watie Ellite) serta watak baru Boboy (Dzul Haziq) yang akan menyertai misi masakan bersama Inspektor Sani, menjadikan setiap cabaran lebih menghiburkan.

Dengan gabungan elemen hiburan, rasa dan pengalaman interaktif, Dapur Goodday : Misi Inspektor Sani dijangka menjadi tontonan wajib sepanjang Ramadan, sekaligus memperkukuhkan lagi konsep inovatif yang menghubungkan dunia skrin dengan pengalaman sebenar di Bazar Ramadan, Presint 3, Putrajaya.

Sementara itu, Festival Ramadan Putrajaya 2026 dilancarkan secara rasmi dan Bazar Dapur Goodday : Misi Inspektor Sani turut menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Puan Hannah Yeoh.

Dalam lawatan tersebut, YB Puan Hannah Yeoh bersama barisan selebriti dari Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani seperti Zizan Razak, Isyariana, Saiful Apek dan Fauzi Nawawi turut mengedarkan 300 kotak susu tajaan Goodday kepada para pengunjung sebagai tanda penghargaan dan memeriahkan lagi sambutan Festival.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria, setiap hari sepanjang Ramadan, 5.30 petang, serta platform Astro GO. Gunakan #DapurGoodday #MisiInspektorSani #GempakOriginalSeries #GooddayMilkMY #DariSkrinKePinggan di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads, Facebook akaun Gempak.

Saturday, February 28, 2026

Carlo Rino Memperkenalkan Koleksi The Horizon untuk Hari Raya 2026

Hi Korang,

Carlo Rino menyambut ketibaan Hari Raya dengan gaya yang penuh keanggunan melalui pelancaran Koleksi 'The Horizon' serta kempen Rona Raya, Graceful Gaya. Hari Raya tahun ini disambut dengan ilham permulaan baharu dan perjalanan balik kampung yang penuh nostalgia, satu rasa yang cukup akrab bagi rakyat Malaysia. Ia mencerminkan keterujaan, keindahan warna-warni serta detik kebersamaan yang menjadikan sambutan Raya begitu bermakna.


Di sebalik kemeriahan sambutan ini terletaknya kehadiran kuih-muih yang menjadi metafora indah kepada kemanisan kebersamaan. Seumpama aneka juadah yang tersusun rapi di atas dulang, kepelbagaian kuih yang berwarna-warni dan memikat mencerminkan semangat Rona Raya, sebuah perayaan yang sarat dengan kegembiraan, tradisi serta ikatan harmoni antara insan tersayang dalam meraikan dan mencipta detik-detik bermakna bersama.


Teman Lengkap Gaya Raya Anda Dengan Carlo Rino


Koleksi ini direka untuk menemani rakyat Malaysia sepanjang kemeriahan Raya, termasuk sesi pertemuan, juadah bersama, rumah terbuka dan perbualan hingga ke malam, sesuai dipadan untuk semua acara sepanjang hari. Setiap item menampilkan gabungan ideal antara gaya dan fungsi, membolehkan anda bergerak dan bergaya dengan penuh yakin sepanjang musim perayaan.

Koleksi The Horizon menampilkan rangkaian rekaan moden yang sesuai untuk pelbagai personaliti dan gaya. Barisan ini merangkumi Horizon Boston Bag, Horizon Tote Bag, Horizon Bucket Bag dan Horizon Shopper Bag, dengan setiap satunya menawarkan ruang yang luas serta fungsi praktikal yang melengkapi gaya hidup anda.

Bagi melengkapkan koleksi tersebut adalah rangkaian barangan kecil berasaskan kulit seperti Horizon Short Bi Fold Wallet, Horizon Bi Fold Wallet, Horizon Zip Around Wallet dan Horizon Card Case, semuanya direka untuk memastikan keperluan anda tersusun dengan bergaya.



Akhir sekali, Horizon Sneaker turut menyempurnakan keseluruhan gaya dengan sentuhan muda dan bergaya, sambil memastikan anda kekal selesa sepanjang berkunjung dari satu rumah ke rumah yang lain.

Rekaan Hangat, Ceria dan Sedia Raya


la diilhamkan daripada keindahan tenang garisan ufuk dan diterjemahkan melalui sentuhan yang lebih muda serta segar, koleksi ini menampilkan corak jalur mendatar yang melambangkan hubungan, kesinambungan dan perjalanan bermakna dalam tradisi Hari Raya.

Koleksi ini direka bagi melengkapkan persalinan Raya yang ceria mahupun gaya harian yang Sederhana. The Horizon boleh menyerlahkan keyakinan moden yang santai serta harmoni dengan suasana penuh keceriaan musim perayaan.



Dengan palet rona neutral lembut, tona beige hangat dan kontras yang halus, koleksi ini membawa semangat kemesraan, keceriaan dan keterangkuman perayaan Hari Raya. Koleksi The Horizon dicipta sebagai pelengkap pilihan anda untuk Raya 2026 yang penuh gaya dan bermakna.

Ketersediaan


Koleksi The Horizon boleh didapati di semua butik dan gedung Carlo Rino di seluruh negara.




Para pelanggan juga boleh mendapatkan koleksi ini secara dalam talian melalui laman rasmi Carlo Rino serta platform e-dagang termasuk TikTok, Shopee dan Lazada.

Monday, February 16, 2026

Buffet Ramadan 2026 | Ya Habibi Iftar Di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Hi Korang,

Mencari bufet Ramadan di Genting Highlands yang istimewa untuk tahun 2026? Tidak perlu cari jauh. Geo Resort & Hotel, Genting Highlands mempersembahkan Ya Habibi Iftar, sebuah pengalaman iftar Ramadan mewah yang menggabungkan masakan tempatan dan Timur Tengah dalam suasana eksklusif dan nyaman. Bufet ini sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan mahupun majlis korporat sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak.



Dengan lokasi strategik di Genting Highlands yang terkenal dengan udara sejuk dan pemandangan hijau, Ya Habibi Iftar menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang bukan sahaja mengenyangkan, malah mencipta kenangan indah.

Pengalaman Iftar Genting Highlands dengan Konsep 'Live Cooking'

Salah satu keunikan utama bufet Ramadan Geo Resort & Hotel ialah konsep dapur pertunjukan langsung (live cooking station). Tetamu boleh menyaksikan chef profesional menyediakan hidangan segar secara langsung, menjadikan pengalaman iftar lebih interaktif dan menarik.



Aroma rempah ratus, bunyi panggangan, dan suasana meriah menjelang waktu berbuka puasa menjadikan bufet ini antara pilihan iftar Genting Highlands yang paling dicari setiap tahun.




Menu Bufet Ramadan: Masakan Melayu & Arab yang menyelerakan

Senarai menu, Ya Habibi Iftar menampilkan pilihan hidangan yang sangat pelbagai dan menepati selera semua peringkat umur. Antara menu utama yang menjadi tarikan pengunjung termasuk:

* Hidangan Melayu asli berperisa tradisional
* Kambing Golek yang lembut dan berjus
* Nasi Beriani Kambing dengan rempah yang kaya
* Shawarma Arab disediakan segar
* Pelbagai jenis Ikan Bakar dengan sambal pilihan
* Aneka pembuka selera, kuih-muih Ramadan dan pencuci mulut




Gabungan ini menjadikan Ya Habibi Iftar antara bufet Ramadan hotel di Genting Highlands yang paling lengkap dari segi variasi menu.

Suasana Eksklusif Bufet Ramadan Hotel di Genting Highlands

Sebagai sebuah hotel bertaraf premium, Geo Resort & Hotel Genting Highlands menawarkan suasana yang selesa, luas dan elegan. Persekitaran yang tenang menjadikan bufet ini sesuai untuk:

* Berbuka puasa keluarga
* Iftar bersama rakan-rakan
* Majlis berbuka puasa syarikat
* Sambutan Ramadan bersama orang tersayang


Jika korang inginkan bufet Ramadan Genting Highlands yang tidak terlalu sesak tetapi tetap meriah, lokasi ini sangat disyorkan.

Harga Bufet Ramadan Genting Highlands yang Berbaloi



Rasai pengalaman buffet Ramadan yang berkualiti tinggi, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan:

RM158 bersih setiap dewasa
RM79 bersih setiap warga emas
RM79 bersih setiap kanak-kanak (bawah 12 tahun)
Kanak-kanak bawah 6 tahun makan secara percuma

Dengan menu premium dan suasana hotel eksklusif, Ya Habibi Iftar menawarkan nilai yang sangat baik untuk mereka yang mencari iftar Genting Highlands 2026.

Tarikh & Waktu Bufet Ramadan 

bermula 19 Februari hingga 15 Mac 2026
dari jam 7:00 malam hingga 10:30 malam. 

Tempoh ini membolehkan korang merancang berbuka puasa lebih awal tanpa tergesa-gesa. Disebabkan permintaan yang tinggi setiap tahun, tempahan awal amat digalakkan bagi bufet Ramadan Genting Highlands ini.



Jika korang sedang mencari bufet Ramadan Genting Highlands 2026 yang menyajikan makanan lazat, suasana eksklusif dan pengalaman iftar yang lengkap, Ya Habibi Iftar di Geo Resort & Hotel adalah pilihan yang tepat. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati bufet Ramadan hotel terbaik di Genting Highlands bersama insan tersayang.

Tempah hari ini dan raikan Ramadan dengan penuh rasa, ketenangan dan kenangan indah. Buat tempahan & sebarang pertanyaan hubungi.

Tel: +603-9213 0838 / +6019-236 7838


Pakej Staycation Ramadan Lengkap dengan Iftar & Sahur

Apa yang menjadikan pakej ini istimewa ialah gabungan pengalaman penginapan bertaraf hotel premium bersama sajian Ya Habibi Iftar Buffet, yang terkenal dengan variasi masakan Melayu dan Timur Tengah.


✔️ Penginapan 1 malam yang selesa
✔️ Bufet Ya Habibi Iftar yang mewah
✔️ Sajian sahur yang menyelerakan
✔️ Harga istimewa: RM498 per bilik per malam


Buat tempahan bilik sekarang di talian 019-212 2838


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2026, peta destinasi, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2026 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.