Thursday, September 18, 2025

Movie Premiere | Tembuni Berdarah Lakonan Sophia Albarakbah

Hi Semua,

Berbeza dengan filem genre seram tempatan lain yang pernah berada di pasaran sebelum ini, TEMBUNI BERDARAH mengangkat isu pemakaian susuk dalam dunia estetika kecantikan serta perbezaan idelogi di antara generasi lama dengan generasi baharu tentang penggunaan amalan syirik sebagai jalan pintas untuk berjaya.


Diterbitkan syarikat produksi Lindo Production Sdn Bhd, TEMBUNI BERDARAH adalah sebuah filem bergenre seram terbaharu arahan sutradara Dr Ahmad Idham yang dibintangi Sophia Albarakbah, Niezam Zaidi, Khatijah Tan, Shahirah Shahora, Riezman Khuzaimi serta Mia Nasir.

Mengulas lebih lanjut mengenai TEMBUNI BERDARAH, Idham berkata, biarpun dia telah banyak menghasilkan berbagai jenis genre filem seram, namun masih ada yang mahukan dia kembali dengan filem seram seperti Jangan Pandang Belakang serta Congkak.

“Apa yang boleh saya katakan, filem TEMBUNI BERDARAH ini memang mempunyai ‘vibes’ sepertimana kedua-dua filem seram arahan saya itu. Cuma, strukturnya sedikit berbeza kerana saya cuba mengangkat dua perbezaan idelogi di antara generasi lama dengan generasi baharu tentang penggunaan amalan syirik. Mengapa saya lakukan ini, kerana filem ini berkisar dengan suasana dan keadaan yang berlaku hari ini, apatah lagi bila ia mengaitkan tentang dunia estetika kecantikan. Kalau kita perhatikan, zaman ini ramai orang yang memilih dunia estetika kecantikan untuk merawat diri, menjaga penampilan untuk nampak cantik serta awet muda.


“Oleh kerana jangkamasa menonton semakin menipis di kalangan peminat filem, saya juga cuba kurangkan elemen drama melalui dialog yang banyak untuk memberikan lebih banyak rasa kejutan filem di kalangan penonton.

“Filem seram Melayu memang tidak lari dari saka. Berbeza dengan filem seram Indonesia yang lebih cenderung menampilkan hantu kuntilanak sebagai subjek utama,” katanya pada Malam Gala dan Sidang Media TEMBUNI BERDARAH di GSC MyTown Cheras.

Idham juga mengakui turut berpuas hati dengan komitmen yang ditonjolkan kesemua barisan pelakon filem ini dalam menjayakan watak masing-masing.

“Namun, sebagai teraju utama, saya memberikan cabaran yang lebih berat buat Sophia Albarakbah untuk membawakan ‘akting kotor’ agar dapat menampilkan dirinya dengan sisi lakonan yang lebih berbeza. Ternyata dia benar-benar menyahut cabaran saya untuk keluar dari zon selesanya apabila sanggup bermain dengan darah, menjayakan babak di kubur pada waktu malam daripada tampil cantik semata-mata dengan lakonannya. Satu lagi yang orang mungkin tidak tahu, Sophia Albarakbah memang seorang pelajar perubatan dan pernah bekerja di hospital. Jadi, kita akan nampak bahawa dia tidak kekok untuk bermain dengan jarum serta alat perubatan lain atau berbicara dengan pesakit,” jelasnya lagi.


TEMBUNI BERDARAH menjalani penggambaran selama 20 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebelum dan sewaktu bulan Ramadan pada tahun ini.

Sinopsis Filem Tembuni Berdarah


Dr Izara (Sophia Albarakbah) mempunyai cita-cita untuk mengembangkan bisnes produk kecantikannya, namun dia percaya tiada jalan pintas untuk berjaya dan setiap individu haruslah berusaha serta bekerja keras demi mencapai cita-cita dan impian mereka.


Namun neneknya, Bok Miah (Khatijah Tan) yang mengamalkan ajaran ilmu hitam pula berpendapat sebaliknya. Baginya, apalah gunanya ilmu hitam yang dimilikinya jika ia tidak digunakan untuk membantu anak cucunya agar mereka dapat hidup senang.

Adakah Dr Izara tetap berpegang dengan prinsipnya atau akhirnya akur dengan kehendak neneknya, Bok Miah? Adakah punca perceraian Dr Izara dengan Aidan (Niezam Zaidi) mempunyai kaitan dengan amalan ilmu hitam neneknya itu?


Review Cik Lily


Ermm setelah sekian lama tak menonton filem seram melayu, ternyata filem Tembuni Berdarah ni membuka mata kak lily. Maklumlah isu-isu seperti ini kita sebagai orang melayu selalu merahsiakan kerana ianya isu sensitif. Memang ada lagi mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu ini untuk keperluan mereka sendiri tapi ada juga yang sebarkan kepada orang di luar sana untuk mengaut keuntungan. So terpulanglah untuk kita menerimanya.


Berbalik pada filem Tembuni Berdarah ini, jalan ceritanya very straight forward tak de pusing-pusing, ianya taklah seseram mana tapi banyak elemen shock terperanjat lah. Tengah syiok-syiok tengok pop hantu kuar hahahahha.. oopss terbocor plak rahsia hehehehe

Endingnya korang tak kan bole predict itu yg best tuh, kak lily langsung tak tidur sebab manjang je terperanjat huahauhauhauha

So kak lily bagi 8/10 untuk filem Tembuni Berdarah ni.

Filem TEMBUNI BERDARAH arahan Dr Ahmad Idham ini bakal ditayangkan seluruh pawagam tanah air pada 25 September 2025 ini.

bile pi dengan geng penakut, terus auto takut la kan hehehhe



p/s : location klinik estetik tuh atas opis kak lily kat KL tuh, sebelum dengar-dengar pun dah cantik rupanya bila tengok lagi cantik hah. Besar dan luas, cuma belum pi buat treatment lagi hah hehehehhe

#TembuniBerdarah

Wednesday, September 10, 2025

Sehari segelas GSure Enhanced Formula untuk Kesihatan Maksimum

Hi Korang,

Di kala usia menjelang senja ini, terdapat pelbagai masalah kesihatan mula timbul di antara seperti sakit sendi, mula lemah badan, tenaga tidak seperti dulu dan macam-macam lagi. Untuk itu, kita harus kena dapatkan makanan tambahan bagi mengoptimumkan tahap kesihatan kita. Mungkin tidak seperti semasa muda dulu tapi dapatlah kiranya menampung kesukaran yang di alami.


Oleh itu,GSure Enhanced Formula merupakan minuman pemakanan berasaskan tumbuhan dari keluaran jenama GoodMorning Malaysia, diperkaya dengan campuran proprietari yang dipanggil NevVPro®, yang termasuk cendawan perubatan dan yis beta-glucan. Formula ini menawarkan profil pemakanan yang lengkap, menggabungkan 18 bijirin penuh premium, protein soya dan kacang, 28 vitamin dan mineral penting, CaHMB, Omega-3/6, prebiotik dan lutein untuk menyokong kesihatan keseluruhan, imuniti dan kesihatan kognitif.


All-New Enhanced GSure ini didatangkan dengan pembungkusan Baharu beserta juga Formula Baharu yang ditambahkan Formula Perlindungan NevVPro® 4-dalam-1 — dengan Lion’s Mane, Cendawan Susu Harimau, Reishi & Yis Beta Glucan, menyokong kesihatan otak, jantung, paru-paru & imun. Ia direka bentuk untuk bebas gluten, bebas laktosa, bebas kolesterol, dan mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah.



Mari kak lily ceritakan serba sedikit mengenai bahan-bahan yang terkandung di dalam GSure Enhanced Formula ini

NevVPro® 
Formula kesihatan eksklusif GoodMorning dengan 4 bahan aktif untuk sokongan keseluruhan badan:

NevGro® (Lion’s Mane Mushroom)
Mengandungi faktor neurotropik, kumpulan protein yang penting untuk perkembangan pertumbuhan saraf, ia membantu dengan melindungi saraf dan menyokong pemulihan daripada neuropati. Meningkatkan daya ingatan dan fungsi kognitif dan menyokong pengurusan penyakit neurodegeneratif dan gangguan mood.

RespiRemè® (Tiger Milk Mushroom)
mengandungi jumlah beta glucan (60-80%) yang tinggi, ia membantu dengan meningkatkan kesihatan pernafasan. Memodulasi sistem imun. Mempunyai ciri anti-radang yang tinggi.

OriCidum® (Reishi Mushroom)
Asid Ganoderik ialah triterpenoid yang paling menonjol dalam Reishi, ia membantu dengan : Menyokong kesihatan kardiovaskular dengan meningkatkan peredaran dan mengurangkan tekanan darah. Menggalakkan pelepasan tekanan dan menyokong kesejahteraan mental. Menyokong kesihatan hati dan membantu proses detoksifikasi



Yis Beta Glucan
Polisakarida semulajadi yang diperoleh daripada dinding sel yis. Meningkatkan mekanisme pertahanan badan terhadap patogen seperti bakteria, virus dan kulat

GSure Enhanced Formula ini amat penting bagi mereka seperti :


Vegan & Vegetarian
Kurang nutrisi
Warga Emas yang lemah tenaga
Individu yang Sibuk
Mereka yang ingin menguruskan berat badan
Pemakanan Pra & Selepas Operasi


Cara Mengamalkannya :


Penyusunan semula: 4 sudu (60 g) dalam 250-300 mL air suam & kacau sehingga larut. Disyorkan: 1-3 hidangan setiap hari.

Bagi kak lily :


Setelah dah amalkan selama seminggu, waktu sebelum sarapan dan juga sebelum tidur kak lily dapat rasakan yang GSure sangat membantu meningkatkan kecekapan otak dan kak lily dapat rasa kadar focus lebih baik dan lama. Badan pula rasa lebih sihat dan minda pun lebih mudah fokus. Ini merupakan kesihatan yang sebenar.

Beberapa anugerah yang telah di menangi oleh GSure Enhanced Formula adalah seperti berikut :

Silver Medal, ITEX 2024 NevGro (Lion's Mane Mushroom) Research
Silver Medal, Inventions Geneva 2022 NevGro (Lion's Mane Mushroom) Research
Gold Medal, ITEX 2023 NevGro (Lion's Mane Mushroom) Research
Gold Medal, MTE 2022 NevGro (Lion's Mane Mushroom) Research
Gold Medal, ITEX 2024 RespiReme (Tiger Milk Mushroom) Research

Harga GSure Enhanced Formula 850gm bersama shaker di pasaran adalah RM 94.00


Produk GSure ini boleh di dapati di GoodMorning official eStore, Shopee, Lazada, roadshow events, dan farmasi terpilih serta Chinese Medical Hall.


Saturday, September 6, 2025

NEX dan Fattah Amin Bersama Palestin

Salam Semua,

NEX bersama Fattah Amin telah melancarkan kempen solidariti khas “NEX & Fattah Amin Bersama Palestin” di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Inisiatif ini bukan sekadar kutipan dana bahkan ianya adalah lebih dari satu misi 1Malaysia. Ianya adalah satu gerakan keprihatinan untuk menyatukan rakyat Malaysia walaupun tindakan sekecil seperti membeli sebotol air mampu membawa harapan kepada rakyat Palestin.


Kempen ini bakal bermula pada 17 Oktober 2025 dengan misi penjualan 500,000 botol NEX dalam masa 24 jam dan RM0.50 daripada hasil jualan setiap botol akan disalurkan bagi mencapai sasaran kolektif sebanyak RM250,000.00. Hasil kutipan ini seterusnya akan disalurkan terus ke usaha bantuan di Gaza melalui Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Bukan Sekadar Hidrasi, Tetapi Sebagai Wadah Solidariti


Baru-baru ini, dunia tersentuh oleh tindakan rakyat Mesir yang menghantar botol berisi makanan ke Gaza melalui laut, setiap botol membawa bekalan dan harapan. Di NEX, kami melihat botol kami dengan makna yang sama – bukan sekadar hidrasi, tetapi sebagai wadah solidariti.


Pemilihan bulan Oktober juga penuh simbolik, memperingati tragedi 7 Oktober 2024, dengan hasrat untuk mengubah tarikh penuh duka itu menjadi hari penuh harapan, bersama dan suatu tindakan bermakna.

Harapan Kepada Misi


Fattah Amin berkongsi:
Ini bukan sekadar tentang sebuah jenama, ini tentang menggunakan platform kami untuk menyatukan rakyat Malaysia demi satu tujuan yang lebih besar. Kami berharap setiap hirupan memawa doa, setiap pembelian menyampaikan harapan.


Turut bersama-sama memberi sokongan semasa pelancaran, Imam Muda Asyraf berkata “Pada hari Jumaat yang mulia itu nanti, kita bukan sahaja berkumpul untuk beribadah, tetapi juga untuk tujuan bersama. Amalan kecil seperti membeli sebotol air boleg menjadi sadaqah jariah, pahala berpanjangan yang memberi kelegaan kepada saudara kita di Palestin.”

Satu Hari, Satu Misi, 17.10.25


Antara perancangan untuk misi adalah seperti berikut:

Botol Edisi Terhad NEX boleh didapati di TikTok Shop dan 500 masjid di seluruh negara.

Penampilan khas Fattah Amin dan Imam Muda Asyraf di masjid terpilih di sekitar Lembah Klang

Setiap botol yang dilbeli bukan sahaja sebagai symbol hidrasi, tetapi juga titisan kasih sayang yang membentuk lautan harapan.


Jom sama-sama kita menjadi sebahagian daripada kempen bermakna ini. Esklusif pada 17 Oktober 2025, dapatkan Botol Edisi Terhad NEX dan sertai NEX dalam memberi bantuan, doa serta harapan kepada rakyat Palestin.